ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Thursday 6 December 2012

BUTIR NANGKA (KIUH TRADISIONAL KELANTAN)



Hari ini kakda sungguh keciwa kerana catatan untuk kuih tradisional kakda terdelete,konon-konon nak seting apa-apa kat blog ni,sudahnya pi delete catatan kiuh tradisional,so di bawah ni adalah catatan yang lama yang kakda terpaksa edit semula dan buat balik :huhu..Maaf diatas kesulitan ini.

Hari ni saya membuat kuih butir nangka(ore klate panggil) atau badak berendam sebab nak membalas pinggan jiran-jiran yang dok berbagi kuih-kuih,adat hidup berjiran..jiran tu bagi kek pisang,jiran ni bagi kek coklat,jiran nun puteri ayu dan seangkatannyalah.

So saya ada point la nak kena rajin masak-masak ni..hehehe..Buat butir/biji nangka ni so simple..ok jom saya tunjukan cara hendk membuatnye satu persatu…

Mula-mula sediakan bahan:

Bahan A
Pewarna hijau
Tepung pulut
Air secukupnya

Di sini kakda Tunjukn beberapa cara untuk membuat butir nangka.

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


 Gambar4


Cara membuatnya:
Satukan semua bahan A,uli sehingga menjadi seperti Gambar 1,dan bentukkan menjadi seperti Gambar 2 dan Gambar 3,Kemudian masukan kedalam air yang mendidih seperti dalam Gambar 4,apabila ia timbul dipermukaan air tandanya dah masak, angkat dan masukan dalam kuahnya terus,buat sehingga habis adunan.(Masak kuahnya dahulu seperti di bawah). 

Bahan B(untuk kuah)
Santan
Garam dan gula(ikut suka)
Halba
Daun pandan

Cara membuatnya :

Satukan semua bahan diatas didalam periuk yang sesuai diatas api yang sederhana,biar semua bahan masak sebati.masak sehingga mendidih.Tutupkan api.

Inilah hasilnya:


SELAMAT MENCUBA

No comments: