ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Friday, 7 December 2012

KUIH BENGKANG

Petang ni kakda buat kuih bengkang,lagi kuih tradisionalkan..Sebab my hubby ni suka sgt mkn kuih ni..Satu lg kuih yang susah untuk dicari disini.Tak susah macamana,mestilah susah sebab nak cari yang sama macam mak dia buat.huhuhu…

Yang kakda buat setakat ni x de lagi yang jd mcm mak dia buat,merangkap mak mertua i..hehehe..Tak sempat nak belajar time blk kg,sempat amik resipi je..Biasa la orang-orang lama ni Cuma bagi bahan asas je,sukatannya main agak2 je kalau bahasa kuno Kelantan dibahasakan‘cekro’hehe.

Bahan-bahan:
3 cawan santan
2 ½ cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan gula
Sedikit pewarna hijau
Sedikit air daun pandan.
Cara membuatnya :
Campur semua bahan di atas dan putar menggunakan mixer supaya cepat sebati.Kemudian Masukan kedalam Loyang dan bakar dengan suhu 150’ selama 1 jam 30 mnt.
Angkat dan sejukan barulah dipotong2 untuk dihidangkan. 


Tapi cara mak mertua I dia guna periuk khas untuk kuih bengkang ni dimasak diatas dapur gas dengan api perlahan.Mungkin sebab tu kot berbeza ngan kakda buat.hehehe..Sebenarnya kakda xde periuk tu yang guna Loyang dan dibakar dalam oven.


Apa-apapun tiap kali buat kuih ni sudah semestinya finish already di makan habby.Kakda pun suka gak sebenarnya kuih ni.heheh..Lepas tu bagi lah kat jiran sebelah 1 2 piring,pinggan kan banyak sangat nanti nak penuhkan.(bunyi macam x ikhlas je..hahaha..whateverlah)

SELAMAT MENCUBA

No comments: