ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Sunday 16 December 2012

Ayam Masak Stim ala kakda


 
Bahan-bahan

Ayam (kakda guna bahagian dada)
7 ulas bawang putih ditumbuk dan dimayang
1 labu bawang besar
2 inci halia
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
5 biji cili padi
Garam,gula dan serbuk perasa


Cara membuatnya..
1.Tumbuk 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia serta cili padi kemudian gaulkan dengan garam,gula serbuk perasa,kicap pekat dan sos tiram sehingga sebati.
2.Lumurkan pada ayam dan perap sekejap sebelum tu ayam dicucuk2 dengan garfu supaya ada ruang untuk bahan perap menyerap.
3.Selepas diperap masukan ayam dalam bekas yang sesuai untuk dikukus dan taburkan bawang dan halia yang dimayang.
4.Kukus sehingga ayam empuk.
5.Angkat dan hiaskan dengan potongan carrot,timun dan daun salad.Sedia untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA

4 comments:

Unknown said...

salam kakda..
aduh sedap lah pulak tengok ayam ni malam2 macam2 ada lah,,

Hasidah Bt Awang said...

salam kak noor,terima kasih singgah diteratak yg x berapa moden ni,yg penting masakan yg sodap..hihihi

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
terima kasih kerana sudi singgah ye
sedapnye lauk ayam tu

Hasidah Bt Awang said...

sesuai le untuk diet kot..hehe