ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Thursday, 21 February 2013

PIZZA HOME MADE PART 2

Selamat petang wahai tetamu blog kakda.com.Terima kasih kerana sudi-sudi menjengah di teratak ini.

Untuk musim ni kakda akan postkan resipi yang kali kedua kakda buat..hehe..ala ala Part 2 coming soon...

Pizza ni semalam lagi buatnya..terasa nak makan yang beroti n masam-masam.hehehe,so jadi la pizza ni..Kat sini tak de Pizza hut..Da Pizza he pun jadi lah..

Jom tengok resipinya..
Bahan-bahan untuk kulit:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air 6 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis..

Topingnya :
1 biji bawang merah-potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
1 biji capsiken-potong dadu
3 batang sosej-potong serong
3 sudu besar sos tomato
sedikit cheese
sedikit daging kisar

 
Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan kulit.Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat di jari.Rehatkan doh sehingga mengembang selama 30mnt.
2.Ambil doh tadi tumbuk2kan bagi mengeluarkan gelembung udara.
3.Canai sehingga doh tak berapa nipis dan tak berapa tebal.Bentuk ikut suka sama ada bulat atau empat segi.Kali ni kakda buat 4 segi..
4.Bakar sekejap dalam 5 minit.
5.Angkat dan sapukan sos tomato,kemudian taburkan bawang dadu,tomato dadu,capsiken dadu,sosej,daging kisar dan last sekali taburkan cheese.
6.Bakar selama 35minit 170'c.
7.Angkat dan hidangkan..


 SELAMAT MENCUBA..

No comments: