ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Friday, 30 November 2012

COLOURFUL CUPCAKE




Selamat malam wahai pembaca setia blog ku ini..semoga dilindungi dan diberkati yang Esa..(ada ker pembaca setia)hehehe..ok le N3 malam ni kakda nak share resipi yang baru je kakda buat petang tadi..fresh lagi..

Idea ni kakda dapat daripada blog kak Ita Masam Manis,semua jenis kudapan cantik je kejadian dibuatnya.Hati ini terasa nak buat je..Tapi ada je bahan yang x mencukupi hehe..Nak p kedai transport xde hubby p klain.(alasan..hahahaha)

Sebenarnya petang tadi nak try buat apam karipap-karipap cinta, En.ENO xde la pulak..Nak suh hubby beli..awal-awal lagi habaq x tau nak beli mana satu (alasan je)huhu..

Last-last selak buku resipi cari yang bahan simple dan tambah apa yang patut.hehehe tercipta lah COLOURFUL CUPCAKE. 



Bahan – bahan asal adalah untuk muffin sesaje kakda tukar nama dan tambah beberapa bahan lain..hehe
Resipi muffin ni kakda amik dari buku Kompilasi hidangan Muffin terbitan Karangkraf.

Resipi asal Muffin Vanilla

750gm tepung kek – kakda guna 375gm tepung gandum
500ml susu segar – kakda guna 250ml
500gm gula kastor – kakda guna 250gm
250gm mentega tampa garam – kakda guna 125gm mentega+marjerin
½ sudu serbuk penaik – kakda guna 1 sudu kecil serbuk penaik
7 biji telur – kakda guan 4 biji telur gred B
5gm garam – kakda x gunapun
½ sudu kecil esen vanilla – kakda ikut asal le




Bahan yang kakda tambah:
1 sudu kecil perasa strawberi dan sedikit pewarna merah
1 sudu kecil perasa pisang dan sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil perasa lemon dan sedikit pewarna oren

Cara membuatnya ;

1. Pukul gula kastor,mentega,didalam mangkuk adunan dengan kalajuan sederhana sehingga kembang.
2. Masukan telur satu persatu dan kacau sehingga rata
3. Masukan esen vanilla,tepung gandum dan serbuk penaik.Kacau sehingga sebati.Tuang susu dan adun rata.
4. Kakda bahagi 3 bahagian berasingan.
5. Warna merah kakda letak perasa strawberi
6. Warna hijau kakda letak perasa pisang
7. Warna oren kakda letak jus lemon.
8. Sudukan adunan kedalam cawan,selang selikan warna-warna tadi.
9. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit. 

SIAP...READY TO EAT..

 


Bagi kat jejiran sket sorang..yang penting komen daripada hubby..Sedap katanya..next time buat lagi..
 

Thursday, 29 November 2012

KERABU TAUGE DAN KERABU PUCUK PAKU



Selamat malam dan apa khabar pembaca blog kakda ni..Harap semua sihat dan ceria-ceria selalu..

Sebenarnya dah banyak hari dah buat kerabu ni,saje nak bersiaran lewat sket.hehe..Jom tengok resipi..Xleh berbicara pjg untuk malam ni...Izaz sedang mengacau dan x fokus untuk mengutarakan idea dan cerita ku ini.hehe

KERABU TAUGE DAN KACANG PANJANG




Bahan-bahan

Tauge dicelur
Kacang panjang dipotong kecil-kecil
Kelapa parut digoreng*
1 ekor ikan rebus ambil isinya*
2 ulas bawang merah*
1 sudu kecil lada hitam*
Garam dan gula secukup rasa*

Cara membuatnya




Semua bahan yang bertanda bintang ditumbuk dan bahan bergaul sebati boleh la digaul dengan tauge dan kacang panjang.Kemudian perahkan sedikit jus limau untuk menyedapkan lagi rasanya. Ready to eat.


KERABU PUCUK PAKU..


Bahan-bahannya sama juga dengan bahan nak buat kerabu tauge
Yang pastinya mestilah guna pucuk paku yang dah dicelur.Cara buatpun sama jgk..Kan senang resipi kakda ni..hehehe

SELAMAT MENCUBA YA..

Wednesday, 28 November 2012

AISKRIM WALALA

Selamat malam kepada semua pembaca blog kakda ni..biasa le kakda suka bersiaran lewat-lewat malam.hehehe..mood ok dan izaz kurang mengacau.


Kali ni kakda nak share resipi aiskrim yang simple je..Resipi ni kakda dapat daripada Kakak kakda yang dok KL.Dia dok bagitau sedap aiskrim yang dia buat so kakda minta le resipi darinya.Memang sedap le kalah yang kat kedai tu (ayat angkat bakul)hehe biasa le sapa nak puji kalau bukan diri sendiri.

Izaz pun suka makan dan jiran pun dok puji..makin kembang le kakda ni..Hubby je tak berapa nak suka...so sweet katanya..nanti next time kakda buat kurangkan susu le..tak gitu cik kiah oi...

Kalau resipi yang senang-senang ni kakda suka share ngan jiran2..Kebanyakan jiran kakda ni surirumah sepenuh masa so bab masak ni suka le berkongsi-kongsi..Ahli mesyuarat tingkap le katakan.Bukan setakat kongsi gosip je..hehe

Jom le kita tengok resipi :

Aiskrim Walala…



Bahan-bahan
1 biji telur
2 sudu kecil ovelet
½ tin susu pekat
1 gelas air
Perasa dan pewarna ikut suka hati..kakda guna perasa strawberi dan pewarna merah..

Cara membuatnya :

Pukul telur sehinnga kembang,kemudian masukan ovelet putar sekejap selepas itu masukan susu dan air putar lagi dan akhir sekali masukan perasa..yang kakda buat ni kakda boh perasa strawberi dan pewarna merah je..

Bahan sampingan yang kakda guna nak menyedapkan dan nampak exclisif lg :

Roti sandwich dipotong dadu
pulut
kacang tanah tumbuk
coklat rice..


 Selamat Mejamu selera..da..

time-time hot lagi sedap..sejuk je menyelusuri korongkong ini..hehe

Tuesday, 27 November 2012

TART TELUR






TART TELUR TERBAIK PUNYA..

Rasanya dah lama kakda tak berceloteh disini ye..bukan tak mau dan tak de masa ye..tapi tikus(mouse laptop) belaan kakda sakit dan xboleh diubati lagi gara-gara izaz,semenjak dia dah boleh berjalan ni emm..makin ligat le dan suka sangat main ngan barang-barang ibu(terutama bunga ibu)alahai anak ibu...3 ekor jugak le tikus dihempas olehnya...macam mana tu nak kontrol..hehe..

Sekarang ni Nur Izaz Zanida sedang lena so senang ibu nak mengupdate blog dan berfacebook..hehe.upload gambar2 yang patut,edit2 gambar resipi yang telah kakda buat..Taip-taip resipi,cari-cari resipi yang ingin cuba buat dan yang sewaktu dengannya..




Ok lah jom kita tengok resipi..

Bahan-bahan untuk kulitnya :

250gm tepung gandum
125gm Gula kastor
125gm Mentega
1-2 sudu besar susu segar
secubit garam

Bahan filling
4 biji telur
65gm gula kastor
50ml susu segar
125ml air 

Cara membuatnya :
Pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian masukan tepung,garam dan susu..Putar lagi sehingga adunan sebati..ketepikan..




Cara membuat filling :
Campur semua bahan dan dikacau-kacau manja sehingga sebati..Jangan terlampau kacau ye..Tak jadi cantik masa bakar nanti..filling tak naik..

Kemudian semua dah siap masukan dalam acuan dan bakar selama 15-20mnt dengan suhu 180'C..Sebelum masukan adunan tu sapu2 mentega pada acuan nanti senang kita nak keluarkan bila dah siap bakar nanti..

Masukan Filling

Siap daa.....




 



Saturday, 10 November 2012

NASI KERABU KUNING


Lamanya kakda beraya ye.Almaklum my hubby cuti lama le jgk..So seminggu gak le dok Kg. Balik mai Langkawi nak kena amik mood dulu baru la leh update blog.(hehehe)Nak update blog masa dok kg rasanya macam x sesuai je..tambah2 dok umah mil...nak kena tunjuk rajin didapur tapi diri sendiri dah memang rajin..hehehe..kalau dah touch2 benda alah ni tau-tau le ye amik masa banyak mana..hehehe banyak la ko punya hehehe

Kali ni kakda nak share resipi nasi kerabu pulak ye..Dah puas dah makan daging,kita tukar selera sket ye..Time mood rajin ni kakda buat nasi kerabu sebabnya nak masak resipi ni amik masa lebih sket.Tambahan pula banyak benda nak kena masak tapi jangan risau dan bimbang bahan-bahannya senang dicari dikedai.hehe

Jom le kita tengok resipinya... 

   
Bahan untuk Nasi
 
3 pot beras
2 helai daun limau purut
1 inci kunyit
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara memasak :
Daun limau purut,kunyit dan daun pandan dikisar,kemudian tapis ambil airnya,ketepikan.
Basuh beras ,kemudian masukan air tadi secukupnya seperti masak nasi biasa.Tanak le sehinnga masak.



Bahan untuk Sambal Kelapa

4 ekor ikan rebus dibuang tulang
½ biji kelapa parut
2 biji bawang besar dikisar
2-3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
4 batang serai dikisar
Garam dan gula

Cara memasaknya :

1.Isi ikan digoreng sekejap.Angkat dan ketepikan
2.Kelapa parut digoreng sehingga garing atas api perlahan.Angkat dan ketepikan.
3.Ambil bahan yang dikisar masak atas api perlahan tambahkan bahan perasa garam dan gula secukup rasa masak lagi sehingga kering.
4.Selepas itu masukan isi ikan tadi dan kelapa goreng satu kan dengan bahan yang dikisar.Gaul sehingga sebati.Masak sekejap dan boleh diangkat.Ketepikan


Bahan untuk Tumis (like sos la untuk nasi kerabu disebut tumis)

1 biji kelapa diambil santannya
1-2 batang serai diketuk
Sedikit belacan
Garam dan gula

(bahan dikisar)
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
½ inci halia
7 tangkai cili kering
½ kerat gula keret (nise)

Cara Memasaknya :

Masak santan di atas api sederhana sehingga pecah minyak,kemudian masukan bahan kisar,sedikit belacan dan tambah le garam dan gula secukup rasa.Biarkan bahan2 sebati dan kacau selalu.Biar seketika di atas api.Dah masak boleh la ketepikan..



kita masak budunya pulak (dengan kata lain sos ikan bilis..hehehe)

Bahan untuk Budu

Budu secukupnya
1 batang serai diketuk
2-3 ulas bawang putih dan merah dikisar
1 inci Lengkuas diketuk
½ inci halia diketuk
1 helai daun pandan
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula keret
Air secukupnya
Sedikit garam

Cara memasaknya..

Campur semua bahan di atas dan di masak atas api sederhana.Biarkan ia mendidih sekejap.Angkat dan tapis sedia untuk dihidangkan

Cara nak makan…lihat le gambar..Tuangkan sos ke atas nasi dan gaul le semuanya baru le sedap dimakan.Bagi sesapa yang x berapa nak pandai makan hehehe..Biasanya kalau bukan yang cap Kelante mari tak pandai nak makan nasi kerabu ni.


Bahan tambahan untuk mengenakkan lagi rasa nasi kerabu ni..Makan le ngan solod lada dan keropok goreng dan ayam bakar..memang perh le..sesekali dapat merasa nasi kerabu ni.Buatan air tangan sendiri ni ada ciri unik yang buat rasanye best je ( sebenarnya nak puji diri sendiri masak sedap)



Resipi solod lada so simple

Bahan-bahan

10 biji lada hijau buang bijinya
4 ekor ikan rebus ambil isinya sahaja
2 ulas bawang merah
½ biji kelapa parut yang digoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

Tumbuk isi ikan,kelapa goreng,bawang merah dan garam serta gula dengan menggunakan lesung batu agar semuan bahan bercampur kasar. Kemudian boleh la disumbat ke dalam lada kita tadi..Dan Last sekali kukus lah sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN BLOGER KU

Petang ni rasanya nak buat serawa durian atau dengan perkataan lain pengat durian dimakan bersama pulut..Resipinya coming soon ye..