ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

PIZZA HOME MADE PART 2

Selamat petang wahai tetamu blog kakda.com.Terima kasih kerana sudi-sudi menjengah di teratak ini.

Untuk musim ni kakda akan postkan resipi yang kali kedua kakda buat..hehe..ala ala Part 2 coming soon...

Pizza ni semalam lagi buatnya..terasa nak makan yang beroti n masam-masam.hehehe,so jadi la pizza ni..Kat sini tak de Pizza hut..Da Pizza he pun jadi lah..

Jom tengok resipinya..
Bahan-bahan untuk kulit:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air 6 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis..

Topingnya :
1 biji bawang merah-potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
1 biji capsiken-potong dadu
3 batang sosej-potong serong
3 sudu besar sos tomato
sedikit cheese
sedikit daging kisar

 
Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan kulit.Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat di jari.Rehatkan doh sehingga mengembang selama 30mnt.
2.Ambil doh tadi tumbuk2kan bagi mengeluarkan gelembung udara.
3.Canai sehingga doh tak berapa nipis dan tak berapa tebal.Bentuk ikut suka sama ada bulat atau empat segi.Kali ni kakda buat 4 segi..
4.Bakar sekejap dalam 5 minit.
5.Angkat dan sapukan sos tomato,kemudian taburkan bawang dadu,tomato dadu,capsiken dadu,sosej,daging kisar dan last sekali taburkan cheese.
6.Bakar selama 35minit 170'c.
7.Angkat dan hidangkan..


 SELAMAT MENCUBA..

Wednesday, 2 January 2013

ROTI KUKUS VERSI kakda.com

Selamat tengahari semua..diharapkan semua dalam keadaan yang sihat sejahtera.Hari ni kakda nak share resipi yang telah ditry buat semalam hari.hehehe..Suka-suka je kakda telah meringkaskan resipi ini,kerna x cukup bahan tapi teringin sangat tekak ini nak memamam pau ni @ roti kukus tersebut.


ROTI KUKUS @ ROTI PAU
Bahan-bahan
221gm tepung gandum (ada byk ni je yang tinggal)hehehe
1 1/2 gelas air
1 1/2 st yis
1 sb lemak sayuran
Sedikit garam dan gula
(resipi yang telah diringkaskan oleh kakda berdasarkan resipi DI SINI.

Ini lah hasilnya.Walaupun tak putih melepak,kakda tetap puas hati dengan usaha kakda ni.Sebab sebelum2 ni tak jadi mcm ni.Ni lah hasil terbaik setakat ini.Nanti next time kakda akan cuba resipi yang betul2 punya.


 Inti kelapa+kacang secukupnya

Masukan yis,garam dan gula kedalam air,biarkan seketika sehingga berbuih..ketepikan

Gaul tepung dan lemak sayuran sehingga sebati

Kemudian uli dengan air yis tadi sehingga tidak melekat dijari,perapkan selama 30mnt atau sehingga kembang

Apabila dah kembang kita amik doh tu tumbuk2 sket nak keluarkan gelembung udara katanya(berdasarkan resipi yang dirujuk)KLIK DI SINI.

Bulat-bulatkan,kakda dapat dalam 12 biji.

Biarkan selama 5 minit.

Kemudian boleh la masukkan intinya..buat le sehingga habis.

Biarkan ia dalam 30mnt lagi

Selepas itu boleh la dikukus..Kakda kukus selama 5-6 mnt.
Sebelum tu panaskan lah dulu kukusan. 

SELAMAT MENCUBA..

Saturday, 22 December 2012

SOSEJ ROLL

Assalamualaikum kawan-kawan ku di alam maya ni,semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan hidup.




Sosej roll ni kakda buat untuk breakfast pagi tadi,untuk siaran lewat malam ni,kakda nak tayang le sosej roll ni.Resipi senang-senang ni boleh la dibuat pagi-pagi ye.Tak ada lah kalut sangat kat dapur,tambah2 hubby tak kerja..lagi la tak kalut.

Bahan-bahan nak buat sosej roll ni senang aje..Jom tengok resipinya.

Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich-kalau ramai nak makan buat la lebih
5 btg sosej
1 biji telur
serbuk roti secukupnya
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Caranya mudah aje.Mula-mula roti tu perlu dinipiskan,kakda guna gelas je.tekan-tekan kasi nipis.

Kemudian amik sosej dan gulung dengan roti.

Celup dalam telur.

Selepas itu celup dalam serbuk roti.

Dan goreng dalam minyak yang panas.Apabila keperangan bolehla angkat dan toskan sekejap..

Ready to aet.

SELAMAT MENCUBA..CUBA JANGAN TAK CUBA..
 

Thursday, 13 December 2012

ROTI POKET & POTATO NUGET

Selamat tengahari kepada semua yang sudi singgah disini.Mesti masing-masing sibuk nak masak untuk lunchkan,hari ni kiranya kakda tak masak untuk lunch,hehehe,pagi tadi dah goreng nasi banyak siap-siap untuk lunch sama.Nasib baik hubby jenis tak memilih sangat bab makan ni.Senang kerja Puan Isteri.

Hari tu kakda ada buat roti poket ni,ideanya dari SINI,minta izin ye CMG,,bahan yang CMG guna kakda peringkaskan lagi.hehe yang penting sedap banget..

Untuk isi roti poket tu,kakda guna daging buger dipotong dua,hirisan timun dan tomato,tambah lagi sos cili dan mayonis..best..tak perlu beli roti buger lagi..


Buat macam ni pun dah makan banyak,kalau ikut cara CMG,x tau la..lagi la banyak makannye..Untuk Roti poket tu saya ikut betul2 macam CMG buat.


Dan hidangan satu lagi ni kakda dapat idea kat SINI, yang ini pun kakda peringkaskan juga bahannya.Kakda hanya guna ikan sardin dan kentang lenyek,pastu satukan bahan ni,bulat-bulatkan celup dalam tepung gandum selepas tu celup dalam telur dan last sekali celup dalam serbuk roti dan masa nak goreng leperkan ia..So jadi lah camgini.


Dicicah dengan sos pilihan.Kakda buat breakfast dan makan petang..Hehe..memang kena la dengan selera,asyik-asyik dengan kuih manis apa kata kita tukar dengan yang masin manis pula.


Tang pic ni memang tak boleh nak lawan lagi la..hahaha..
Apa pun SELAMAT MENCUBA.

Thursday, 26 July 2012

Roti Arab + Kuah Sardin

Bahan-Bahan Untuk Roti (resipi ni pun amik dalam intenet gak la tp lupa sapa punya resipi)

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300ml air suam
6g yis
500g tepung gandum

 Cara membuat:

1. Mentega,minyak masak,dan gula dibancuh dengan air suam.
2. Tepung digaul dengan yis
3. Perap selama sejam dalam beg plastik yang tertutup
4. Uli semula dan buat bulat-bulat
5. Canai nipis-nipis
6. Bakar di atas kuali tanpa minyak




Sedap sehingga menjilat bibir...

** Sesuai jugak untuk orang yang takde selera nak makan nasi...makan roti ni pun dah kenyang...


Sunday, 22 April 2012

PIZZA WESTERN+EAST

Aslamualaikum...

Jom hari ini saya ajarkan anda how to make pizza satu persatu..Halaman yang lalu saya kongsi bagaimana nak buat butir nangka(badak berendam).kali ni kita buat pizza pula ala-ala western + east gitu.

Bahan-bahan

Untuk Doh
3 cawan tepung gandum
6 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 susu kecil yis 
1 cawan air 



Tepung yang dah digaul dengan myk masak dan air larutan yis,gula dan garam
 
 
Tepung dibancuh dengan air larutan yis,gula dan garam tadi
 
 Rehatkan doh sehingga kembang seperti pic di atas


 Kemudian bulatkan doh tadi seperti pic di atas dan bakar separuh masak. 

Sedia untuk ditabur bahan-bahan di bawah:

BAHAN UNTUK TOPING


Bawang dan Tomato
 
Dipotong Dadu
 

 Sosej

 Sardin Tin Kecil

 Mayonis
 



 Sardin dan Mayonis di gaul sebati

 Sedikit Sos cili



Bahan-bahan di atas ditabur di atas doh/roti yang siap dibakar separuh masak...Lapisan pertama sapukan sos cili keseluruh permukaan roti kemudian sardin+mayonis,bawang dan tomato akhir sekali sosej yang dipotong serong

 
Dan ini hasilnya selepas dibakar dengan suhu 200'c selama 25minit.Selepas tu letak la mayonis kat atasnya(lagi best kalau guna cheese)...tada




SELAMAT MENCUBA....yum..yum..Dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah.........