ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Monday, 25 February 2013

KOLEKSI APAM KU..


Assalamualaikum...semua dan selamat petang,cuaca kat Langkawi dua tiga hari ni dok hujan je..Jemur kain baju dah dua hari tak kering-kering..Kg kat Kelantan dah dinaiki air..Banjir juga walaupun di bulan February..cuaca memang tak menentu..Nasib baik kat Langkawi tak banjir..Alhamdulillah..

Petang ni kakda nak mengupdate pic apam yang telah kakda buat dengan menggunakan satu resepi tetapi pelbagai warna..hehehe..
Dan resipinya kakda Copy diSINI.
 

 Silalah menjamu mata ye..


  
Apam Warna-warni@Colourful



Apam Angry Bird


   
Apam Polka dot...





Yang ni Apam Karamel..Kakda amik resipinya diSINI
 
  Yang berbeza disini adalah warna dan saiznya aje..memang best sesiapa yang suka sweet sweet.



Selamat Mencuba..Dan semua ni kakda buat bisnes sket-sket..Doakan kejayaanku..Terima kasih kawan-kawan bloger yang sudi kongsi-kongsi resepi.

Saturday, 23 February 2013

KUIH LOMPAT TIKAM PART 2



Lompat si lompat tikam....yang ni kakda guna resipi daripada
Blog citarasawan.

Memang tak rugi mencuba resipi di blog kakwan ni.Memang best dan kena dengan kehendak hati.Terima kasih kakwan..kerana sudi kongsi resipinya..  

Bahan A (Adunan Hijau)
1 cawan tepun beras
1 sd besar tepung jagung 
1/2 cawan santan kotak KARA
2 cawan air
1 sudu kecil air kapur
1/2 sd kecil garam halus
1/4 sd kecil pewrna hijau

Cara-cara:
Satukan semua bahan,kacau rata dan tapis.Masukkan ke dalam kuali(kakda guna kuali non-stick-memang memudahkan) dan masak dengan api sederhana hingga kental dan berkilat.Tuang dan ratakan kedalam cawan atau loyang.

Bahan B (Adunan santan)
1 cawan santan kotak KARA
1 1/2 cawan air
2 sudu besar tepun beras
1/2 sd teh garam halus

Caranya:
Satukan semua bahan,kacau rata dan tapis.Masukkan kedalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga kental dan berkilat.Tuang dan ratakan ke atas lapisan A tadi.

Bahan C (Pulut Merah)
1 cawan beras pulut (rendam 2 jam)
1/2 cawan santan cair
1/2 sudu teh pewarna merah
1/4 sd teh garam halus

Caranya:
Toskan pulut dan gaul bersama pewarna merah hingga rata.Kukus selama 15mnt angkat dan gaul bersama santan cair dan garam.Kukus semula selama 15mnt atau sehingga masak.

Bahan D (Sirap Gula merah)
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Caranya:
Campur semua,masak hingga gula larut dan tapis.

Walaupun bahannya nampak banyak tapi nak memasaknya senang aje..

SELAMAT MENCUBA YE..
 

Friday, 22 February 2013

NASI DAGANG PART 2


Hidangan ini adalah untuk lunch tadi,buat ringkas2 je..Kalau nasi dagang ni,dah banyak kali buat sebab hubby memang suka la nasi ni.Kira febret my laling le..

Cuma post kat sini kali kedua..Part 2 la katakan...


  Gulai kari ayam...yang kekurangan bahan..walaupun sentiasa masak tapi ada juga terlupa bahan nak masukkan..terlupa letak cili kisar sebab tu la nampak pucat je gulai ni..


Semestinya ini adalah bahan penting...NASInya..
 

Sebahgian tempat dipanggil jelatah,belah kelantan panggil acar bodo je ni..heheh


Perlu ada,kerana kata my hubby..xde telur rebus tak lengkap persedian nasi dagang ni..


Satu hidangan lengkap Nasi Dagang.Selamat menjamu selera..

Untuk resipinya..KLIK DI SINI

Thursday, 21 February 2013

PIZZA HOME MADE PART 2

Selamat petang wahai tetamu blog kakda.com.Terima kasih kerana sudi-sudi menjengah di teratak ini.

Untuk musim ni kakda akan postkan resipi yang kali kedua kakda buat..hehe..ala ala Part 2 coming soon...

Pizza ni semalam lagi buatnya..terasa nak makan yang beroti n masam-masam.hehehe,so jadi la pizza ni..Kat sini tak de Pizza hut..Da Pizza he pun jadi lah..

Jom tengok resipinya..
Bahan-bahan untuk kulit:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air 6 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis..

Topingnya :
1 biji bawang merah-potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
1 biji capsiken-potong dadu
3 batang sosej-potong serong
3 sudu besar sos tomato
sedikit cheese
sedikit daging kisar

 
Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan kulit.Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat di jari.Rehatkan doh sehingga mengembang selama 30mnt.
2.Ambil doh tadi tumbuk2kan bagi mengeluarkan gelembung udara.
3.Canai sehingga doh tak berapa nipis dan tak berapa tebal.Bentuk ikut suka sama ada bulat atau empat segi.Kali ni kakda buat 4 segi..
4.Bakar sekejap dalam 5 minit.
5.Angkat dan sapukan sos tomato,kemudian taburkan bawang dadu,tomato dadu,capsiken dadu,sosej,daging kisar dan last sekali taburkan cheese.
6.Bakar selama 35minit 170'c.
7.Angkat dan hidangkan..


 SELAMAT MENCUBA..

TIRAMISU PART 2


Assalamualaikum....wahai pembaca dan pengunjung blog kakda ni..minta maaf le ye..rasanya dah bersawang blog ni..Tuan tanah tak menjenguk langsung dalam sebulan dua ni..hehehe..

Jangan jemu ye baca blog kakda ni n rajin-rajin la mencuba resipi disini.

Dengan kembalinya tuan tanah bersiaran ni,kakda masak resipi yang pernah dibuat dan dicuba..

Tiramisu ni kali kedua dah kakda buat,kali ni kakda guna biskut ladyfinger yang memang khas untuk bt tiramisu,sebelum ni kakda guna swiss roll je..catatan dulu.Adunan yang sama juga tapi tukar swiss roll ngan biskut ladyfinger.

BAHAN-BAHAN

250g whipping creame
250g creame cheese
8 sudu besar gula kastor
1 gulung swiss roll coffee - kakda guna biskut ladyfinger secukupnya
 
CARA-CARA
Pukul creame cheese bersama 4 sudu gula kastor sehingga lembut kemudian masukan whipping creame dan 4 sudu gula kastor, pukul lagi sehingga lembut.
Susun biskut ladyfinger di dalam tupper ware kemudian masukan creame yg telah dipukul td buat beberapa lapisan sehingga habis.Bahagian atas ditaburi serbuk koko dan coklat rice.Kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama 2 jam lepas tu letak la kat tempat sejuk.

Inilah hasilnya..

 Jangan segan jangan malu..cuba la buatnya..hehehe..
Buat sendiri boleh makan banyak..

  
Bukan makan sekaligus le...dua tiga hari jgk le nak perhabis..Hubby tak berapa suka kek ni.Kakda tolak batu ngan kayu je lah..Sekarang ni badan dah makin berisi..hehe