ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Showing posts with label APAM. Show all posts
Showing posts with label APAM. Show all posts

Monday, 25 February 2013

KOLEKSI APAM KU..


Assalamualaikum...semua dan selamat petang,cuaca kat Langkawi dua tiga hari ni dok hujan je..Jemur kain baju dah dua hari tak kering-kering..Kg kat Kelantan dah dinaiki air..Banjir juga walaupun di bulan February..cuaca memang tak menentu..Nasib baik kat Langkawi tak banjir..Alhamdulillah..

Petang ni kakda nak mengupdate pic apam yang telah kakda buat dengan menggunakan satu resepi tetapi pelbagai warna..hehehe..
Dan resipinya kakda Copy diSINI.
 

 Silalah menjamu mata ye..


  
Apam Warna-warni@Colourful



Apam Angry Bird


   
Apam Polka dot...





Yang ni Apam Karamel..Kakda amik resipinya diSINI
 
  Yang berbeza disini adalah warna dan saiznya aje..memang best sesiapa yang suka sweet sweet.



Selamat Mencuba..Dan semua ni kakda buat bisnes sket-sket..Doakan kejayaanku..Terima kasih kawan-kawan bloger yang sudi kongsi-kongsi resepi.

Monday, 14 January 2013

MY APAM DOT DOT

Salam sayang semua..terutama yang tak jemu2 mengfollow dan bertandang di teratak kakda ini.

Semalam kakda ada buat apam dot dot untuk En.Suami untuk dibawa ke pejabatnya, katanya ada buat makan-makan sempena diorang dapat bonus..hehehe..(bestkan dapat BONUS).. 

So kakda menawarkan diri nak buat kuih2 bagi meriahkan lagi jamuan makan tersebut..serta kakda merajinkan diri yang sememangnye dah rajin membuat apam ini,sambil mengetes diri mencuba apam yang berseni..Nak dot dot tu perlukan skill juga ye..Nanti x nampak dot dotnye.Resipi apam ni kakda guna yang diambil dari blog Dapur Mamasya.
Yang ni kakda guna inti coklat rice..hehe  


 Nampak cantik je kan..hahaha..puji diri sendiri..Puas hati sebab dapat buat dengan tangan saya yang cantik ini..lalala


Satu bekas ni untuk En.suami,sebenarnya 2 bekas juga le..yang st bekas lagi terlupa nak snap..hehe.

SELAMAT MENCUBA...KITA JUMPA DI LAIN LEMBARAN..

Thursday, 13 December 2012

APAM KARIPAP-KARIPAP CINTA

Salam salam bola ye..malam ni Negara kita lawan Thailand, masa kakda dok menaip ni masih lagi 0-0,hubby yang dok tengok, kakda jeling-jeling manja je dari laptop ni.

Nanti gol kakda nak tumpang bersorak je.Minat dan x minat pada bola ni 50-50 le..hehehe.Kadang-kadang boleh layan sampai habis,kadang-kadang tu tak tgk pun ape..heheh..ikut angin jugak le.

Ok le..kita tengok resipinya,petang tadi kakda try buat Apam karipap-karipap cinta,amik resipi dari blog kak Ita Masam manis.
Memang cara nak buatnya senang dan mudah aje.Bagi kat kakda terus jadi karipap putus cinta..

Jom layan gambar karipap yang putus cinta..hahaha





Tapi first time kakda buat,hasilnya x berapa nak  menarik..heheh..yang penting sodap mak.. Yang penting guna pan non-stick ye.

Mula2 tu kakda guna pan yang biasa je,memang melekat gila..Last2  ngan kuali ajaib pun jadi lah..hehehe..Umah kita xde pan non-stick.


 Apa-apa pun ini lah hasil air tangan saya,jgn gelak ye Kak Ita tengok karipap-karipap yang putus cinta ni..

Sunday, 9 December 2012

APAM POLKA.DOT VERSI LADY BIRD

Apa khabar semua..kakda n famili sihat2 je,izaz baru lepas kena cucuk untuk Sthn 6 bulan.Budak baik tak menangis,balik dari klinik terus tido.Boleh le Ibu nak update blog jap.

Dua tiga hari ni kakda bz sket,ada sedara datang umah,diorang holiday kat Langkawi ni,kira mai tido kat kat umah kakda la.Ada tetamu riuh le umah kakda ni.Izaz suka la ramai orang,biasa dia dok sorang-sorang je.Nasib baik izaz ni jenis ok ngan sapa-sapa pun xde le perangai meragam merengek dia tu.Kakda pun boleh masak dengan tenang je.

Izaz ni kalau dia sorang2 kakda nak masak atau nak buat kerja umah ni,memang x sporting,ada je benda dia nak merengek ke apa-apa.Tapi kalau kakda dok mengadap tv ok la pulak.Dia boleh la pulak main sorang-sorang.Apa kes ni..hehehe..apa-apa pun dia la intan payung kakda.

Sebenarnya kakda nak tunjuk dan share resipi yang kakda try buat tempoh hari.Adunannya memang menjadi,lembut gebu dan sebagainya...Tapi seni lukisnya x berapa nak menjadi..hehehe

Kakda try buat apam polka dot versi lady bird ni,tapi time melukis tu ya Allah..tgn ni ni jd terketaq-ketaq je..hish mcm mana le boleh jd mcm tu..Maklum le masa sek dulu mana belajar subjek lukisan ni..apapun kakda nak tunjuk juga hasil tgn saya ini walaupun x menarik.(Lady bird kakda kena penyakit ni)hehehe



Resipinya kakda amik daripada blog Rahel.blogspot.

Apam polka dot versi Lady bird
Sumber : Rahel blogspot



Bahan:

140g tepung gandum}

1 1/2 sudu teh baking powder}-diayak sekali bersama tepung gandum

110g gula halus

75ml susu segar atau susu cair - kakda guna susu cair

2 biji telur
1 sudu kecil ovalet
1/2 sudu teh esen vanila-kakda guna 1 st

Filling @ perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna pilihan- kakda guna jem rozel

Tips Apam Polkadot Gebu dan Inti Tak Bocor

Cara:
1.Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2.Kemudian masukkan ovalet,kuning telur dan esen vanila,pukul lagi sampai kembang.
3.Masukkan gula,pukul sampai kembang lagi.
4.Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6.Masukkan setiap warna dalam bag piping atau plastik bersih.
7.Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8.Letakkan filling yang digemari,untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik piping,kemudian picit.*picitkan ke dalam bentuk pusar.
9.Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan lukis le lady bird tu,cara nak lukis kakda tgk kat blog Dari Dapur Madihaa
10.Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Ini lah hasil lukisanku..


  SELAMAT MENCUBA....Jgn marah ye..
 




 

Tuesday, 4 December 2012

APAM DURIAN

Apa khabar kawan-kawan blogger.Harap ceria dan happy sokmo..Mesti ada yang dok sibuk update blog,berfb dan sebagainye.Kakda pula time ni dok update blog walaupun Izaz tak sporting.


Hari ni pepagi lagi kakda dok berkecoh kat dapur..Excited nak buat resipi apam ni,sebab durian banyak dalam peti ais yang disimpan dalam tupperware.Biasa le beli 2 3 biji, makan terus sebiji pastu yang lebih kopek2 dok simpan dalam peti ais nak makan sejuk..makan sket-sket (durian x best simpan boleh le dibuat apa-apa selain tempoyak,kalau yang best dan sedap x menyempatnya simpan dalam peti ais..)hehehe

 Dah 2 3 kali beli durian,asyik terkena yang x best je...Dah le mahal kat sini..Tapi kalau nak yang memang puas hati beli yg RM20 st kg..emm lari le bajet untuk beli benda lain.

Orang dok sibuk buat crepe durian tapi kakda baru sampai bab apam..hehe..x cukup bahan nak buat crepe,kat sini susah nak cr non-dairy whiping cream tu..ada satu kedai tu je yang ada tapi kol 6 ptg dah tutup.Kakda malam-malam baru dapat keluar,hubby kerjakan keta xde le..ngan motosikal payah nak bawak anak pulak.

Memang kakda takut nak bawak anak naik motosikal,kalau setakat pusing kat keliling umah ni ok lg..Kalau kat jalan raya oo sorry le..Takut x boleh nak handle kalau anak bt perangai masa naik motosikal,kakda mudah panik.Apa pun beringat sebelum kena ye..Kalau dah besar tu lain kira ye..

Ok le panjang pula berceloteh hari ni.Jom tgk resipi. Resipi ni kakda amik dr blog Rahel..Banyak jenis juga apam ni rupanya..


 Apam Durian di petik dari blog rahel blogspot.Minta izin ye..copy resipi..
Sumber:Internet


Bahan:
120gm isi durian,lenyek halus
2 biji telur gred A - kakda guna gred B
2 st ovalet
160gm gula pasir
200gm tepung gandum
100ml air minuman bersoda- kakda guna air sprite
sedikit pewarna kuning

Cara:
1.Putar telur,ovalet,gula pasir sehingga kembang/kaku (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh).
2.Masukkan isi durian,air bersoda.Putar lagi selama 1 minit hingga rata.
3.Masukkan tepung dan putar lagi 1 minit hingga rata.Warnakan adunan.
4.Sudukan ke dlm acuan tart yg dialas dgn kertas cawan (isi penuh).
5.Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.

*panaskan air kukusan hingga mendidih baru kukus apam.
*balut tudung periuk ketika mengukus apam.
*adunan apam durian sangat pekat jd jgn ditambah air dan tak perlu serbuk penaik.

Memang menjadi le walaupun baru first time buat.Dengan keharuman duriannya itu...ooo sedapnya masuk mulut panas-panas dengan air teh secawan...

Dengan kerekahannya itu,kegebuannya itu...saya bangga dengan diri saya..hahaha..Terima Kasih daun keladi Rahel.blogspot.. 


SELAMAT MENCUBA
 Tapi hubby tak berapa suka kuih-kuih apam ni,x kena ngan seleranya..yang menjadi pilihan hatinya adalah bubur kacang hijau tambah durian...Hari-hari makan pun xpe..


 
  Ini lah pilihan hati hubby, malam semalam minta kakda masakan yang penting dia yang kukur kelapa..(rumah kami masih guna kukur nyor)hehehe..beli yang dah parut kat kedai cepat masam walaupun dah simpan dalam peti ais.Kalau masak makanan cepat basi..Santan kotak jarang guna.