Panjang pula ye Intro kali ni.Jom la tengok resipinya pulak..Sepatutnya kek
ni dipost pada 1-1-2013 tetapi oleh kerana masalah teknikal dan keslowan line
membuatkannya tertunda untuk dipost.
Inilah cara
kakda menyambut tahun baru dengan membuat kek dan diagih kepada jiran tetangga
sket sorang.Disamping nak puaskan hati ini mentry resipi daripada kak Ita Masam
manis.DI SINI
Kek kukus ni pun tidak mengecewakan kakda,hehe..memang sedap dan gebus,dan tak pernah ketemu kek kukus asam manis ni dimana-mana kedai.Dan itu juga membanggakan kakda,buat kek yang tak pernah dirasai sebelum ini.
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek
325 gm mentega - guna marjerin
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri- tepung gandum+serbuk penaik 2 sudu kecil
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan kukusan dengan api yang besar
Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna
Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment