ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Wednesday 24 October 2012

Sotong Lilit Roti



Selamat Hari Raya Korban@Haji kepada seluruh umat islam kususnya follower blog kakda ini.Lagi 1 hari kita nak rayakan.Sesiapa ada bt korban tak? Tahun ni hubby yang berkorban,kakda InsyaAllah tahun hadapan pula.

N3 kali ini yang kakda nak share juga satu resipi yang simple dari segi bahan dan juga penyediannya.Jom tgk bahan-bahannya.



Bahan-bahan untuk Kulit

6 ekor sotong

Bahan inti
 
1 biji ubi kentang didadu
2 keping roti dicarik2
1 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dikisar
1 biji telur
1 sudu besar serbuk kari
minyak untuk menumis/menggoreng
Garam n serbuk perasa

Bahan untuk lilit sotong
1 keping roti dibelah 4



Cara menyediakannya :

1.Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang putih kisar dan bawang besar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukan serbuk kari dan ubi kentang serta air sedikit dan masukan garam & serbuk perasa.Masak sehingga ubi kentang empuk.
3.Angkat dan gaulkan dengan roti yang dicarik-carik.
4.Apabila inti dah sedikit sejuk,ambil sotong kita tadi dan sumbatkan dengan intinya.
5.Apabila selesai menyumbat inti, celupkan dalam telur dan lilitkan roti yang dipotong tadi dan sedia untuk digoreng.
Angkat Tos…dan sedia untuk dihidang.

Sotong yang telah dililit dgn roti sedia untuk digoreng

Inilah hasil gorengannya...

Sedap dimakan panas-panas


 Sesuai bila-bila masa anda berkeinginan untuk memakannya.Bagi kakda makan petang-petang best.Sambil hirup tea O nipis dimusim sejuk (kat Langkawi sejuk hr ni hujan td)

Yea...esok blk kampung kelate...kelate i'm back...hehehe..sesiapa yg x blk tu jgn sedih-sedih ye..Cuti seolah ni boleh la blk kejap ye..heheh

Monday 22 October 2012

SUP TULANG LANGKAWI




Sup Tulang Langkawi

Selamat malam wahai pembaca blog kakda ini,agaknya awal lagi kot nak tido...hehe..kalau bagi kakda dalam kol 10 11 mlm rasanya malam masih muda..huhu...biasa time tido kakda adalah kol 2 3 pagi..anak dara kakda punya pasal la..time tu dia tengah aktif bermain.Nasib badan dapat ank yang suka tido lewat.

Tapi kalau siangnye tido elok je..orang suh bangkitpun x mau.Normal ke tidak bagi seorang budak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang suka berjaga malam dan siangnya tido.Izaz oh izaz anak dara kesayangan ibu.

Ok lah kita sambung bab masak memasak la pulak ye..Untuk dinner tadi kak da ada masak sup tulang, antara febret En.Suami I la..



Tulang tu semalam lagi hubby belinya,nak masak untuk lunch tadi hubby tak balik makan kat umah so kak da buat untuk dinner le..Kakda lunch ngan nasi goreng kampong je tadi,tu febret Nur Izaz Zanida.Biasa untuk lunch kita orang berdua makan nasi goreng je..Time mlm br masak lauk-pauk ni.



Ni lah resipinya

Bahan-bahan

1kg tulang lembu
Rempah sup tulang (kakda guna brand Adabi)
4 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Minyak untuk menumis
Tauge
Daun bawang/daun sup
Cabai potong
Garam dan serbuk perasa



Cara membuatnya :

1.Bersihkan tulang dan direbus selama 3jam atau sehingga daging empuk.
2.Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan,kemudian masukan rempah sup tulang tumis lg sehingga naik bau.
3.Selepas itu masukan tulang tadi bersama air rebusannya dan tambah lagi air.
4.Biarkan ia mendidih dan masukan garam serta serbuk perasa.Tutup api..dan ready lah untuk dihidangkan.
5.Amik semangkuk sup masukanlah bawang goreng,daun bawang/daun sup dan tauge nak kasi pedas bubuh le cabai potong..makanlah ngan nasi panas2..best..best..best..ngan kuetiow pub sodap..walaupun simple.





Memasak itu mudah dan senang sekiranya kita memudahkan bahan-bahannya, yang penting kena ngan selera kakda.(macam falsafah kakda la ni)hehe.

Monday 15 October 2012

SIMPLY NASI TOMATO WITH KURMA DAGING & BUBUR PULUT HITAM


Assalamualaikum...anybody home...kakda here nak share resipi.


Kakda ada buat nasi tomato beberapa hr yang lepas.Kadang-kadang tu ada jugak le jemu makan nasi putih biasa..hehe..so kakda rajin-rajinkan memasak nasi tomato ni.

Bahannya senang je,sebab tu la kakda masak nasi ni..huhu
Jom le tgk resipinya.

Bahan-bahan untuk 4 orang makan

3 pot beras biasa
Bunga lawang
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bawang merah dan putih dimayang
Sos tomato
Secubit garam
2 sudu besar minyak sapi untuk menumis

Cara membuatnya :

1.Bersihkan beras terlebih dahulu tos dan ketepikan.
2.Masukan minyak sapi didalam periuk dan tumiskan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau kemudian masukan bawang merah dan putih yang dimayang, masak sekejap.
3.Selepas itu masukan beras tadi kacau sekejap, masukan air macam kita nak masak nasi.
4.Tunggu hingga mengelegak, masukan sos tomato dan sedikit garam dan kacau2 kejap..Masak le sehingga masak.


Kurma Daging Simple



Bahan-bahannya:

¾ kg daging dipotong nipis dalam saiz sederhana besar
Santan
½ paket rempah kurma
2 biji ubi kentang di potong2
Bawang merah dikisar
Bawang putih dikisar
Halia dimayang
1 labu bawang besar di belah 4
Sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
Garam & gula

Cara membuatnya :
1.Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau serta daun kari,kacau sekejap.
2.Kemudian bancuh rempah dengan sedikit santan dan masukan kedalam periuk,kacau sekejap dan masukan daging tadi.Dalam 10 minit masukan ubi kentang.
3.Biarkan ia sehingga daging empuk.
4.Apabila daging dah empuk masukan santan dan bawang besar.Tambah le bahan perisa kita garam gula mengikut selera masing-masing
5.Biarkan ia mendidih sekejap,dan tutup api..boleh dihidangkan lah..

Kan dah kata..resipi kakda masak ni semua yang simple.Rasanya kakda x pernah lagi amik resipi kekawan blog cuba nak masak.Tapi macam kak noor ada je dia cuba masak daripda kekawan blog..heheh.

Macam kakda ni just amik resipi copy n paste je..hehehe...selalunya next next next time kita buat le..
Sampai lani..xde cuba buat lagi.

Ok sebagai desert(betul x eja ni) selepas makan nasi tomato ni kakda ada masak juga Bubur pulut hitam.



Bahan-bahan untuk 4 orang makan je ni

¾ kg beras pulut hitam
Santan
Gula & garam
Daun Pandan
Air secukupnya

Cara membuatnya :

1.Basuhkan beras pulut hitam dalam 3-4 kali basuhan.
2.Kemudian beras pulut hitam dimasak selama 2-3 jam terlebih dahulu atau sehingga lembut,tambahkan air selagi ia x lembut.
3.Apabila beras pulut tadi dah lembut masukan santan,daun pandan dan gula & garam mengikut selera anda..
4.Biarkan ia mendidih sekejap dan boleh la tutup api dapur..Dan siap untuk dihidang.

Cuma 4 langkah je nak masak bubur hitam ni..kan senang dan mudah je.

 

Monday 8 October 2012

NASI DAGANG THE BEST...peh..mabales....


Assalamualaikum semua yang sudi-sudi jenguk dan singgah disini..
Ha malam ni kak da nak post resipi nasi dagang..Pepagi lagi masak hari ni..penyedian bahan dari semalam lagi dok sedia..

Almaklum En. Suami nak bawak pi ofis dia, sesaje nak buat Jamuan makan bagi menggantikan jamuan open house yang kitaorang tak berkemampuan nak buat raya lepas...hehehe

So Pn. Isteri pepagi lagi bgn nak masak untuk suami terchinta...
Dalam dok kusyuk masak my gigirl bangkit dari lena so ilang fokus jap ibu nak masak...

Nasib baik bagi tgk baby tv dia senyap n x kacau ibu bt kerja kat dapur..Cepat la siapnye...

Alahai panjang gak berceloteh kali ni..jom tengok resipinya..
Nasi Dagang

Bahan Nasi

2kg Beras Nasi Dagang (diimport dari Kelantan)
½ beras pulut
1 sudu besar Halba
1 biji Kelapa (ambil santannya)
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
Sedikit gula dan garam

Cara Buat :
Beras direndam bersama halba semalaman atau lebih daripada 4 jam.Kemudian beras tadi dikukus separuh masak,angkat dan gaulkan bersama santan,bawang merah,bawang putih dan halia serta garam dan gula sehingga sebati dan kukus sehingga masak..( so easykan)oh my English..hehehe
Tips : sekiranya nasi tadi masih keras walaupun dikukus dah dua kali,cara nak lembutkan lagi adalah gaulkan sekali lagi dengan santan dan kukus semula sehingga lembut.

Bahan Gulai Kari Ayam

1kg ayam
Santan daripada sebiji kelapa
1 pek perencah kari daging (saya guna cap alagapas)
6 ulas bawang merah (separuh dikisar dan separuh dimayang)
4 ulas bawang putih (dikisar dan dimayang)
1 inci halia (dikisar dan dimayang)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam gula secukup rasa
1 keping asam gelugur(asam keping le)

Cara nak masaknye adalah..

Tumis bahan yang dimayang terlebih dahulu sehingga naik bau,kemudian masukan bahan yang dikisar bersama perencah kari, tumis lagi sehingga pecah minyak dan boleh la masukan ayam bersama sedikit santan,biarkan kari kita tu mendidih lama sket dalam 15 ke 20 minit atau sehingga ayam empuk dan seterusnya tambahle santan yang selebihnya bersama garam gula secukup rasa..Biarkan ia mendidih sekejap..then boleh la dihidangkan..



Untuk Gulai kari ikan tongkol @ ikan ayo…

Bahan-Bahan

1kg ikan tongkol
1 pek perencah kari ikan (saya guna cap babas)
6 ulas bawang merah (separuh dikisar dan separuh dimayang)
4 ulas bawang putih (dikisar dan dimayang)
1 inci halia (dikisar dan dimayang)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam gula secukup rasa
1 keping asam gelugur(asam keping le)

Cara nak masak…
Terlebih dahulu ikan tongkol tadi direbus bersama garam,gula dan asam keping.

Tumis bahan yang dimayang terlebih dahulu sehingga naik bau kemudian masukan bahan yang dikisar bersama perencah kari ikan, tumis lagi sehingga pecah minyak.Masukan santan biar sehingga mendidih dan last sekali masukan ikan dan asam keping serta garqm gula secukup rasa.masak lagi sehingga mendidih  dan kemudian siap untuk dihidang.



Bahan Acar timun

2 batang timun dipotong memanjang
1 batang carot dipotong memanjang jgk ( see picture)
2 ulas bawang merah
4 sudu besar cuka makan
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara nak buat.

Gaul semua bahan di atas sehingga sebati.siap..

Tara....nasi dagang sedia terhidanng...hubby makan sampai 4 kali..dah fbret dia...dia habak nak makan sampai esk..hahaha pasan jap puan isteri..dah dipuji melambung masak sedap n mables..
Telur rebus tu kira lauk tambahan bagi nak sedap lagi le..





Antara komen dari kekawan En.Suami.."Gulai kari ikan tongkol the best",hahaha..angkat bakul sendiri..komen2 yg lain tak dapat nak siar nanti jadi riak...haha...
Sebenarnya orang Langkawi suka gak makan nasi Dagang ni..



Thursday 4 October 2012

Jemput2 carot,kek coklat karamel kukus & kuih Ketayap Snek diwaktu petangku



Didadulukan dengan Assalamualaikum WRT kepada pembaca setia blog ni(ada pembaca setia kerrr)hahah...

Sekarang ni kat Langkawi dingin skit n kadang-kadang panas sket so time dingin n rasa nak penuhkan perut ini kak da akan masak le..apa-apa snek..hehehe antaranya ialah..(org putih panggil snek kita malaysia cakap makan petang)tapi pagi malam pun sesuai.

Antara resipinya adalah :
Jemput-Jemput Carot

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 ulas bawang merah dikisar
½ batang carot yang diparut
Sedikit garam

Cara buat :
Masukan semua bahan di atas dalam bekas yang sesuai..bancuh sehingga sebati..dan digoreng seterusnya siap dihidang untuk dimakan.


             Ini lah hasilnya jemput-jemput carot.......


Kek Coklat Keramel kukus..

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak

Cara membuat :
  Putar telur dengan gula sehingga kembang
masukan tepung gandum,soda dan baking powder putar lagi sehingga sebati
Selepas itu masukan serbuk koko yang telah dilarutkan dengan susu cair dan putar sekejap sehingga sebati
Akhir sekali masukan minyak masak dan adunan di masukan ke dalam loyang.

Bahan-bahan Puding Karamel

4 biji telur
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat:

Semua bahan di atas diblender..so simple kemudian masukan ke dalam adunan kek coklat td dan kukus sehingga masak..saya mengambil masa 1 jam jgk la untuk kek ni masak
sebelum hendak kukus adunan kek tadi pastikan terlebih dahulu panaskan periuk kukusan.

Tips..
Semasa nak buat kek ni terlebih dahulu saya buat bancuhan untuk puding karamel kemudian barulah saya buat adunan kek coklat,kerana nak buat puding karamel ni kejap je..so buat yang senang dulu le..

Agih-agih kat jiran sepotong sorang..semua kata best la..walaupun bentuknya tak menepati standard dan piawaian sebiji kek..hehehe


                                                           Best Best Best..........


Kuih Ketayap

2 cawan tepung gandum
1 ½ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak
Inti kelapa

Cara membuatnya :

Semua bahan diatas diblend bersama sehingga sebati.Ketepikan kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit minyak ke dalam kuali dan masukan adunan tadi dan  bentukannya seperti lempeng.
Sesudah masak angkat dan letakan inti kelapa seterusnya gulung lah ia..Jd lah kuih ketayapnya…


                                                               Hubby like...