ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Tuesday, 4 December 2012

APAM DURIAN

Apa khabar kawan-kawan blogger.Harap ceria dan happy sokmo..Mesti ada yang dok sibuk update blog,berfb dan sebagainye.Kakda pula time ni dok update blog walaupun Izaz tak sporting.


Hari ni pepagi lagi kakda dok berkecoh kat dapur..Excited nak buat resipi apam ni,sebab durian banyak dalam peti ais yang disimpan dalam tupperware.Biasa le beli 2 3 biji, makan terus sebiji pastu yang lebih kopek2 dok simpan dalam peti ais nak makan sejuk..makan sket-sket (durian x best simpan boleh le dibuat apa-apa selain tempoyak,kalau yang best dan sedap x menyempatnya simpan dalam peti ais..)hehehe

 Dah 2 3 kali beli durian,asyik terkena yang x best je...Dah le mahal kat sini..Tapi kalau nak yang memang puas hati beli yg RM20 st kg..emm lari le bajet untuk beli benda lain.

Orang dok sibuk buat crepe durian tapi kakda baru sampai bab apam..hehe..x cukup bahan nak buat crepe,kat sini susah nak cr non-dairy whiping cream tu..ada satu kedai tu je yang ada tapi kol 6 ptg dah tutup.Kakda malam-malam baru dapat keluar,hubby kerjakan keta xde le..ngan motosikal payah nak bawak anak pulak.

Memang kakda takut nak bawak anak naik motosikal,kalau setakat pusing kat keliling umah ni ok lg..Kalau kat jalan raya oo sorry le..Takut x boleh nak handle kalau anak bt perangai masa naik motosikal,kakda mudah panik.Apa pun beringat sebelum kena ye..Kalau dah besar tu lain kira ye..

Ok le panjang pula berceloteh hari ni.Jom tgk resipi. Resipi ni kakda amik dr blog Rahel..Banyak jenis juga apam ni rupanya..


 Apam Durian di petik dari blog rahel blogspot.Minta izin ye..copy resipi..
Sumber:Internet


Bahan:
120gm isi durian,lenyek halus
2 biji telur gred A - kakda guna gred B
2 st ovalet
160gm gula pasir
200gm tepung gandum
100ml air minuman bersoda- kakda guna air sprite
sedikit pewarna kuning

Cara:
1.Putar telur,ovalet,gula pasir sehingga kembang/kaku (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh).
2.Masukkan isi durian,air bersoda.Putar lagi selama 1 minit hingga rata.
3.Masukkan tepung dan putar lagi 1 minit hingga rata.Warnakan adunan.
4.Sudukan ke dlm acuan tart yg dialas dgn kertas cawan (isi penuh).
5.Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.

*panaskan air kukusan hingga mendidih baru kukus apam.
*balut tudung periuk ketika mengukus apam.
*adunan apam durian sangat pekat jd jgn ditambah air dan tak perlu serbuk penaik.

Memang menjadi le walaupun baru first time buat.Dengan keharuman duriannya itu...ooo sedapnya masuk mulut panas-panas dengan air teh secawan...

Dengan kerekahannya itu,kegebuannya itu...saya bangga dengan diri saya..hahaha..Terima Kasih daun keladi Rahel.blogspot.. 


SELAMAT MENCUBA
 Tapi hubby tak berapa suka kuih-kuih apam ni,x kena ngan seleranya..yang menjadi pilihan hatinya adalah bubur kacang hijau tambah durian...Hari-hari makan pun xpe..


 
  Ini lah pilihan hati hubby, malam semalam minta kakda masakan yang penting dia yang kukur kelapa..(rumah kami masih guna kukur nyor)hehehe..beli yang dah parut kat kedai cepat masam walaupun dah simpan dalam peti ais.Kalau masak makanan cepat basi..Santan kotak jarang guna.

5 comments:

Mas said...

apam durian kawan ngan bubur durian..
terbaikk la...

Hasidah Bt Awang said...

terima kasih kawan kerna sudi tinggal jejak..sy budak br blaja berblog..kalau salah tlg tunjukan..hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menarik juga resepi apam ni.. rasanya belum pernah buat lagi apam durian.. kalau muffin, jemput2 durian pernah la jugak.. hihi.. simpan dulu resepi ni.. kot2 ada durian lain kali bolehlah buat.. t.kasih ye Da..

asmahyusof said...

Salam kakda...
mmg menarik resepinya...bubur tue fav asz gak...cantik rekahan apamnya kakda..:))

Hasidah Bt Awang said...

terima kasih..Kak Madihaa n Asz sudi tinggalkan jejak..apam ni first time buat terus menjadi..tersengeh sorang2 didapur..hihi