ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Saturday 24 November 2018

Kini Selamanya 2018

Permulaan setelah beberapa tahun menyepi...
Kini k.da seorang pembuat kuih..
Ibu kepada 4 orang cahaya mata..dua perempuan dua lelaki.
Berpindah dari Langkawi ke Serdang Kedah
Dari Serdang Kedah ke Jeli Kelantan...

Gambar lama kita refresh blk..

Friday 19 December 2014

Sepanjang 2014

 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim saya memulakan penulisan ini yang telah sekian lama tidak terusik tidak dijengah ataupun singgah di laman ini.Rasa terkilan di hati jua.
 Terdetik di hati ini untuk mencoret catatanku di laman ini setelah menjelajah beberapa blog kekawan.Rasa seronok untuk menulis kembali jua.Sesuai dengan tajuk catatan kali ini saya akan berkongsi pengalaman suka duka pahit manis sepanjang tahun 2014.
 Al kisahnya pada tanggal 30/sep/2014 saya meninggalkan bumi langkawi dengan penuh nostalgia.Di sana lah saya mulakan hidup sebagai isteri orang dan bergelar ibu kepada Nur Izaz Zanida Binti Zamaluddin dan Ahmad Hazarif Bin Zamaluddin.
Selamat tinggal Langkawi Permata Kedah




 Maka berpindahlah jua kami satu keluaga kerana En.hubby dapat tukar kerja kat tempat baru di Bandar Baharu Serdang Kedah.Pada tanggal 1/November/2014 kami naik umah baru a.k.a umah sewa baru.

 Bermula kisahku disini..Dua hari di rumah baru kami balik kampong untuk meraikan hari raya haji.Seronok dan gembira berhari raya bersama keluargaku.Tibalah masanya untuk kembali ke rumah baruku..semasa dalam perjalanan balik ke Bandar baharu kami mengalami kemalangan jalan raya, walaupun tidak teruk sangat tapi trauma la jgk.Allah masih sayangkan kami.Kami sekeluarga selamat tapi kereta yang teruk.


Pengalaman Banjir tanggal 27/November/2014




 Tanggal 28/11/2014 - Rumahku setelah air surut
 



  
Tinggalkan seketika duka lara dihati...

Tanggal 5-7/12/2014...Belayar ke Pulau Pangkor 









Setelah tiga hari disana pulanglah kami dan satu pengalaman baru bagiku tiada tempat duduk kosong terpaksa lah duduk ditangga...

Dan masih sempat si dara ku posing di atas tangga feri.. 
Dalam perjalan balik ke Bandar Baharu sempat juga kami singgah di Zoo Taiping dan hanya ini yang ku mampu snap kerana bateri talipon tanganku kehabisan.


Secara ringkas kisahku di penghujung 2014.Semoga tahun baru yang bakal ditempohi akan lebih baik daripada yang lepas-lepas.Amin Ya Robbila'lamin.
SESUNGGUHNYA SETIAP PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI.......
sayang you alls yang sudi singgah diteratak kakda yang baru ini.penambahan dan pembaikan.....

Thursday 16 January 2014

Assalamualaikum......Pembuka Tirai 2014

Sudah berbulan-bulan kak da meninggalkan arena penulisan ini..Minta maaf kepada yang mengikuti blog ku ini...Diharap kak da masih lagi mempunyai pembaca blog ini...Memang rindu untuk mencatat dan berkongsi resipi di sini...tapi apakan daya ku tidak mempunyai ruang dan masa untuk menulis(hehehe)...Sibuk ngan Anak-anak penyeri rumah tangga...Anak baru dua dah kecoh...hehehe yang anak ramai rileks je n dapat lagi masa nak menulis nulis di blog...(apakan daya hendak seribu daya x hendak seribu dalih)hahaha..



Kini kak da dah bertambah ahli keluarga...sukanya dapat baby boy yang kini berusia 3 bulan...yang x banyak ragam nya macam kakak dulu...Beza anak kan...Tapi bab tido...sama je ngan kakak suka tido lewat-lewat...Ibu jgk yang tak tahan mengantuk..

Diberi nama Ahmad Hazzarif...Alhamdulillah cukup sepasang kini anak-anak ibu dan abah...Dah besar nanti jd anak yang soleh dan solehah...

Dan semenjak anak dua ni kak da pun bertambah berat badan...hehe...asyik nak makan je...tak habis habis ngan makan...
Yang dibuat sendiri kah..yang dibeli kah..yang jiran bagi kah...
Kak da yang habis kan...hahaha..

 Sila la menjamu mata ye....hehehe..pic ni kakda amik kat google je...xde pic terbaru dengan masakan terbaru lagi..hehehe nantikan kemunculan ku nanti dengan pengisian yang segar dan original lagi..

Cukup le untuk pembukaan tirai 2014...dan tak lupa terima kasih kepada yang setia menjenguk blog ku ini...

Dan maaf semua pic di atas tiada kaitan pun ngan cerita ku kali ini....Salam Jumaat semua...

Wednesday 10 April 2013

LIMA 2013

Assalamualaikum semua...mohon maaf kepada pembaca blog kakda kerana sudah lama rasanya tiada catatan dari kakda walaupun hanya sepatah dua kata.
Lama termenung di depan laptop ni..tiada idea untuk menulis sebenarnya.
Tapi untuk tidak mehampakan kawan-kawan yang setia menjenguk di teratak ini,kakda coretkan juga la untuk sepatah dua kata dan menyapu pergi sawang yang bertamu di teratak ini.Terima kasih juga kepada yang sudi singgah disini.
Pic sekitar LIMA'13 yang diadakan baru-baru ini.Jom layan...
Sebenarnya 2 3 menjak ni mood masak low very low...Next time apabila masanya udah sesuai kakda akan meyembang lagi bab resipi..tunggu................
              Izaz yang sentiasa tidak fotogenik...




















Monday 25 February 2013

KOLEKSI APAM KU..


Assalamualaikum...semua dan selamat petang,cuaca kat Langkawi dua tiga hari ni dok hujan je..Jemur kain baju dah dua hari tak kering-kering..Kg kat Kelantan dah dinaiki air..Banjir juga walaupun di bulan February..cuaca memang tak menentu..Nasib baik kat Langkawi tak banjir..Alhamdulillah..

Petang ni kakda nak mengupdate pic apam yang telah kakda buat dengan menggunakan satu resepi tetapi pelbagai warna..hehehe..
Dan resipinya kakda Copy diSINI.
 

 Silalah menjamu mata ye..


  
Apam Warna-warni@Colourful



Apam Angry Bird


   
Apam Polka dot...





Yang ni Apam Karamel..Kakda amik resipinya diSINI
 
  Yang berbeza disini adalah warna dan saiznya aje..memang best sesiapa yang suka sweet sweet.



Selamat Mencuba..Dan semua ni kakda buat bisnes sket-sket..Doakan kejayaanku..Terima kasih kawan-kawan bloger yang sudi kongsi-kongsi resepi.