Salam Ceria dan salam kenduri-kendara ye,mesti ada yang dok sibuk buat kenduri dan mesti ada jugak yang menerima undangan kendurikan samada untuk makan atau pun pi menolong apa yang patutkan..Kat Kg masih mengamalkan gotong-royong time nak buat kenduri,meriah..
Musim cuti sekolah ni, ramai le yang buat kenduri,ada yang buat kenduri anak bersunat,kenduri kawin dan macam-macam le kendurinya.
Kakda dok sembang pasal ni sebabnya kakda baru balik dari makan kenduri,anak kawan hubby kawin,kawan satu ofis.Meriah jugak majlisnya,siap ada persembahan silat dan muay thai lagi,yang tak tahannya Izaz dok bersorak sambil tepuk-tepuk tangan tgk orang bersilat,tergelak sakan kitaorang.
Apa-apa pun jom tengok resipi.Kek ni kakda buatnya dah banyak hari dah,buat masa ada tamu dirumah hari tu,yang seronoknya kejadian mekar tu nampak cantik di mata kakda.heheh
Biasa dok kukus guna Loyang kali ni kakda guna paper cup,menjadi betul la,next time boleh guna cup le,senang nak makan tak payah dok potong-potong,amik sebiji terus ngap.
Lagi satu cup tu sebenarnya tersalah saiz,hehe..terbeli yang besar daripada acuan yang kakda dok buat untuk tart telur tu..Biasanye kalau mengukus kuih-kuih yang guna cup,kakda guna acuan tu la..Senang kerja..
Ok le berbalik pada resipi kita
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
paper cup secukupnya
(kakda boleh dapat 12 biji,kalau guna cup kecik dpt byk lagi)
Cara membuatnya:
1.Terlebih dahulu satukan bahan kering kecuali gula,gaul sebati ketepikan.
2.Pukul telur dan gula sehingga kembang
3.Masukan tepung yang dah bergaul sebati tadi dan susu cair,gaul sehingga sebati
4.Akhir sekali masukan lah minyak masak tadi gaul sebati
5.Masukan dalam paper cup dan kukus selama 15-20mnt sehingga masak.(panaskan terlebih dahulu periuk kukusan)
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment