ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Friday 19 December 2014

Sepanjang 2014

 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim saya memulakan penulisan ini yang telah sekian lama tidak terusik tidak dijengah ataupun singgah di laman ini.Rasa terkilan di hati jua.
 Terdetik di hati ini untuk mencoret catatanku di laman ini setelah menjelajah beberapa blog kekawan.Rasa seronok untuk menulis kembali jua.Sesuai dengan tajuk catatan kali ini saya akan berkongsi pengalaman suka duka pahit manis sepanjang tahun 2014.
 Al kisahnya pada tanggal 30/sep/2014 saya meninggalkan bumi langkawi dengan penuh nostalgia.Di sana lah saya mulakan hidup sebagai isteri orang dan bergelar ibu kepada Nur Izaz Zanida Binti Zamaluddin dan Ahmad Hazarif Bin Zamaluddin.
Selamat tinggal Langkawi Permata Kedah




 Maka berpindahlah jua kami satu keluaga kerana En.hubby dapat tukar kerja kat tempat baru di Bandar Baharu Serdang Kedah.Pada tanggal 1/November/2014 kami naik umah baru a.k.a umah sewa baru.

 Bermula kisahku disini..Dua hari di rumah baru kami balik kampong untuk meraikan hari raya haji.Seronok dan gembira berhari raya bersama keluargaku.Tibalah masanya untuk kembali ke rumah baruku..semasa dalam perjalanan balik ke Bandar baharu kami mengalami kemalangan jalan raya, walaupun tidak teruk sangat tapi trauma la jgk.Allah masih sayangkan kami.Kami sekeluarga selamat tapi kereta yang teruk.


Pengalaman Banjir tanggal 27/November/2014




 Tanggal 28/11/2014 - Rumahku setelah air surut
 



  
Tinggalkan seketika duka lara dihati...

Tanggal 5-7/12/2014...Belayar ke Pulau Pangkor 









Setelah tiga hari disana pulanglah kami dan satu pengalaman baru bagiku tiada tempat duduk kosong terpaksa lah duduk ditangga...

Dan masih sempat si dara ku posing di atas tangga feri.. 
Dalam perjalan balik ke Bandar Baharu sempat juga kami singgah di Zoo Taiping dan hanya ini yang ku mampu snap kerana bateri talipon tanganku kehabisan.


Secara ringkas kisahku di penghujung 2014.Semoga tahun baru yang bakal ditempohi akan lebih baik daripada yang lepas-lepas.Amin Ya Robbila'lamin.
SESUNGGUHNYA SETIAP PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI.......
sayang you alls yang sudi singgah diteratak kakda yang baru ini.penambahan dan pembaikan.....