Assalamualaikum bloger2 yang sudi baca,singgah kat sini...
Kali ini saya nak
kongsi story berkaitan tempat makan yang menarik di Langkawi…hehe..Kita berehat
seketika bab resipi, kita masuk bab Pelancongan pula.
Beberapa hari yang lepas my hubby bawak
pi makan kat luar,like jalan-jalan cari makan la konon sambil-sambil nak
promotkan restoran sekitar Langkawi bagi(promot secara percuma) tujuan u alls
buat rujukan di masa akan datang.(kot-kot nak cuti-cuti Malaysia kat Langkawi)heheh..
Nama Restoran ni
Tanjung Tirai view café,sesiapa yang nak makan ala-ala romantik memang sesuai
sangat la kat tempat ni sebabnye suasananya yang di tepi pantai dan disinari
cahaya pelita,restoran terapung la katakan.Makanan pun sedap harga
berpatutan.Yang penting layanan bagus..
Pelita Atau Lilin?
Suasana malam di Tanjung Tirai View Cafe
My hubby pilih nasi
goreng special,Nasi Goreng Tanjung Tirai yang mengandungi sosej goreng,ayam
black paper yang dipotong kecil-kecil dan keropok sayur.Dan The O ais…
Nasi Goreng Tanjung Tirai RM 8.50
Nasi Goreng Kampung RM 5.00 + Jus Honey Dew RM 3.00
Malam ni selera saya
ala kampung sket, saya oder Nasi Goreng Kampung je dan Jus Honey Dew...Izaz
tumpang sesudu dua nasi ibu dan abah..Air susu sebotol..hehehe
Dua orang makan
habis la RM 17.90..Berbaloi tak bagi anda?
Bagi saya berbaloi
kerana sedap..Nak kata mahal tidak nak kata murah pun tidak..Sebab zaman dah
berubah so harga-harga barangan,makanan dll pun akan berubah..Kalau tak berubah
maknanya kita sentiasa muda tak tua-tua lah…hehehe.Perubahan itu perlu..