ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Showing posts with label KERABU. Show all posts
Showing posts with label KERABU. Show all posts

Thursday, 29 November 2012

KERABU TAUGE DAN KERABU PUCUK PAKU



Selamat malam dan apa khabar pembaca blog kakda ni..Harap semua sihat dan ceria-ceria selalu..

Sebenarnya dah banyak hari dah buat kerabu ni,saje nak bersiaran lewat sket.hehe..Jom tengok resipi..Xleh berbicara pjg untuk malam ni...Izaz sedang mengacau dan x fokus untuk mengutarakan idea dan cerita ku ini.hehe

KERABU TAUGE DAN KACANG PANJANG




Bahan-bahan

Tauge dicelur
Kacang panjang dipotong kecil-kecil
Kelapa parut digoreng*
1 ekor ikan rebus ambil isinya*
2 ulas bawang merah*
1 sudu kecil lada hitam*
Garam dan gula secukup rasa*

Cara membuatnya




Semua bahan yang bertanda bintang ditumbuk dan bahan bergaul sebati boleh la digaul dengan tauge dan kacang panjang.Kemudian perahkan sedikit jus limau untuk menyedapkan lagi rasanya. Ready to eat.


KERABU PUCUK PAKU..


Bahan-bahannya sama juga dengan bahan nak buat kerabu tauge
Yang pastinya mestilah guna pucuk paku yang dah dicelur.Cara buatpun sama jgk..Kan senang resipi kakda ni..hehehe

SELAMAT MENCUBA YA..

Thursday, 12 April 2012

KERABU MANGGA

Semalam my hubby bawak pi rumah member dia kat Kampung Darat Padang Matsirat,biasa la petang-petang bawak wife n anak ronda2 dah seharian kita dok dalam rumah naik boring gak la.Pi dok menyembang kejap tukaq-tukaq citer sambil gossip-gosip sket…hehehe..dan kongsi-kongsi resepi.Member dia ada bagi pelam muda 2 3 biji dan habak mai la suh buat kerabu pelam/mangga/pauh..Jom tgk resepi..

Bahan-bahan
Pelam/mangga/pauh(diparut)
Bunga kantan(dimayang halus)
Udang kering
Kacang tanah goreng(ditumbuk)
Cabai/cili padi/lada burung
Garam


Semua bahan di atas digaul sebati dan boleh makan terus.Best.

Saya buat untuk lunch hari ni..Hubby makan x toleh kiri kanan.

Wednesday, 11 April 2012

KERABU NANGKA


Beberapa hari yang lepas saya mencuba resepi kerabu nangka.Alhamdullilah first time buat hubby puji sedap….perasan jap diriku ini kerana my hubby ni selera dia tinggi sket..Semenjak kawin ni dialah antara tukang kritik dan komplen masakanku.Sekali sekala dia masak…emr..memang kelas lah masakan my hubby ni…Time kekadang tu ada jgk la time xde mood nak masak…so saya suruh la dia masak…huhuhu…ada masa jgk la my hubby ni nak masak…kena tgk mood le time nak suruh tu….Masakan yang saya xleh lawan sampai skang meggi goreng…hahaha..yang saya buat tak sesedap dia buat..oh..dah melalut sampai meggi goreng dah kita ni..berbalik pada Kerabu nangka kita jom saya share kan resepi dengan anda pembaca setia my blog..huhuhu

Kalau nak buat sedikit saya guna anggaran sedikit…(Nak buat byk guna la anggaran sebanyak)

Sedikit nangka muda (dicelur)
Sedikit isi ikan tawar (yang dibakar tawar)
Sedikit kelapa parut yang digoreng
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk perasa
Bawang merah seulas..
Sedikit lada hitam

Semua bahan ditumbuk akhir sekali masuk lah nangka yang telah dicelur tadi.
Siap untuk dihidangkan