ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Tuesday 15 January 2013

KEK CAWAN PISANG PART 2

Assalamualaikum dan salam sayang kepada tetamu-tetamu kakda..jemput semua ye merasa kek pisang ni..hehehe
Untuk kali ni kakda guna resipi yang diambil dari blog Ros jintanmanis.Sebenarnya resipi ni untuk muffin,tapi kakda buat dalam versi derhaka..hahaha..jadi lah kek cawan pisang.

Resipi asal--> Muffin Pisang Bercoklat
Sumber--> Ros Jintanmanis

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan suku gula ( 1 1/3 cawan)
2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur
1/3 cawan ( suku) susu segar --> kakda guna susu cair
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)--> kakda tak masukkan pun

Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.--> kakda blender je.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu cair, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup biasa.-->kakda kukuskan aje..selama 15mnt.




Memang menjadi walaupun dalam versi derhaka..Minta maaf tuan punya resipi ye..sesuka hati je tukar nama..







SELAMAT MENCUBA..
 
 

Monday 14 January 2013

MY APAM DOT DOT

Salam sayang semua..terutama yang tak jemu2 mengfollow dan bertandang di teratak kakda ini.

Semalam kakda ada buat apam dot dot untuk En.Suami untuk dibawa ke pejabatnya, katanya ada buat makan-makan sempena diorang dapat bonus..hehehe..(bestkan dapat BONUS).. 

So kakda menawarkan diri nak buat kuih2 bagi meriahkan lagi jamuan makan tersebut..serta kakda merajinkan diri yang sememangnye dah rajin membuat apam ini,sambil mengetes diri mencuba apam yang berseni..Nak dot dot tu perlukan skill juga ye..Nanti x nampak dot dotnye.Resipi apam ni kakda guna yang diambil dari blog Dapur Mamasya.
Yang ni kakda guna inti coklat rice..hehe  


 Nampak cantik je kan..hahaha..puji diri sendiri..Puas hati sebab dapat buat dengan tangan saya yang cantik ini..lalala


Satu bekas ni untuk En.suami,sebenarnya 2 bekas juga le..yang st bekas lagi terlupa nak snap..hehe.

SELAMAT MENCUBA...KITA JUMPA DI LAIN LEMBARAN..

Thursday 10 January 2013

CREAM PUFF


Assalamualaikum dan selamat malam tetamu-tetamu di di teratak ini.Dah lama teringin nak nak buat menu ni,tapi asyik tertunda aje aktivitinya.


Maka pada hari semalam tertunailah jua keinginan membuat sendiri cream puff ini.Resipi ni anak sedara yang bagitau yang di ambil di SINI. Dan terima kasih kepada tuan punya blog ini Cik Epal kita..Telah mengilhamkan resipi cream puff yang senang ini.


CREAM PUFF
SUMBER :Blog cikepal06

BAHAN-BAHAN 

1/2 cawan butter (125g)
1 cawan air (250g)
1 cawan tepung gandum diayak
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara :
Masukkan butter dan air dalam periuk.Didihkan atas api.Bila dah mendidih dan butter pun dah larut,masukkan tepung gandumyang telah diayak.
Kacau laju-laju sampai tepung tak melekat pada tepi periuk.
Selepas itu tutup api dan sejukkan sedikit.
Kemudian dalam adunan tadi masukkan telur sebiji sebiji dan masukkan esen vanilla.
Kakda masukkan adunan tadi dalam paper cup dan bakar selama 25minit pada 180'C

Walaupun senang ada juga part yang x menjadinya.Percubaan pertama tak sebenarnya sempurna..hehehe..Rasanya dah ada,tapi bentuknya lari dari yang asal,kerana kakda guna paper cup untuk bakar adunan ini.Adunannya terlalu lembek.Next time kakda buat kasi cantik lagi..


Mula tu bulat-bulatkan atas aluminium foil..Tapi masa bakar tu,dia punya mengembang..besarnya..Last-lastnya nak bagi kecik sket kakda guna la paper cup..Tu la hasil bentuknya..Apa-apapun saya puas hati sebab boleh buat sendiri..

Dan sos kastardnye pula..keras sedikit sebab kakda kurangkan susu..memandai je kan sebab tu la tak jadi asal kejadiannya.hehe

Sos Kastard

Bahan-bahan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard 
1 1/2 cawan susu segar (kakda guna susu cair sebab tu la x berapa menjadi kejadiannya)
2 biji telur (kakda guna 1 biji je..versi derhaka Mcm Kak Madihaa ckp)hahaha
1 sudu kecil esen vanilla
3 susu besar gula

Masukkan semua bahan di atas dan masak atas api sederhana.

Step akhir potong tengah-tengah cream puff dan masukkan inti kastard.


SELAMAT MENCUBA..

Monday 7 January 2013

KARIPAP



KARIPAP KARIPAP CINTA

Bahan-Bahan kulitnya

2 cawan mug tepung gandum
2 sudu besar marjerin dicairkan
½ cawan mug air

Bahan untuk inti

7 biji ubi kentang didadu
1 sudu besar serbuk kari
1 ½ cawan mug air
4 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya..

Panaskan marjerin terlebih dahulu,biarkan suam-suam sedikit kemudian di gaul dengan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti,selepas itu tambah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan sebati,tak melekat kat jari2 ye.ketepikan.

Cara nak membuat intinya :

Tumis bawang sehinga naik bau,masukan serbuk kari dan air sedikit, masak sehingga pecah minyak dan masukan ubi kentang dan baki air tadi biarkan ia kering sedikit masukan garam dan gula secukup rasa.Masak le sehingga ubi kentang manjadi benar-benar empuk dan kering.

Bulat2kan doh tadi dan canai nipis-nipis letak dalam acuan karipap dan letak inti secukupnya,dan tutup la acuan tu..jadi lah karipapnya..Buat sehingga selesai..Goreng dalam minyak yang panas sehingga keperangan.Angkat le..

Boleh la makan..

Kejadian tak berapa menarik tapi time makannya sedap je..hehehe..sempat lagi puji diri sendiri.

Saturday 5 January 2013

KARI TERUNG


Assalamualaikum dan selamat malam semua wahai pengunjungku.Hari ini kakda bersiaran larut malam kerana awal-awal tadi kakda melayan drama melayu Nur Hidayah..Kalaulah kakda boleh sabar macam tu sekali Alhamdulillah amin..Tapi kita perlu berubah ke arah yang lebih baik kan..

Hari ni nak share gulai sayur sekali lagi.Yang ni kakda mengkarikan ia..hehehe..Kali ni kakda masak  kari terung atas permintaan En.Hubby.

Resepi ni pun simple jugak..

Bahan-bahan
2 biji terung potong pendek
1/2 biji kelapa ambik santannya
2 ulas bawang merah kisar
1 ulas bawang putih kisar
1/2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
garam gula ikut selera
minyak untuk menumis
Serbuk kari daging secukupnya

Tumis rempah,kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau,masukkan bawang kisar dan kacau-kacau kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan santan.

Kemudian boleh la masukkan santan dan terung.Last sekali masukkan perasa ikut citarasa..Masak sehingga terung lembut dan boleh la diangkat dan dihidang.

 SELAMAT MENCUBA..

Friday 4 January 2013

DAGING GORENG EN.HUBBY

Selamat malam semua,kali ini kakda nak share resipi yang dimasak hubby.hehe
Malam ni rajin pulak my hubby.Sebab my hubby ni pandai masak tu yang boleh harapkan dia masak.


Resipi ni senang la jugak,tapi bagi yang xde skill masak rasanya susah gak nak buat ni.

Bahan-bahan
Daging secukupnya (buat untuk 2 orang makan)
2 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
2 biji cili padi dipotong
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
garam dan serbuk perasa secukupnya 
minyak untuk mengoreng

Caranya:
Cuci bersih terlebih dahulu kemudian daging dipotong nipis,renehkan ia ngan sedikit air sehingga lembut.

masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kemudian masukkan sedikit minyak dan kacau-kacau sekejap selepas itu masukkan cili kisar dan sos cili,kacau sehingga bergaul rata.

Akhir sekali masukkan bawang dan cili padi.

Biarkan seketika.Dan boleh la tutup api dan ready to eat.

 

 SELAMAT MENCUBA..

Thursday 3 January 2013

SAYUR LEMAK PUTIH PETOLA DAN KUBIS

Salam sayang kepada pengunjung setia blog ini,yang sentiasa mengikuti catatan kakda ini dan tak jemu mengembara dengan masakan dalam blog ini.Kakda ucapkan berbanyak terima kasih kerana tanpa pengunjung pasti terkubur lah blog ini..hehehe

Menu kali ini yang masih simple juga dan antara gulai sayur febret kakda.Pekena ngan budu+tempoyak,ikan goreng garing dan ulam timun batang+petai..Perthh..mertua lalu belakang pun tak sedar.

Bahan-bahan (kakda buat untuk 2 org makan je)
Santan daripada 1/2 biji kelapa
2 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
sedikit isi ikan tawar (dibakar)
1/2 batang petola
sedikit kubis

Bawang merah dan lada hitam ditumbuk dengan menggunakan lesung batu,kemudian masukan ikan tawar,tumbuk sehingga lumat,ketepikan

Kemudian masukkan santan dalam periuk dan bahan tumbuk tadi beserta petola yang dipotong pendek-pendek letak le atas api yang sederhana,selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.

Biarkan ia menggelegak sekejap.Agak-agak sayur dah lembut boleh la tutup apinya.Siap..

SELAMAT MENCUBA..CUBA JANGAN TAK CUBA

Wednesday 2 January 2013

ROTI KUKUS VERSI kakda.com

Selamat tengahari semua..diharapkan semua dalam keadaan yang sihat sejahtera.Hari ni kakda nak share resipi yang telah ditry buat semalam hari.hehehe..Suka-suka je kakda telah meringkaskan resipi ini,kerna x cukup bahan tapi teringin sangat tekak ini nak memamam pau ni @ roti kukus tersebut.


ROTI KUKUS @ ROTI PAU
Bahan-bahan
221gm tepung gandum (ada byk ni je yang tinggal)hehehe
1 1/2 gelas air
1 1/2 st yis
1 sb lemak sayuran
Sedikit garam dan gula
(resipi yang telah diringkaskan oleh kakda berdasarkan resipi DI SINI.

Ini lah hasilnya.Walaupun tak putih melepak,kakda tetap puas hati dengan usaha kakda ni.Sebab sebelum2 ni tak jadi mcm ni.Ni lah hasil terbaik setakat ini.Nanti next time kakda akan cuba resipi yang betul2 punya.


 Inti kelapa+kacang secukupnya

Masukan yis,garam dan gula kedalam air,biarkan seketika sehingga berbuih..ketepikan

Gaul tepung dan lemak sayuran sehingga sebati

Kemudian uli dengan air yis tadi sehingga tidak melekat dijari,perapkan selama 30mnt atau sehingga kembang

Apabila dah kembang kita amik doh tu tumbuk2 sket nak keluarkan gelembung udara katanya(berdasarkan resipi yang dirujuk)KLIK DI SINI.

Bulat-bulatkan,kakda dapat dalam 12 biji.

Biarkan selama 5 minit.

Kemudian boleh la masukkan intinya..buat le sehingga habis.

Biarkan ia dalam 30mnt lagi

Selepas itu boleh la dikukus..Kakda kukus selama 5-6 mnt.
Sebelum tu panaskan lah dulu kukusan. 

SELAMAT MENCUBA..

Tuesday 1 January 2013

KEK KUKUS ASAM MANIS 2013

Salam sayang salam tahun baru,kepada pengunjung blog ini,sesiapa ada azam tahun baru tak?bagi kakda pula azam tahun ni nak try buat bisnes jual kek..hahah..sekiranya dapat restu en.Hubby.Sebelum kakda lupa kakda nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung blog kakda.com,yang sentiasa nantikan post-post terkini daripada kakda.Tanpa kalian siapa dan dimana lah letaknya blog kakda.com ini.Apapuu I LOve U alls..Doa2kan kakda agar teruskan dunia blogger ini.heheh..Amin..

Panjang pula ye Intro kali ni.Jom la tengok resipinya pulak..Sepatutnya kek ni dipost pada 1-1-2013 tetapi oleh kerana masalah teknikal dan keslowan line membuatkannya tertunda untuk dipost.

Inilah cara kakda menyambut tahun baru dengan membuat kek dan diagih kepada jiran tetangga sket sorang.Disamping nak puaskan hati ini mentry resipi daripada kak Ita Masam manis.DI SINI



Kek kukus ni pun tidak mengecewakan kakda,hehe..memang sedap dan gebus,dan tak pernah ketemu kek kukus asam manis ni dimana-mana kedai.Dan itu juga membanggakan kakda,buat kek yang tak pernah dirasai sebelum ini.


KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
- guna marjerin
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri- tepung gandum+serbuk penaik 2 sudu kecil
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc

Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar


Pukul mentega dan gula hingga sebati

 

Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
 

Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
 

Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
 

Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
 

Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
 

Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan
.
 
Selamat mencuba..