Assalamualaikum dan selamat malam tetamu-tetamu di di teratak ini.Dah lama teringin nak nak buat menu ni,tapi asyik tertunda aje aktivitinya.
Maka pada hari semalam tertunailah jua keinginan membuat sendiri cream puff ini.Resipi ni anak sedara yang bagitau yang di ambil di SINI. Dan terima kasih kepada tuan punya blog ini Cik Epal kita..Telah mengilhamkan resipi cream puff yang senang ini.
CREAM PUFF
SUMBER :Blog cikepal06
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan butter (125g)
1 cawan air (250g)
1 cawan tepung gandum diayak
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara :
Masukkan butter dan air dalam periuk.Didihkan atas api.Bila dah mendidih dan butter pun dah larut,masukkan tepung gandumyang telah diayak.
Kacau laju-laju sampai tepung tak melekat pada tepi periuk.
Selepas itu tutup api dan sejukkan sedikit.
Kemudian dalam adunan tadi masukkan telur sebiji sebiji dan masukkan esen vanilla.
Kakda masukkan adunan tadi dalam paper cup dan bakar selama 25minit pada 180'C
Walaupun senang ada juga part yang x menjadinya.Percubaan pertama tak sebenarnya sempurna..hehehe..Rasanya dah ada,tapi bentuknya lari dari yang asal,kerana kakda guna paper cup untuk bakar adunan ini.Adunannya terlalu lembek.Next time kakda buat kasi cantik lagi..
Mula tu bulat-bulatkan atas aluminium foil..Tapi masa bakar tu,dia punya mengembang..besarnya..Last-lastnya nak bagi kecik sket kakda guna la paper cup..Tu la hasil bentuknya..Apa-apapun saya puas hati sebab boleh buat sendiri..
Dan sos kastardnye pula..keras sedikit sebab kakda kurangkan susu..memandai je kan sebab tu la tak jadi asal kejadiannya.hehe
Sos Kastard
Bahan-bahan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan susu segar (kakda guna susu cair sebab tu la x berapa menjadi kejadiannya)
2 biji telur (kakda guna 1 biji je..versi derhaka Mcm Kak Madihaa ckp)hahaha
1 sudu kecil esen vanilla
3 susu besar gula
Masukkan semua bahan di atas dan masak atas api sederhana.
Step akhir potong tengah-tengah cream puff dan masukkan inti kastard.
SELAMAT MENCUBA..
2 comments:
montel2 u...
nasib baik nampak gak montelnya..hehe
Post a Comment