ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

KARI IKAN SARDIN VERSI KAKDA

Selamat petang wahai pengunjung blog ku ini,masak apa ye petang-petang ni.Nampaknya petang ni kakda masih lagi tiada mood nak membaking atau mengukus kuih ye.Stok dah habis,janji ngan hubby hari nak kuar shopping(dah gajikan bg yg kerja kerajaan)hehehe.

Hari ni kakda nak share lagi resipi lauk ye,kali ni kita share resipi kari ikan sardin yang kakda tengok kat SINI.

SUMBER : AZIE KITCHEN

Bahan bahan:
1 tin sardin
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk kari
4 cili padi- kakda tak gunapun
1 tangkai daun kari-pun tak masukan
Sedikit halia
Garam dan gula
Asam jawa-kakda guna asam keping
1 Timun batang-kakda tambah
Santan daripada 1/2 biji kelapa 

 
Cara memasaknya:
1.Terlebih dahulu ikan sardin ditoskan dan digoreng sekejap.
2.Tumis bawang merah,bawang putih,halia sehingga naik bau.
3.Kemudian masukan serbuk kari dan biarkan ia pecah minyak.
4.Selepas itu masukan santan,garam dan gula secukup rasa.
5.Biarkan ia mendidih sekejap,masukan timun batang yang dah dipotong-potong,biarkan seketika.
6.Akhir sekali masukan ikan sardin yang digoreng tadi.
7.Angkat dan hidangkan.
 
Bertambah juga makan nasi walaupun berlaukan kari sardin..hehehe..Cukup lengkap,sayur pun dah ada,dengan hanya satu masakan je.Mudah dan simple.


 CUBA JANGAN TAK CUBA..

Tuesday, 18 December 2012

IKAN PEDAS + PETAI


Lagi resipi lauk ye..dua tiga hari ni mood nak buat kuih muih tak berapa nak ado..Sebab lidah n tekak kakda ni dok terliur ke cempedak goreng,dok teringat-ingat lagi yang buat hari tu.hehehe

Untuk time ni kakda nak share resipi lauk pauk ye,boleh juga adik dan anak buah kakda buat rujukan diorang nak masak lauk2 yang simple dan pengunjung blog kakda ni.


Resipi kali ni juga ada kaitan dengan petai..hehehe..bukan hantu petai ye,kakda ni petai angle la..hehe

Bahan-bahan:
5 ekor ikan selayang a.k.a sardin dibersih dan diperap dengan garam kunyit.
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih kisar
10 tangkai cili kering dikisar
1 keping petai buang kulitnya
garam,gula dan serbuk perasa ikut selera
minyak untuk mengoreng

Cara memasak:
1.Goreng ikan yang diperap tadi.Dah masak ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3.Masukan sedikit air dan tambah bahan perasa secukup rasa.
4.Masukan petai,biarkan ia mendidih sekejap.
5.Masukan ikan goreng tadi,boleh la tutup apinya..
6.Sedia untuk dihidangkan.



So simple kan..SELAMAT MENCUBA..

Saturday, 14 April 2012

LUNCH OH LUNCH



Hari ni my hubby jadi chef dia cuti hari ni.Saya masakan breakfast je tadi.Hari-hari masak kadang-kadang takde idea nak masak apa.Alhamdilillah hari ni my hubby tawarkan diri nak masak so saya apa lagi bertepuk tangan la..hehehe,rileks sket la nak online2 ni.Semalam saya masak dia tak makan,hari ni jd malas nak masak dah tak de orang nak makan asyik kita je yang perhabiskan camner le badan tak naik...Tak sedap ke I masak ni..hehehe….
Sambil dok masak hubby perturunkan tips nak goreang ikan yang best dan rangup dan garing camner,dia habaq mai, pasang api perlahan tunggu sampai minyak benar-benar panas baru lah masukkan ikan so kulit ikan tu tak tertanggal la masa kita nak angkat tu…ooo baru saya faham…kita masak kita nak cpt sebab tu la pasang api besar ikan tu terkejut yang jd tak berapa nak best tu..”itu yang dia cakap”
Menu hari ni ikan masak pedas..nak resepi jgk ker?hehe
Jom tgk resepi..Resepinya so simple..sesiapa yang punya kekangan masa tu boleh la cuba resepi ni.

Bahan-bahan
Ikan ( ikut suka nak guna ikan apa)
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Gula,garam dan serbuk perasa

Caranye : Ikan digoreng dalam minyak yang panas di atas api perlahan sehingga garing.Ketepikan.Kemudian blender cili kering,bawang merah,bawang putih dan bahan tersebut ditumis sehingga pecah minyak dan selepas itu masukan garam,gula dan serbuk perasa kacau sehingga sebati dan masukan ikan yang di goreng tadi, masak sekejap pastu ready untuk dihidangkan..Dan ini hasilnye…makan tak toleh kiri kanan.(mana ada orang makan toleh kiri kanan,cu jawab...hehehehe)