ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Friday, 7 December 2012

LOMPAT TIKAM


Sebenarnya hubby yang dok teringin nak makan lompat tikam ni..Semenjak dok sini la x jumpa lagi le kuih ni..so kakda tanya2 senior resipinya.

Kakda masak untuk 3 4 orang makan je..biasanya bg kat jiran 1 2 mangkuk..heheh..

Bahan-bahan
½ kg Beras pulut
2 Gelas Tepung beras
1 biji kelapa diambil Santan(guna kepala santan je)
2 keping Gula kerek
Pewarna merah
Pewarna hijau
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara menbuatnya

1.Beras pulut direndam dengan pewarna merah selama 4 jam,kemudian dikukus sehingga masak @ lembut.
2.Bancuh tepung beras dengan air dan titikan pewarna hijau  dan masak di atas api perlahan sehingga masak.angkat dan tuangkan kedalam bekas atau Loyang dan rata2kan.Ketepikan.
3.Santan dimasak sehingga pekat dan tambah sedikit garam.Sekiranya santan masih cair masukan 1 sudu besar tepung beras untuk memekatkannya.Ketepikan.
4.Masak gula kerek 2 keping dengan segelas air sehingga gula kerek hancur.Masak diatas api sederhana.Kemudian sejukan dan tapis terlebih dahulu sebelum dimakan.
5.Sedia untuk dimakan.

 SELAMAT MENCUBA



No comments: