ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Tuesday 24 April 2012

SEGMEN PELANCONGN

Assalamualaikum bloger2 yang sudi baca,singgah kat sini...

Kali ini saya nak kongsi story berkaitan tempat makan yang menarik di Langkawi…hehe..Kita berehat seketika bab resipi, kita masuk bab Pelancongan pula.

Beberapa hari yang lepas my hubby bawak pi makan kat luar,like jalan-jalan cari makan la konon sambil-sambil nak promotkan restoran sekitar Langkawi bagi(promot secara percuma) tujuan u alls buat rujukan di masa akan datang.(kot-kot nak cuti-cuti Malaysia kat Langkawi)heheh..


Nama Restoran ni Tanjung Tirai view café,sesiapa yang nak makan ala-ala romantik memang sesuai sangat la kat tempat ni sebabnye suasananya yang di tepi pantai dan disinari cahaya pelita,restoran terapung la katakan.Makanan pun sedap harga berpatutan.Yang penting layanan bagus..

 Pelita Atau Lilin?


 Suasana malam di Tanjung Tirai View Cafe

My hubby pilih nasi goreng special,Nasi Goreng Tanjung Tirai yang mengandungi sosej goreng,ayam black paper yang dipotong kecil-kecil dan keropok sayur.Dan The O ais…

 Nasi Goreng Tanjung Tirai  RM 8.50


 Nasi Goreng Kampung RM 5.00 + Jus Honey Dew RM 3.00

Malam ni selera saya ala kampung sket, saya oder Nasi Goreng Kampung je dan Jus Honey Dew...Izaz tumpang sesudu dua nasi ibu dan abah..Air susu sebotol..hehehe



Dua orang makan habis la RM 17.90..Berbaloi tak bagi anda?
Bagi saya berbaloi kerana sedap..Nak kata mahal tidak nak kata murah pun tidak..Sebab zaman dah berubah so harga-harga barangan,makanan dll pun akan berubah..Kalau tak berubah maknanya kita sentiasa muda tak tua-tua lah…hehehe.Perubahan itu perlu..

Sunday 22 April 2012

PIZZA WESTERN+EAST

Aslamualaikum...

Jom hari ini saya ajarkan anda how to make pizza satu persatu..Halaman yang lalu saya kongsi bagaimana nak buat butir nangka(badak berendam).kali ni kita buat pizza pula ala-ala western + east gitu.

Bahan-bahan

Untuk Doh
3 cawan tepung gandum
6 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 susu kecil yis 
1 cawan air 



Tepung yang dah digaul dengan myk masak dan air larutan yis,gula dan garam
 
 
Tepung dibancuh dengan air larutan yis,gula dan garam tadi
 
 Rehatkan doh sehingga kembang seperti pic di atas


 Kemudian bulatkan doh tadi seperti pic di atas dan bakar separuh masak. 

Sedia untuk ditabur bahan-bahan di bawah:

BAHAN UNTUK TOPING


Bawang dan Tomato
 
Dipotong Dadu
 

 Sosej

 Sardin Tin Kecil

 Mayonis
 



 Sardin dan Mayonis di gaul sebati

 Sedikit Sos cili



Bahan-bahan di atas ditabur di atas doh/roti yang siap dibakar separuh masak...Lapisan pertama sapukan sos cili keseluruh permukaan roti kemudian sardin+mayonis,bawang dan tomato akhir sekali sosej yang dipotong serong

 
Dan ini hasilnya selepas dibakar dengan suhu 200'c selama 25minit.Selepas tu letak la mayonis kat atasnya(lagi best kalau guna cheese)...tada




SELAMAT MENCUBA....yum..yum..Dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah.........

Wednesday 18 April 2012

RESIPI BEST ABAD INI.....

Assalamualaikum..

Saya tak tau nak masak apa untuk lunch hari ni so tanya hubby kot dia ada idea apa-apa.Maka tercipta lah idea darinya iaitu ayam paprik.Dia kata nak makan yang saya masak sebab sebelum ni asyik dia je yang masak ayam paprik tu untuk saya,hehehe (untungkan ada hubby pandai masak)..Jom tengok resipinya….

Antara bahan yang perlu disediakan:

Ayam dipotong kecil-kecil
Daun Limau purut
Lengkuas
Halia
Lada Hitam
Cili kering
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih

Semua bahan di atas dikisar.Kecuali ayam dan daun limau purut.

Cara nak memasaknya adalah
:Tumis bahan di atas sehingga naik bau kemudian masukan ayam,biarkan seketika selepas itu masukan carot dan bunga kubis serta daun limau purut (jika suka)dan akhir sekali masukanlah garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.(ikut selera anda)..Ha ini lah hasilnya.



Selepas siap masak tu bagi lah kat jiran sebelah sepinggan ”kecil” ayam paprik.hehehe...dia puji sedap....siap boleh buka kedai lagi habaqnye (perasan jap)hahahaha..

mai tgk lagi picnya...



LEPAT PISANG


Saya terasa nak cuba membuat lepat pisang,kerana asyik buat kek dan jemput-jemput je,walaupun bahan asasnye adalah pisang tapi mempuyai rasa yang berbeza-beza.
 
Untuk mengekalkan ketradisionalnye lepat pisang dan membezakan kek dan jemput-jemput,kuih ini harus lah dibungkus dengan menggunakan daun pisang.Isu ini dibangkitkan oleh saya kerana my hubby lah tukang amik daunnye(beliau mim alif lam sin nak amik),dia habaq mai tak bungkus dengan daun pisang pun orang panggil lepat pisang gak sebab bahan utamanye adalah buah pisang bukan daun pisang,kukus dalam Loyang pun akan dipanggil lepat 
pisang jgk.
 Sediakan daun pisang ni


 Daun pisang yang dah disalai atas api perlahan

Oleh kerana tak mau kalah dalam perdebatan ini,saya kata kat dia , “ untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional lepat pisang ini,haruslah dibungkus dalam daun pisang,che abe oi nanti genarasi baru tak kenal lepat pisang suatu hari nanti”...(tapi kalau sesiapa tanya  "lepat ubi kenapa orang x bungkus ngan daun ubi?" tolong sediakan sendiri jawapannye,saya takde idea nak bagi pendapat..hahahah)

Jom tgk resepinye...

Pisang dilenyek
tepung gandum
garam dan gula
Daun pisang(nak kekalkan ciri2 lepat pisang) 

Adunan yang dah sebati
  
Cara nak buatnye ialah pisang yang dilenyek digaul dengan tepung gandum,garam dan gula sehingga sebati,kemudian boleh la dibungkus dengan menggunakan daun pisang..selamat mencuba..Izaz pun suka makan lepat ni...


Inilah hasilnye..yum..yum.yum



Monday 16 April 2012

Hubby oh my hubby


Dinner malam ni my hubby chefnye,,,dia nak kongsi resepi yang mak dia atau mak mertua saya la suka buat untuknye.Sebab mak saya tak turunkan resepi ni kepada saya…hahaha..Resepi kali ni dipanggil Sotong masak tumis…Kira febret hubby la ni(mak mertua saya buat lg sedap)…sebelum2 ni dok beli sotong tak pernah disuruhnye saya masak tumis sotong ni.hahaha….malam ni tetiba je nak makan sotong masak tumis..so saya suh dia la yang buat..sebab sblm ni saya tak pernah buat kot tak kena ngan selera dia la sebab tu la dia rajin nak masak…(Nampak macam tak pandai masak ke saya ni).
Resepinya simple je…

Bahan-bahan..
Sotong
Serai(diketuk)
Bawang merah(ditumbuk)
Bawang putih(ditumbuk)
Halia(ditumbuk)
Cili kering dikisar



Cara-caranye : Tumis bawang merah,bawang putih.halia dan cili kering kisar,tumis sehingga naik bau,kemudian masukan serai dan sotong dan air sedikit.Akhir sekali masukan garam dan serbuk perasa..siap untuk dihidang…
Best..acu cuba try test la….huhuhu...Sayang my hubby(selalu puji rajin la dok dapur...hahaha)


Sunday 15 April 2012

KEK CAWAN PISANG


Malam semalam pi rumah member hubby nak amik pisang,pisang diorang tanam dah berbuah dan nak berbagi-bagi lah sesame member..dapat la satu sikat gian hubby..huhuhu..kelakar rasanye..sebagai tanda ingatan sesame kawan-kawan…hahaha…my hubby ni ramai member orang-orang sini dan diorang selalu la bagi  apa-apa kat hubby like pisang ni la..sembang-sembang jap,saya ajak hubby pi ronda-ronda malam kat pantai Cenang sesaje je amik angin malam and my hubby cakap “see the world “, nak bagi kembangkan minda lagipun kat Pantai Cenang ni ada buat Pesta Air..tapi suasana x berapa happening coz amaran tsunami hari tu,Saya pun sekadar pi tgk tak turun pun kereta.
Berbalik pada pisang tadi..dalam my brain dok pikiq dh boleh buat kek pisang atau pun jemput-jemput pisang…dok pikiq-pikiq n bahanpun mencukupi  so kita buat Kek cawan pisang kukus ( steam banana cups cake ).

Bahan-Bahan
1 cawan marjerin
1 cawan pisang (diblender)
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cawan kertas secukupnya


Cara-caranye :
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang,kemudian masukan telur dan pukul lagi sehingga sebati.Selepas itu masukan tepung gandum,soda bikarbonat dan baking pawder serta pisang yang telah diblender pukul lagi sehingga adunan betul-betul sebati.Akhir sekali masukanlah adunan tadi di dalam cawan-cawan kertas dan kukus selama 10-15mnt.buat la sehingga adunan habis..Sejukan dan boleh dimaman..(makan)(makan panas-panas boleh sebabkan muak).

Saturday 14 April 2012

LUNCH OH LUNCH



Hari ni my hubby jadi chef dia cuti hari ni.Saya masakan breakfast je tadi.Hari-hari masak kadang-kadang takde idea nak masak apa.Alhamdilillah hari ni my hubby tawarkan diri nak masak so saya apa lagi bertepuk tangan la..hehehe,rileks sket la nak online2 ni.Semalam saya masak dia tak makan,hari ni jd malas nak masak dah tak de orang nak makan asyik kita je yang perhabiskan camner le badan tak naik...Tak sedap ke I masak ni..hehehe….
Sambil dok masak hubby perturunkan tips nak goreang ikan yang best dan rangup dan garing camner,dia habaq mai, pasang api perlahan tunggu sampai minyak benar-benar panas baru lah masukkan ikan so kulit ikan tu tak tertanggal la masa kita nak angkat tu…ooo baru saya faham…kita masak kita nak cpt sebab tu la pasang api besar ikan tu terkejut yang jd tak berapa nak best tu..”itu yang dia cakap”
Menu hari ni ikan masak pedas..nak resepi jgk ker?hehe
Jom tgk resepi..Resepinya so simple..sesiapa yang punya kekangan masa tu boleh la cuba resepi ni.

Bahan-bahan
Ikan ( ikut suka nak guna ikan apa)
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Gula,garam dan serbuk perasa

Caranye : Ikan digoreng dalam minyak yang panas di atas api perlahan sehingga garing.Ketepikan.Kemudian blender cili kering,bawang merah,bawang putih dan bahan tersebut ditumis sehingga pecah minyak dan selepas itu masukan garam,gula dan serbuk perasa kacau sehingga sebati dan masukan ikan yang di goreng tadi, masak sekejap pastu ready untuk dihidangkan..Dan ini hasilnye…makan tak toleh kiri kanan.(mana ada orang makan toleh kiri kanan,cu jawab...hehehehe)



Friday 13 April 2012

PUDING ROTI


Petang tadi dok menyembang ngan suri rumah n da geng pasal tsunami ni…dok habaq mai la diorang kalut nak selamatkan diri,saya satu family rileks kat umah je.Diorang pulak dalam nak menyelamatkan diri siap pi pasar malam lagi kat Pekan Kuah.Nak tergelak rasanye,Lepas tu siap berkelah lagi ngan juadah2 yang dibeli kat Permandangan indah tempat diorang selamatkan diri tu la.Dalam dok risau-risau tu dan lagi makan-makan.Ramai jgk le yang pi dok sana.Dalam pukul 10 mlm diorang msg kat saya Tanya keadaan cam ner,kebetulan masa tu tersiar berita terkini mengatakan AMARAN TSUNAMI ditarik balik dan keadaan selamat tapi dinasihatkan dalam langkah berjaga-jaga.Alhamdulillah selamat semua.Dalam dok bersembang tu akan tersebut jgk le bab resepi ni.Kali ni resepi puding roti..Saya tak cuba buat lagi ni tapi nak post jgk kat dalam blog..hehehe..
So picnye xde la…nanti saya dah buat saya akan postkan picnye kat sini…tapi tak tau bila nak buat ni,sebab my hubby tak berapa suka kuih lembeklembek ni.Kalau hubby tak berapa nak makan mood nak buat tu slow la sket tapi akan buat..yang penting buah tapi tu tetap guna…huhuhu
Hahaha…Jom tgk resepinya..

Bahan-bahan..
Roti sandwich
Susu cair
1 biji telur
Serbuk Agar-agar
Air secukupnye
Gula

Cara buat
Roti,susu cair dan telur diblender.Kemudian masukan air dalam periuk serta serbuk agar-agar dan bahan yang telah diblender tadi serta gula.Kacau hingga mendidih kemudian angkat dan tuangkan dalam Loyang atau bekas yang sesuai dan sejukan hingga keras.Dan boleh la dihidangkan..


Thursday 12 April 2012

KERABU MANGGA

Semalam my hubby bawak pi rumah member dia kat Kampung Darat Padang Matsirat,biasa la petang-petang bawak wife n anak ronda2 dah seharian kita dok dalam rumah naik boring gak la.Pi dok menyembang kejap tukaq-tukaq citer sambil gossip-gosip sket…hehehe..dan kongsi-kongsi resepi.Member dia ada bagi pelam muda 2 3 biji dan habak mai la suh buat kerabu pelam/mangga/pauh..Jom tgk resepi..

Bahan-bahan
Pelam/mangga/pauh(diparut)
Bunga kantan(dimayang halus)
Udang kering
Kacang tanah goreng(ditumbuk)
Cabai/cili padi/lada burung
Garam


Semua bahan di atas digaul sebati dan boleh makan terus.Best.

Saya buat untuk lunch hari ni..Hubby makan x toleh kiri kanan.

Tsunami oh Tsunami



Beberapa hari yang lepas Negara kita digegarkan oleh gempa bumi di Acheh.Kawasan yang berpotensi dilanda tsunami adalah salah satunye langkawi tempat aku bermastautin.  Gegaran kecil terasa jgk le kat rumah ni, masa bergegar tu ingat kan apa le..pas tgk berita tu baru tahu ada gempa bumi berlaku di Acheh.Jiran-jiran saya ada yang selamatkan diri ditempat tinggi, saya dan famili redha dan tawakal dirumah aje.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kawasan rumah saya ni selamat.Pada pukul 10 malam amaran tsunami ditari balik.Nak citer sket la…orang dok kalut2 ngan tsunami my hubby minta nak makan sambal petai dan gulai lemak ketam..tapi satu permintaannye je dapat dibuat iaitu sambal petai…Dalam kol 11 baru kitaorang dinner. Jom kita kongsi resepi sambal petai..

Bahan-bahan
Beberapa keping petai dipotong2 kecil
Ikan bilis (digoreng)
Cili kering dibelender bersama bawang merah dan bawang putih
Garan dan perasa secukup rasa.

Cara buat...

Tumis cili kering yang diblender bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yang panas sehingga masak kemudian masukkan garam dan perasa masak lagi kemudian masukan petai dan akhir sekali ikan bilis goreng ( untuk yang suka belacan boleh masukan sedikit belacan)


Keesokan harinya baru lah buat Gulai Lemak Ketam...

Bahan-Bahan

Ketam
Lengkuas
Kunyit
Cili kering
Bawang merah
Garam,gula,serbuk perasa
Asam keping
Yang penting Santan


Cara-cara

Lengkuas,kunyit,cili kering dan bawang merah ditumbuk sehingga lumat.Kemudian masukkan bahan tersebut dalam periuk kemudian masukan santan tunggu sehingga memdidih,masukan ketam dan masukan garam,gula,serbuk perasa dan asam keping.Masak sehingga ketam bertukar warna merah/oren, itu tandanya ketam dah masak.So boleh angkat dan dihidangkan.

DISETIAP CERITA ADA RESEPINYA…

Wednesday 11 April 2012

KERABU NANGKA


Beberapa hari yang lepas saya mencuba resepi kerabu nangka.Alhamdullilah first time buat hubby puji sedap….perasan jap diriku ini kerana my hubby ni selera dia tinggi sket..Semenjak kawin ni dialah antara tukang kritik dan komplen masakanku.Sekali sekala dia masak…emr..memang kelas lah masakan my hubby ni…Time kekadang tu ada jgk la time xde mood nak masak…so saya suruh la dia masak…huhuhu…ada masa jgk la my hubby ni nak masak…kena tgk mood le time nak suruh tu….Masakan yang saya xleh lawan sampai skang meggi goreng…hahaha..yang saya buat tak sesedap dia buat..oh..dah melalut sampai meggi goreng dah kita ni..berbalik pada Kerabu nangka kita jom saya share kan resepi dengan anda pembaca setia my blog..huhuhu

Kalau nak buat sedikit saya guna anggaran sedikit…(Nak buat byk guna la anggaran sebanyak)

Sedikit nangka muda (dicelur)
Sedikit isi ikan tawar (yang dibakar tawar)
Sedikit kelapa parut yang digoreng
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk perasa
Bawang merah seulas..
Sedikit lada hitam

Semua bahan ditumbuk akhir sekali masuk lah nangka yang telah dicelur tadi.
Siap untuk dihidangkan





Monday 9 April 2012

Cheese Cake...





hari ni  saya nak share resepi cheese cake pula...

Bahan A

200gm biskut marie (dikisar halus)
100gm mentega (dicairkan)

Bahan B

250gm cream cheese
200gm whipping cream
100gm gula kastor
15gm gelatin
100gm air suam
Jem strawberi

Cara Membuatnye...

1. Campurkan bahan A sehingga sebati dan boleh dikepal2.
2. Kemudian, masukkannye ke dalam loyang dan tekan sehingga padat.
3. Sejukkan selama 30mnt sehingga 1 jam.
4. sementara menunggu, putarkan cream cheese bersama gula kastor sehingga kembang.
5. Selepas itu masukan whipping cream dan kacau lagi sehingga adunan menjadi lembut dan sebati.Ketepikan.
6. Bancuhkan pula gelatin bersama air suam dan masukkan kedalam adunan tadi.Gaul sehingga sebati.
7. Akhir sekali tuankan adunan ke dalam loyang yang sudah diisikan dgn serbuk biskut tadi.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga adunan keras dan hidangkan dgn jem strawberi atau blueberi.
(Dipetik dalam Majalah PA & MA)

SELAMAT MENCUBA............


Saya kongsi satu lagi resepi ( satu adunan boleh buat 3 jenis kuih ) nak tahu resepi apa....cuba teka dulu apa dia....resepinya adalah DONAT,ROTI KUKUS DAN ROTI GORENG)  jom baca resepi dulu...

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil mauripan (ibu roti)
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil ovelet 1 sudu kecil susu tepung

1 sudu kecil gula
sedikit garam..

Cara-cara

1. Gaul tepung gandum dengan marjerin dan ovelet sehingga sebati.Ketepikan.
2.Kemudian bancuh mauripan,garam,gula,susu tepung dengan secawan air suam sehingga larut.
3. Akhir sekali gaul tepung gandum ngan bancuhan mauripan tadi.Uli sehingga menjadi doh..Rehatkan sekejap.(sekiranya adunan lembek tambahle air sedikit)

Untuk Donat..
Sediakan gula halus..



Untuk Roti Kukus dan roti Goreng
Inti kelapa atau kacang





SELAMAT MENCUBA....
BEST KUIH MUIH BUATAN SENDIRI NI...DAN BOLEH MAKAN BYK2






 


Thursday 5 April 2012

TIRAMISU


How to make tilamisu...
dua tiga hari lepas aku terasa nak makan tilamisu sebabnya dah lama dok minta2 resepi ngan my little sister...tp buatnye idok...so semalam aku berjaya membuat setupper ware tilamisu yg dah di ubah dan di olah oleh ku...nak citer sket la pasal nak buat kek ni..dia punyer dugaan tu ada dua tiga dugaan dalam bab mencari bahan-bahan...hehehe...dugaan pertama keluar masuk kedai area  umah I ni cr whipping creame n creame cheese.... Dugaan kedua nak cr swiss roll coffee Dugaan ketiga apa ye...whatever...yg penting semua bahan telah ditemui..
Berbalik kepada resepi kita ye puan2 tuan2..

BAHAN-BAHAN

250g whipping creame
250g creame cheese
8 sudu besar gula kastor
1 gulung swiss roll coffee( aku guna swiss roll orenge dilembab ngan air kotak coffee..hehe dugaan yg aku sebut td)

CARA-CARA
Pukul creame cheese bersama 4 sudu gula kastor sehingga lembut kemudian masukan whipping creame dan 4 sudu gula kastor, pukul lagi sehingga lembut.
Susun swiss roll yg telah dipotong sederhana tebal di dalam tupper ware kemudian masukan creame yg telah dipukul td buat beberapa lapisan sehingga habis.Bahagian atas ditaburi serbuk koko dan coklat rice.Kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama 2 jam lepas tu letak la kat tempat sejuk biasa...siap dah bleh makan .....