Dua tiga hari ni kakda bz sket,ada sedara datang umah,diorang holiday kat Langkawi ni,kira mai tido kat kat umah kakda la.Ada tetamu riuh le umah kakda ni.Izaz suka la ramai orang,biasa dia dok sorang-sorang je.Nasib baik izaz ni jenis ok ngan sapa-sapa pun xde le perangai meragam merengek dia tu.Kakda pun boleh masak dengan tenang je.
Izaz ni kalau dia sorang2 kakda nak masak atau nak buat kerja umah ni,memang x sporting,ada je benda dia nak merengek ke apa-apa.Tapi kalau kakda dok mengadap tv ok la pulak.Dia boleh la pulak main sorang-sorang.Apa kes ni..hehehe..apa-apa pun dia la intan payung kakda.
Sebenarnya kakda nak tunjuk dan share resipi yang kakda try buat tempoh hari.Adunannya memang menjadi,lembut gebu dan sebagainya...Tapi seni lukisnya x berapa nak menjadi..hehehe
Kakda try buat apam polka dot versi lady bird ni,tapi time melukis tu ya Allah..tgn ni ni jd terketaq-ketaq je..hish mcm mana le boleh jd mcm tu..Maklum le masa sek dulu mana belajar subjek lukisan ni..apapun kakda nak tunjuk juga hasil tgn saya ini walaupun x menarik.(Lady bird kakda kena penyakit ni)hehehe
Resipinya kakda amik daripada blog Rahel.blogspot.
Apam polka dot versi Lady bird
Sumber : Rahel blogspot
Bahan:
140g tepung gandum}
1 1/2 sudu teh baking powder}-diayak sekali bersama tepung
gandum
110g gula halus
75ml susu segar atau susu cair - kakda
guna susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovalet
1/2 sudu teh esen vanila-kakda guna 1 st
Filling @ perasa adalah mengikut
citarasa masing
Pewarna pilihan- kakda guna jem rozel
Tips Apam Polkadot Gebu dan Inti Tak Bocor
Cara:
1.Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2.Kemudian masukkan ovalet,kuning telur
dan esen vanila,pukul lagi sampai kembang.
3.Masukkan gula,pukul sampai kembang
lagi.
4.Masukkan tepung dan baking powder
diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5.bahagikan adunan kepada beberapa
bahagian dan titiskan pewarna.
6.Masukkan setiap warna dalam bag piping atau plastik
bersih.
7.Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8.Letakkan filling yang digemari,untuk lebih mudah masukkan
ke dalam plastik piping,kemudian picit.*picitkan ke dalam bentuk pusar.
9.Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan lukis le
lady bird tu,cara nak lukis kakda tgk kat blog Dari Dapur Madihaa
10.Kukus 10-15 minit sehingga masak.
Ini lah hasil lukisanku..
SELAMAT MENCUBA....Jgn marah ye..
2 comments:
comeiii..rajin buat corak lady bird tu..
Terima kasih QH..nak kena training lg melukis ni..heheh
Post a Comment