Sup Tulang Langkawi
Selamat malam wahai
pembaca blog kakda ini,agaknya awal lagi kot nak tido...hehe..kalau bagi kakda
dalam kol 10 11 mlm rasanya malam masih muda..huhu...biasa time tido kakda
adalah kol 2 3 pagi..anak dara kakda punya pasal la..time tu dia tengah aktif
bermain.Nasib badan dapat ank yang suka tido lewat.
Tapi kalau siangnye
tido elok je..orang suh bangkitpun x mau.Normal ke tidak bagi seorang budak
yang berumur 1 tahun 4 bulan yang suka berjaga malam dan siangnya tido.Izaz oh
izaz anak dara kesayangan ibu.
Ok lah kita sambung
bab masak memasak la pulak ye..Untuk dinner tadi kak da ada masak sup tulang,
antara febret En.Suami I la..
Tulang tu semalam
lagi hubby belinya,nak masak untuk lunch tadi hubby tak balik makan kat umah so
kak da buat untuk dinner le..Kakda lunch ngan nasi goreng kampong je tadi,tu
febret Nur Izaz Zanida.Biasa untuk lunch kita orang berdua makan nasi goreng
je..Time mlm br masak lauk-pauk ni.
Ni lah resipinya
Bahan-bahan
1kg tulang lembu
Rempah sup tulang
(kakda guna brand Adabi)
4 ulas bawang merah
dimayang
3 ulas bawang putih
dimayang
Minyak untuk menumis
Tauge
Daun bawang/daun sup
Cabai potong
Garam dan serbuk
perasa
Cara membuatnya :
1.Bersihkan tulang
dan direbus selama 3jam atau sehingga daging empuk.
2.Panaskan minyak
dalam periuk kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga
kekuningan,kemudian masukan rempah sup tulang tumis lg sehingga naik bau.
3.Selepas itu
masukan tulang tadi bersama air rebusannya dan tambah lagi air.
4.Biarkan ia
mendidih dan masukan garam serta serbuk perasa.Tutup api..dan ready lah untuk
dihidangkan.
5.Amik semangkuk sup
masukanlah bawang goreng,daun bawang/daun sup dan tauge nak kasi pedas bubuh le
cabai potong..makanlah ngan nasi panas2..best..best..best..ngan kuetiow pub sodap..walaupun simple.
Memasak itu mudah
dan senang sekiranya kita memudahkan bahan-bahannya, yang penting kena ngan
selera kakda.(macam falsafah kakda la ni)hehe.
2 comments:
terima kasih sudi singgah ke blog QH..slm kenal yea sis...
ade yer sup langkawi...hihi...sedapnya dihirup panas gitu sambil dimakan bsama roti..kalau di johor xsah kalau x tmbh smbl kicap...pasti terangkat...hehe
terima kasih kembali sudi gak tinggalkan komen..heheh..salam kenal berbalas..
Nama SS je QH..
Post a Comment