ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Thursday, 26 July 2012

Roti Arab + Kuah Sardin

Bahan-Bahan Untuk Roti (resipi ni pun amik dalam intenet gak la tp lupa sapa punya resipi)

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300ml air suam
6g yis
500g tepung gandum

 Cara membuat:

1. Mentega,minyak masak,dan gula dibancuh dengan air suam.
2. Tepung digaul dengan yis
3. Perap selama sejam dalam beg plastik yang tertutup
4. Uli semula dan buat bulat-bulat
5. Canai nipis-nipis
6. Bakar di atas kuali tanpa minyak




Sedap sehingga menjilat bibir...

** Sesuai jugak untuk orang yang takde selera nak makan nasi...makan roti ni pun dah kenyang...


Sepetang Izaz di Padang (tgk suke sek.ren)

Assalamualaikum kepada pembaca yang setia mengikuti blog saya ini..Petang ni rasanya saya tidak mahu membicarakan tentang masakan apa-apa...Kita stop sekejap bab resepi..

Hari ini jom saksikan gelagat izaz di padang sek.semasa dia balik kampung hari tu..




Cc










Wednesday, 25 July 2012

Ramadhan Al-mubarak

Assalamualaikum wrt....kepada pengunjung setia blog kakda.com ni.Dah lama rasanya saya tidak mencatat apa-apa nukilan walaupun sepatah dua kata.Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak walaupun dah terlewat beberapa hari.

Jom kita tengok resepi yang paling senang di abad ini untuk juadah berbuka puasa....resepinya adalah..LABU SIRA...



Bahan-bahan

1 biji labu (saiz kecil)
3 keping gula melaka ( nise)
2 helai daun pandan
Sedikit air

Cara-cara

Buah labu dibersihkan buang bijinya dan dipotong memanjang,toskan sekejap, kemudian masukan ke dalam periuk bersama gula melaka,daun pandan dan sedikit air seterusnya masak di atas api yang sederhana sehingga labu empuk. Dan boleh dihidangkan..(saya suka makan yang telah disejukan dalam peti ais)