ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

KARI TERUNG


Assalamualaikum dan selamat malam semua wahai pengunjungku.Hari ini kakda bersiaran larut malam kerana awal-awal tadi kakda melayan drama melayu Nur Hidayah..Kalaulah kakda boleh sabar macam tu sekali Alhamdulillah amin..Tapi kita perlu berubah ke arah yang lebih baik kan..

Hari ni nak share gulai sayur sekali lagi.Yang ni kakda mengkarikan ia..hehehe..Kali ni kakda masak  kari terung atas permintaan En.Hubby.

Resepi ni pun simple jugak..

Bahan-bahan
2 biji terung potong pendek
1/2 biji kelapa ambik santannya
2 ulas bawang merah kisar
1 ulas bawang putih kisar
1/2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
garam gula ikut selera
minyak untuk menumis
Serbuk kari daging secukupnya

Tumis rempah,kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau,masukkan bawang kisar dan kacau-kacau kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan santan.

Kemudian boleh la masukkan santan dan terung.Last sekali masukkan perasa ikut citarasa..Masak sehingga terung lembut dan boleh la diangkat dan dihidang.

 SELAMAT MENCUBA..

Thursday, 3 January 2013

SAYUR LEMAK PUTIH PETOLA DAN KUBIS

Salam sayang kepada pengunjung setia blog ini,yang sentiasa mengikuti catatan kakda ini dan tak jemu mengembara dengan masakan dalam blog ini.Kakda ucapkan berbanyak terima kasih kerana tanpa pengunjung pasti terkubur lah blog ini..hehehe

Menu kali ini yang masih simple juga dan antara gulai sayur febret kakda.Pekena ngan budu+tempoyak,ikan goreng garing dan ulam timun batang+petai..Perthh..mertua lalu belakang pun tak sedar.

Bahan-bahan (kakda buat untuk 2 org makan je)
Santan daripada 1/2 biji kelapa
2 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
sedikit isi ikan tawar (dibakar)
1/2 batang petola
sedikit kubis

Bawang merah dan lada hitam ditumbuk dengan menggunakan lesung batu,kemudian masukan ikan tawar,tumbuk sehingga lumat,ketepikan

Kemudian masukkan santan dalam periuk dan bahan tumbuk tadi beserta petola yang dipotong pendek-pendek letak le atas api yang sederhana,selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.

Biarkan ia menggelegak sekejap.Agak-agak sayur dah lembut boleh la tutup apinya.Siap..

SELAMAT MENCUBA..CUBA JANGAN TAK CUBA

Sunday, 23 December 2012

PETOLA BERLADA

Selamat petang Ahad dan ceria-ceria lah sokmo..Kepada yang bercuti selamat bercuti,selamat balik kampung,dan kepada mangsa banjir semoga selamat main air.Kat kg Kakda kat Kelantan katanya dah banjir,tapi nasib baik air tahun ni tak sampai kat umah,Alhamdullilah tak perlu dah nak punggah memunggah barang.

Petang ni kakda nak share resipi sayur pula,rasanya ini yang pertama kakda post kat blog.

Menu ni antara yang kakda suka,bahan pun tak susah,yang simple-simple aje.
 

Bahan-bahan:
1 biji petola (buat untuk 2 orang makan je)
10 ekor udang basah buang kulit
2 ulas bawang merah kisar
1 ulas bawang putih kisar
7 tangkai cili kering kisar
garam,gula secukup rasa
sedikit air
sedikit minyak
 
Cara memasak:
Potong petola pendek-pendek.Basuh dan ketepikan.

Tumis bahan kisar sehingga naik bau,masukkan sedikit air dan udang,biarkan sekejap.

masukkan bahan perasa ikut citarasa anda.

Kemudian masukkan petola dan biar seketika boleh la tutup api.
Siap.

SELAMAT MENCUBA...CUBA JANGAN TAK CUBA..

Tuesday, 18 December 2012

IKAN PEDAS + PETAI


Lagi resipi lauk ye..dua tiga hari ni mood nak buat kuih muih tak berapa nak ado..Sebab lidah n tekak kakda ni dok terliur ke cempedak goreng,dok teringat-ingat lagi yang buat hari tu.hehehe

Untuk time ni kakda nak share resipi lauk pauk ye,boleh juga adik dan anak buah kakda buat rujukan diorang nak masak lauk2 yang simple dan pengunjung blog kakda ni.


Resipi kali ni juga ada kaitan dengan petai..hehehe..bukan hantu petai ye,kakda ni petai angle la..hehe

Bahan-bahan:
5 ekor ikan selayang a.k.a sardin dibersih dan diperap dengan garam kunyit.
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih kisar
10 tangkai cili kering dikisar
1 keping petai buang kulitnya
garam,gula dan serbuk perasa ikut selera
minyak untuk mengoreng

Cara memasak:
1.Goreng ikan yang diperap tadi.Dah masak ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3.Masukan sedikit air dan tambah bahan perasa secukup rasa.
4.Masukan petai,biarkan ia mendidih sekejap.
5.Masukan ikan goreng tadi,boleh la tutup apinya..
6.Sedia untuk dihidangkan.



So simple kan..SELAMAT MENCUBA..