ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Sunday 23 December 2012

PETOLA BERLADA

Selamat petang Ahad dan ceria-ceria lah sokmo..Kepada yang bercuti selamat bercuti,selamat balik kampung,dan kepada mangsa banjir semoga selamat main air.Kat kg Kakda kat Kelantan katanya dah banjir,tapi nasib baik air tahun ni tak sampai kat umah,Alhamdullilah tak perlu dah nak punggah memunggah barang.

Petang ni kakda nak share resipi sayur pula,rasanya ini yang pertama kakda post kat blog.

Menu ni antara yang kakda suka,bahan pun tak susah,yang simple-simple aje.
 

Bahan-bahan:
1 biji petola (buat untuk 2 orang makan je)
10 ekor udang basah buang kulit
2 ulas bawang merah kisar
1 ulas bawang putih kisar
7 tangkai cili kering kisar
garam,gula secukup rasa
sedikit air
sedikit minyak
 
Cara memasak:
Potong petola pendek-pendek.Basuh dan ketepikan.

Tumis bahan kisar sehingga naik bau,masukkan sedikit air dan udang,biarkan sekejap.

masukkan bahan perasa ikut citarasa anda.

Kemudian masukkan petola dan biar seketika boleh la tutup api.
Siap.

SELAMAT MENCUBA...CUBA JANGAN TAK CUBA..

Saturday 22 December 2012

SOSEJ ROLL

Assalamualaikum kawan-kawan ku di alam maya ni,semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan hidup.




Sosej roll ni kakda buat untuk breakfast pagi tadi,untuk siaran lewat malam ni,kakda nak tayang le sosej roll ni.Resipi senang-senang ni boleh la dibuat pagi-pagi ye.Tak ada lah kalut sangat kat dapur,tambah2 hubby tak kerja..lagi la tak kalut.

Bahan-bahan nak buat sosej roll ni senang aje..Jom tengok resipinya.

Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich-kalau ramai nak makan buat la lebih
5 btg sosej
1 biji telur
serbuk roti secukupnya
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Caranya mudah aje.Mula-mula roti tu perlu dinipiskan,kakda guna gelas je.tekan-tekan kasi nipis.

Kemudian amik sosej dan gulung dengan roti.

Celup dalam telur.

Selepas itu celup dalam serbuk roti.

Dan goreng dalam minyak yang panas.Apabila keperangan bolehla angkat dan toskan sekejap..

Ready to aet.

SELAMAT MENCUBA..CUBA JANGAN TAK CUBA..
 

GULAI LEMAK KUNING AYAM



Selamat petang dan salam sabtu,orang yang kerja gov. mesti dok bersantai bersama famili tersayang kan.Kakda ni memang tak bercuti lah ye..24 jam kerja..hehe biasa le kerja suri rumah ni,memang full time.Tapi yang penting dapat tengok anak membesar depan mata kita.Makan pakai suami terjaga..hehe isteri mithali la konon.
 
Dan untuk tengahari ni kakda masak Gulai lemak kuning ayam special untuk En.Hubby.Kepada Kak Azie, resipi ni minta copy paste ye..heheh,dan juga terima kasih kerana mengadakan resipi ini.Memang best resipi ni,tak rugi memcubanya dan yang penting En.Hubby pun suka,kena la dengan citarasa kitaorang.

Sesekali bertukar selera,emm makin berselera makan..heheh
Jom kita share resipinya.
 
Gulai Lemak Kuning Ayam
Oleh: Azie Kitchen KLIK DI SINI

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
1 labu bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji cili merah - kakda x masukkan pun tukar ngan cili kering kisar
3 batang serai
Sedikit lengkuas 
1 asam keping
Daun kunyit - tak masukkan juga
Garam
Serbuk perasa
Santan secukupnya
Cili hijau solok - tak masukkan
Cili padi - tak masukan juga (tak tahan pedas)



Cara cara:
Kisar bawang, kunyit, halia, lengkuas dan serai. Masak santan dengan bahan kisar dan satu sudu besar cili kering kisar sehingga mendidih.

Masukkan ayam. Masak sehingga ayam masak sambil terus dikacau. Akhir sekali, masukkan garam, asam keping dan serbuk perasa. 

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.

 SELAMAT MENCUBA...CUBA JANGAN TAK CUBA..

Thursday 20 December 2012

KEK MENTEGA PANDAN


Siaran lewat untuk hari ni.Apa khabar semuanya,rata-rata orang dok bercerita perihal hujan,kat langkawi pun hujan,dan hujan-hujan cuaca yang sejuk emm.. membuatkan perut ini minta diisi je..hehe
 
Petang ni kakda membaking,hehe.Stok dah ada, boleh la nak membaking dan apabila dah membaking,kejadiannya yang amat sedap, buat hati ini gembira.Menjadi juga walaupun hanya menggunakan tepung gandum biasa,tapi kalau betul-betul guna ikut resipi lagi bestkan.Kakda rujuk kat SINI.

Lihatlah pic kat bawah ni,seronoknya masa tengok kek ni naik je..tapi pic guna kamera henset je,xleh lawan dengan pic yang diambil kamera canggih gitu.hehehe

 

Dan apabila menjadi macam ni lagi la teruja..hehe..Sebab ikut tips yang diberi.


Dan apabila dipotong,suka hatinya,kali ni banyak sket picnya..Sebab seronok buat kek menjadi ditambah lagi sedap.

Jom tengok resipinya,tapi kakda dah ubah beberapa bahan.Sorry ye.
Apa pun terima kasih kerana Kak Ita sudi berkongsikan resipi ini.Dan saya telah mencuba buat kek ini.
   
KEK MENTEGA PANDAN
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Resepi Jamuan Kek

270 gm mentega - kakda guna marjerin
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal
240 gm tepung naik sendiri - kakda guna tepung gandum
30 gm kelapa parut kering
1/2 sudu teh serbuk penaik - kakda guna 1 sudu besar
1 sudu teh esen vanilla

Sediakan loyang 9 inc
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C

Cara membuatnya:
Pukul marjerin dan gula kastor hingga sebati dan berkrim
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau
Masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan
Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna.



Yang kat bawah ni versi kukus.Sesaje kot next time boleh kukuskan aje..Dengan kukus pun menjadi juga..lagi la bertambah happy.Yang penting kesedapan kek ini.Memang kak Ita tak tipu..hahaha..Incik suamipun kata sedap.lagi bersemangat..hehehe

CUBA JANGAN TAK CUBA..next time kakda nak mentry kek asam manis pulak.

Wednesday 19 December 2012

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS

Selamat bersiaran semua.Apa khabar,how do you do?Semoga sihat sentiasa.Pagi ni kita pekena jemput2 la ye..Kali ni kakda buat jemput-jemput ikan bilis.

 Masing-masing mesti ada cara tersendiri dan versi dalam pembuatan jemput-jemput ni.Yang kakda buat ni kakda tambah daun kucai selain bawang merah dan ikan bilis.

 Jom kita tengok resipi bagi rujukan untuk adik-adik,hehehe

Bahan-bahan:
2 gelas tepung gandum
1 1/2 gelas air
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 ulas bawang merah dikisar
sedikit ikan bilis dikisar
segenggam daun kucai potong pendek-pendek
sedikit garam dan perasa "pasti sedap"
sedikit pewarna kuning
minyak untuk mengoreng

Cara membuat:
Campur semua bahan diatas bancuh sehingga sebati.
Panaskan minyak,boleh la digoreng.Goreng sehingga kekuningan boleh la diangkat.Siap untuk dihidang.

Bagi kakda,kakda suka makan yang siap dipotong-potong,kecik-kecik senang masuk mulut dan cepat sejuk.hehehe(sebab x sbr nak makan)
Sesuai untuk semua waktu.SELAMAT MENCUBA..CUBA JANGAN TAK CUBA.
 

KARI IKAN SARDIN VERSI KAKDA

Selamat petang wahai pengunjung blog ku ini,masak apa ye petang-petang ni.Nampaknya petang ni kakda masih lagi tiada mood nak membaking atau mengukus kuih ye.Stok dah habis,janji ngan hubby hari nak kuar shopping(dah gajikan bg yg kerja kerajaan)hehehe.

Hari ni kakda nak share lagi resipi lauk ye,kali ni kita share resipi kari ikan sardin yang kakda tengok kat SINI.

SUMBER : AZIE KITCHEN

Bahan bahan:
1 tin sardin
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk kari
4 cili padi- kakda tak gunapun
1 tangkai daun kari-pun tak masukan
Sedikit halia
Garam dan gula
Asam jawa-kakda guna asam keping
1 Timun batang-kakda tambah
Santan daripada 1/2 biji kelapa 

 
Cara memasaknya:
1.Terlebih dahulu ikan sardin ditoskan dan digoreng sekejap.
2.Tumis bawang merah,bawang putih,halia sehingga naik bau.
3.Kemudian masukan serbuk kari dan biarkan ia pecah minyak.
4.Selepas itu masukan santan,garam dan gula secukup rasa.
5.Biarkan ia mendidih sekejap,masukan timun batang yang dah dipotong-potong,biarkan seketika.
6.Akhir sekali masukan ikan sardin yang digoreng tadi.
7.Angkat dan hidangkan.
 
Bertambah juga makan nasi walaupun berlaukan kari sardin..hehehe..Cukup lengkap,sayur pun dah ada,dengan hanya satu masakan je.Mudah dan simple.


 CUBA JANGAN TAK CUBA..

Tuesday 18 December 2012

IKAN PEDAS + PETAI


Lagi resipi lauk ye..dua tiga hari ni mood nak buat kuih muih tak berapa nak ado..Sebab lidah n tekak kakda ni dok terliur ke cempedak goreng,dok teringat-ingat lagi yang buat hari tu.hehehe

Untuk time ni kakda nak share resipi lauk pauk ye,boleh juga adik dan anak buah kakda buat rujukan diorang nak masak lauk2 yang simple dan pengunjung blog kakda ni.


Resipi kali ni juga ada kaitan dengan petai..hehehe..bukan hantu petai ye,kakda ni petai angle la..hehe

Bahan-bahan:
5 ekor ikan selayang a.k.a sardin dibersih dan diperap dengan garam kunyit.
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih kisar
10 tangkai cili kering dikisar
1 keping petai buang kulitnya
garam,gula dan serbuk perasa ikut selera
minyak untuk mengoreng

Cara memasak:
1.Goreng ikan yang diperap tadi.Dah masak ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3.Masukan sedikit air dan tambah bahan perasa secukup rasa.
4.Masukan petai,biarkan ia mendidih sekejap.
5.Masukan ikan goreng tadi,boleh la tutup apinya..
6.Sedia untuk dihidangkan.



So simple kan..SELAMAT MENCUBA..

Monday 17 December 2012

AYAM PEDAS WITH PETAI

Lagi resipi ayam ye,


Bahan-bahan:
5 ketul ayam dibersih dan diperap dengan garam dan kunyit
3 ulas bawang merah dikisar *
2 ulas bawang putih dikisar *
10 tangkai cili kering dikisar *
1 keping petai buang kulitnya
1 keping asam gulugur
minyak untuk mengoreng
garam dan gula secukup rasa(ikut citarasa)

Cara memasaknya:
1.Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak dan ketepikan.
2.Tumis bahan yang bertanda bintang sehingga naik bau dan pecah minyak.
3.Masukan sedikit air dan tambah bahan perasa secukup rasa.
4.masukan biji petai dan asam keping biarkan ia mengelegak sekejap dan masukan ayam,biarkan atas api sekejap.Dan tutup la api..Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Terbantut-bantut kakda nak update N3 hari ni,Izaz tak berapa nak sporting,tapi kakda nak update juga,kalau ikutkan Izaz memang tak boleh nak menaip le.Sekarang ni dah pandai dah,pegang tangan kakda tak bagi menaip.Kadang-kadang tu pandai je dia tekan butang off.So offline la kakda.

Dan Izaz pun pandai merajuk,kalau tak ikut kemahuan dia,pi merajuk tepi dinding..Nak tergelak I..hehe Izaz oh Izaz. 
 

AYAM MASAK KICAP


Selamat petang semua,harap sentiasa sihat,dimurahkan rezeki dan dikelilingi orang-orang tersayang.Sesiapa yang ada kampung..dah balik ke belum untuk musim buah ni,hehe,kakda insyaallah kalau jadi maka sampai le ke kampung dua tiga hari lagi.

Kalau tak jadi balik, tak merasa la musim buah kat kampung,dok merantau ni nasib le,tak rasa musim buahnya,almaklum xde kenal sapa-sapa yang ada dusun.hahaha.Kawan-kawan dan jiran-jiranpun sama macam kakda juga perantau,mai negeri orang cari pendapatan.Tapi kakda tak kerja, ikut En.Suami.

Petang ni kakda nak share resipi yang simple je.. 



So simple,bahannya adalah

Beberapa ketul ayam yag siap dipotong le…
Kicap secukupnya
2 ulas bawang putih dikisar
3 ulas bawang merah dkisar
1 inci halia dikisar
Sedikit kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
2 biji buah pelaga
Sedikit cili kering yang dikisar
Bahan perasa,garam,gula secukup rasa
Minyak untuk mengoreng ayam

Cara nak masak

Goreng ayam yang telah diperap garam dan kunyit sehingga masak.Angkat dan toskan.
Tumiskan bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau kemudian masukan cili kering,bawang putih, bawang merah,halia yang dikisar dan masak sehingga naik minyak kemudian masukan kicap secukupnya,masak sekejap dan masukan ayam goreng tadi..siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA,cuba jangan tak cuba

Sunday 16 December 2012

Ayam Masak Stim ala kakda


 
Bahan-bahan

Ayam (kakda guna bahagian dada)
7 ulas bawang putih ditumbuk dan dimayang
1 labu bawang besar
2 inci halia
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
5 biji cili padi
Garam,gula dan serbuk perasa


Cara membuatnya..
1.Tumbuk 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia serta cili padi kemudian gaulkan dengan garam,gula serbuk perasa,kicap pekat dan sos tiram sehingga sebati.
2.Lumurkan pada ayam dan perap sekejap sebelum tu ayam dicucuk2 dengan garfu supaya ada ruang untuk bahan perap menyerap.
3.Selepas diperap masukan ayam dalam bekas yang sesuai untuk dikukus dan taburkan bawang dan halia yang dimayang.
4.Kukus sehingga ayam empuk.
5.Angkat dan hiaskan dengan potongan carrot,timun dan daun salad.Sedia untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA

Kuah Kacang bersama Nasi himpit@ nasi kapit



 
Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah
1 biji kelapa diambil santannya
5 batang serai diketuk
10 tangkai Cili kering dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
4 ulas bawang merah dikisar
Garam & gula secukup rasa
5 paket mini ns himpit segera

Cara membuatnya :

1.Kacang tanah digoreng dengan minyak yang sedikit sehingga betul-betul masak dan sejukan kemudian ditumbuk kasar,ketepikan
2.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
3.Kemudian masukan santan,kacang,serai,garam dan gula.
4.Biarkan ia mendidih sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
5.And masak la ia.
6.Nasi himpit mini segera dimasak selama 1jam lebih
7.Sesudah nasi himpit masak boleh la makan ngan kuah kacang.

SELAMAT MENCUBA..tak rugi tau..ditambah dengan satay daging dan ayam lagi best.

Saturday 15 December 2012

CEMPEDAK GORENG

Dua tiga hari ni kat Langkawi hujan le,pekena cempedak goreng bestnya,kalau terikut nafsu sebiji pun boleh habis.hahah
Jom Layan gambar je ye wahai pengunjung blog kakda ni. 



Jom tengok resipinya nak merangupkan cempedak goreng ni.Kakda rujuk Di sini.

Memang best la cempedak goreng ni,dengan kemanisan buahnya..Aduyai masih terasa dilidah ku ini.



Selamat mencuba.

Thursday 13 December 2012

ROTI POKET & POTATO NUGET

Selamat tengahari kepada semua yang sudi singgah disini.Mesti masing-masing sibuk nak masak untuk lunchkan,hari ni kiranya kakda tak masak untuk lunch,hehehe,pagi tadi dah goreng nasi banyak siap-siap untuk lunch sama.Nasib baik hubby jenis tak memilih sangat bab makan ni.Senang kerja Puan Isteri.

Hari tu kakda ada buat roti poket ni,ideanya dari SINI,minta izin ye CMG,,bahan yang CMG guna kakda peringkaskan lagi.hehe yang penting sedap banget..

Untuk isi roti poket tu,kakda guna daging buger dipotong dua,hirisan timun dan tomato,tambah lagi sos cili dan mayonis..best..tak perlu beli roti buger lagi..


Buat macam ni pun dah makan banyak,kalau ikut cara CMG,x tau la..lagi la banyak makannye..Untuk Roti poket tu saya ikut betul2 macam CMG buat.


Dan hidangan satu lagi ni kakda dapat idea kat SINI, yang ini pun kakda peringkaskan juga bahannya.Kakda hanya guna ikan sardin dan kentang lenyek,pastu satukan bahan ni,bulat-bulatkan celup dalam tepung gandum selepas tu celup dalam telur dan last sekali celup dalam serbuk roti dan masa nak goreng leperkan ia..So jadi lah camgini.


Dicicah dengan sos pilihan.Kakda buat breakfast dan makan petang..Hehe..memang kena la dengan selera,asyik-asyik dengan kuih manis apa kata kita tukar dengan yang masin manis pula.


Tang pic ni memang tak boleh nak lawan lagi la..hahaha..
Apa pun SELAMAT MENCUBA.

APAM KARIPAP-KARIPAP CINTA

Salam salam bola ye..malam ni Negara kita lawan Thailand, masa kakda dok menaip ni masih lagi 0-0,hubby yang dok tengok, kakda jeling-jeling manja je dari laptop ni.

Nanti gol kakda nak tumpang bersorak je.Minat dan x minat pada bola ni 50-50 le..hehehe.Kadang-kadang boleh layan sampai habis,kadang-kadang tu tak tgk pun ape..heheh..ikut angin jugak le.

Ok le..kita tengok resipinya,petang tadi kakda try buat Apam karipap-karipap cinta,amik resipi dari blog kak Ita Masam manis.
Memang cara nak buatnya senang dan mudah aje.Bagi kat kakda terus jadi karipap putus cinta..

Jom layan gambar karipap yang putus cinta..hahaha





Tapi first time kakda buat,hasilnya x berapa nak  menarik..heheh..yang penting sodap mak.. Yang penting guna pan non-stick ye.

Mula2 tu kakda guna pan yang biasa je,memang melekat gila..Last2  ngan kuali ajaib pun jadi lah..hehehe..Umah kita xde pan non-stick.


 Apa-apa pun ini lah hasil air tangan saya,jgn gelak ye Kak Ita tengok karipap-karipap yang putus cinta ni..

Wednesday 12 December 2012

NASI AYAM SEMPOI

Selamat malam dan moga ceria dan happy sokmo wahai pembaca blog ini dan kawan-kawan yang sudi tinggalkan jejak.Kali ni kakda nak share resipi nasi ayam sempoi je,buat makan famili je.Resipi ni kakda amik daripada sister in-law.Nampak sempoi je masa dia buat, terus minta resipi..heheh..kakda ni kalau nampak atau tengok orang buat resipi yang sempoi tapi sedap mesti nak minta resipi..



BAHAN-BAHAN:
Bahan Rebusan Ayam
Beberapa ketul ayam
1 kiub pati ayam

Cara membuat:
Ayam dibersih dan rebus dengan kiub pati ayam.Setelah empuk keluarkan dari periuk.

Bahan Untuk Nasi:
4 pot beras
2 sudu besar marjerin (untuk menumis)
2 tangkai bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:
1.Cuci beras,kemudian toskan
2.Panaskan marjerin dan tumis bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
3.Masukan beras gaul sehingga sebati dan masukan air rebusan ayam tadi.
4.Masukan pewarna kuning dan kacau sekejap tunggu sehingga masak.



Bahan untuk Sup kosong:
3 ulas Bawang merah dimayang
2 ulas Bawang putih dimayang
1 kuntum Bunga Lawang
1 btg Kulit kayu manis
2 biji Buah pelaga
1 inci halia diketuk
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat
Panaskan minyak,tumis semua bahan diatas sehingga naik bau dan masukan air rebusan ayam tadi dan tambah sedikit air.Tunggu sehingga mendidih..boleh angkat untuk dihidangkan.Siap


Bahan untuk Ayam Goreng
Ayam yang direbus tadi
1 inci Halia
3 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
4 sudu besar Kicap
Garam,gula dan serbuk perasa ikut citarasa
(Kisar semua bahan)
Minyak untuk mengoreng

Cara membuat
1.Ambil ayam yang direbus tadi
2.Lumurkan ayam dengan bahan-bahan di atas
3.Kemudian goreng ayam sebentar

Bahan untuk kicap:
Gunakan bahan-bahan yang telah dilumurkan pada ayam tadi.

Bahan untuk sambal kicap:
Beberapa cili padi/cabai
Beberapa ulas bawang putih & bawang merah
Sedikit cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara membuat
Kisar semua bahan dan selepas kisar masak sekejap di atas api yang perlahan.So siap..biasanya kakda buat banyak untuk stok untuk dimakan next time2. 

Untuk hiasan kakda guna daun bawang/sup dan bawang goreng,timun dan tomato.

Selamat mencuba...Bagi saya time baca resipi sesuatu masakan rasa macam sukar je nak buat tapi apabila dah buat takde lah sesukar yang kita rasa..huhu..Walaupun baca resepi yang panjang2 tapi masa hendak masak tu takde la amik masa panjangpun....

KEK COKLAT KUKUS MEKAR


Salam Ceria dan salam kenduri-kendara ye,mesti ada yang dok sibuk buat kenduri dan mesti ada jugak yang menerima undangan kendurikan samada untuk makan atau pun pi menolong apa yang patutkan..Kat Kg masih mengamalkan  gotong-royong time nak buat kenduri,meriah..

Musim cuti sekolah ni, ramai le yang buat kenduri,ada yang buat kenduri anak bersunat,kenduri kawin dan macam-macam le kendurinya.

Kakda dok sembang pasal ni sebabnya kakda baru balik dari makan kenduri,anak kawan hubby kawin,kawan satu ofis.Meriah jugak majlisnya,siap ada persembahan silat dan muay thai lagi,yang tak tahannya Izaz dok bersorak sambil tepuk-tepuk tangan tgk orang bersilat,tergelak sakan kitaorang.

Apa-apa pun jom tengok resipi.Kek ni kakda buatnya dah banyak hari dah,buat masa ada tamu dirumah hari tu,yang seronoknya kejadian mekar tu nampak cantik di mata kakda.heheh

  
Biasa dok kukus guna Loyang kali ni kakda guna paper cup,menjadi betul la,next time boleh guna cup le,senang nak makan tak payah dok potong-potong,amik sebiji terus ngap.


Lagi satu cup tu sebenarnya tersalah saiz,hehe..terbeli yang besar daripada acuan yang kakda dok buat untuk tart telur tu..Biasanye kalau mengukus kuih-kuih yang guna cup,kakda guna acuan tu la..Senang kerja..

Ok le berbalik pada resipi kita

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
paper cup secukupnya
(kakda boleh dapat 12 biji,kalau guna cup kecik dpt byk lagi)

Cara membuatnya:
1.Terlebih dahulu satukan bahan kering kecuali gula,gaul sebati ketepikan.
2.Pukul telur dan gula sehingga kembang
3.Masukan tepung yang dah bergaul sebati tadi dan susu cair,gaul sehingga sebati
4.Akhir sekali masukan lah minyak masak tadi gaul sebati
5.Masukan dalam paper cup dan kukus selama 15-20mnt sehingga masak.(panaskan terlebih dahulu periuk kukusan)

SELAMAT MENCUBA.