ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Showing posts with label KUIH TRADISIONAL. Show all posts
Showing posts with label KUIH TRADISIONAL. Show all posts

Saturday, 23 February 2013

KUIH LOMPAT TIKAM PART 2



Lompat si lompat tikam....yang ni kakda guna resipi daripada
Blog citarasawan.

Memang tak rugi mencuba resipi di blog kakwan ni.Memang best dan kena dengan kehendak hati.Terima kasih kakwan..kerana sudi kongsi resipinya..  

Bahan A (Adunan Hijau)
1 cawan tepun beras
1 sd besar tepung jagung 
1/2 cawan santan kotak KARA
2 cawan air
1 sudu kecil air kapur
1/2 sd kecil garam halus
1/4 sd kecil pewrna hijau

Cara-cara:
Satukan semua bahan,kacau rata dan tapis.Masukkan ke dalam kuali(kakda guna kuali non-stick-memang memudahkan) dan masak dengan api sederhana hingga kental dan berkilat.Tuang dan ratakan kedalam cawan atau loyang.

Bahan B (Adunan santan)
1 cawan santan kotak KARA
1 1/2 cawan air
2 sudu besar tepun beras
1/2 sd teh garam halus

Caranya:
Satukan semua bahan,kacau rata dan tapis.Masukkan kedalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga kental dan berkilat.Tuang dan ratakan ke atas lapisan A tadi.

Bahan C (Pulut Merah)
1 cawan beras pulut (rendam 2 jam)
1/2 cawan santan cair
1/2 sudu teh pewarna merah
1/4 sd teh garam halus

Caranya:
Toskan pulut dan gaul bersama pewarna merah hingga rata.Kukus selama 15mnt angkat dan gaul bersama santan cair dan garam.Kukus semula selama 15mnt atau sehingga masak.

Bahan D (Sirap Gula merah)
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Caranya:
Campur semua,masak hingga gula larut dan tapis.

Walaupun bahannya nampak banyak tapi nak memasaknya senang aje..

SELAMAT MENCUBA YE..
 

Friday, 7 December 2012

SERAWA@PENGAT DURIAN WITH PULUT




 Bahan-bahan

6 cawan santan
8 ulas durian yang besar-besar
2 helai daun pandan
1 cawan gula
Sedikit garam


Cara memasaknya:
1.Masukan santan ke dalam periuk kemudian masukan durian,garam dan gula.Kacau selalu.
2.Biarkan ia mendidih sekejap.
3.Selepas itu masukan daun pandan dan perlahankan api,kacau sekejap dan boleh la tutup api...Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA

KUIH BENGKANG

Petang ni kakda buat kuih bengkang,lagi kuih tradisionalkan..Sebab my hubby ni suka sgt mkn kuih ni..Satu lg kuih yang susah untuk dicari disini.Tak susah macamana,mestilah susah sebab nak cari yang sama macam mak dia buat.huhuhu…

Yang kakda buat setakat ni x de lagi yang jd mcm mak dia buat,merangkap mak mertua i..hehehe..Tak sempat nak belajar time blk kg,sempat amik resipi je..Biasa la orang-orang lama ni Cuma bagi bahan asas je,sukatannya main agak2 je kalau bahasa kuno Kelantan dibahasakan‘cekro’hehe.

Bahan-bahan:
3 cawan santan
2 ½ cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan gula
Sedikit pewarna hijau
Sedikit air daun pandan.
Cara membuatnya :
Campur semua bahan di atas dan putar menggunakan mixer supaya cepat sebati.Kemudian Masukan kedalam Loyang dan bakar dengan suhu 150’ selama 1 jam 30 mnt.
Angkat dan sejukan barulah dipotong2 untuk dihidangkan. 


Tapi cara mak mertua I dia guna periuk khas untuk kuih bengkang ni dimasak diatas dapur gas dengan api perlahan.Mungkin sebab tu kot berbeza ngan kakda buat.hehehe..Sebenarnya kakda xde periuk tu yang guna Loyang dan dibakar dalam oven.


Apa-apapun tiap kali buat kuih ni sudah semestinya finish already di makan habby.Kakda pun suka gak sebenarnya kuih ni.heheh..Lepas tu bagi lah kat jiran sebelah 1 2 piring,pinggan kan banyak sangat nanti nak penuhkan.(bunyi macam x ikhlas je..hahaha..whateverlah)

SELAMAT MENCUBA

LOMPAT TIKAM


Sebenarnya hubby yang dok teringin nak makan lompat tikam ni..Semenjak dok sini la x jumpa lagi le kuih ni..so kakda tanya2 senior resipinya.

Kakda masak untuk 3 4 orang makan je..biasanya bg kat jiran 1 2 mangkuk..heheh..

Bahan-bahan
½ kg Beras pulut
2 Gelas Tepung beras
1 biji kelapa diambil Santan(guna kepala santan je)
2 keping Gula kerek
Pewarna merah
Pewarna hijau
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara menbuatnya

1.Beras pulut direndam dengan pewarna merah selama 4 jam,kemudian dikukus sehingga masak @ lembut.
2.Bancuh tepung beras dengan air dan titikan pewarna hijau  dan masak di atas api perlahan sehingga masak.angkat dan tuangkan kedalam bekas atau Loyang dan rata2kan.Ketepikan.
3.Santan dimasak sehingga pekat dan tambah sedikit garam.Sekiranya santan masih cair masukan 1 sudu besar tepung beras untuk memekatkannya.Ketepikan.
4.Masak gula kerek 2 keping dengan segelas air sehingga gula kerek hancur.Masak diatas api sederhana.Kemudian sejukan dan tapis terlebih dahulu sebelum dimakan.
5.Sedia untuk dimakan.

 SELAMAT MENCUBA



KUIH KOCI



 Kali ini kuih tradisional lagi ye,bahan yg mudah jgk.Jom tengok resipi.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air
1st perasa pandan
sedikit pewarna hijau
secubut garam
Daun pisang secukupnya 
sedikit minyak

Bahan Inti
Kelapa parut daripada sebiji kelapa
Gula merah ikut selera(nak manis atau kurang manis)
2 ulas durian buang bijinya
sedikit garam
sedikit air 
2 helai daun pandan
Cara membuatnya:
Terlebih dahulu masakan intinya ye,caranya satukan semua bahan di atas didalam periuk ataupun kuali dia atas api yang sederhana,masak sehingga kering.Angkat dan ketepikan..(kakda buat mlmnye lagi)Sediakan inti terlebih dahulu hehehe.



Satukan semua bahan diatas didalam bekas yang sesuai,uli sehingga sebati.(seperti adunan butir nangka).
Boleh la dibungkus atau balut dengan daun pisang,disini kakda sertakan pic cara lipatan daun pisang ye,harap faham le ye


Dah siap lipat oleskan sedikit minyak pada daun pisang agar apabila kiuh dah masak ia tak melekat pada daun pisang.
Kemudian bulatkan adunan, letakan inti ditengah2 dan salut le inti tersebut ngan adunan tadi.Buat sehingga habis.Dan boleh lah dikukus,sebelum tu panaskan dulu kukusan ye.Kukus selama 15minit @ sehingga masak.  

BUAH MELAKA,ONDE-ONDE@BUAH MULONG




Buah Melaka @ onde-onde @ buoh Mulong

Bahan-bahan
½ tepung pulut*
Sedikit tepung beras*
Sedikit air daun pandan*
Sedikit pewarna hijau
Gula melaka / gula kerek / nisan diracip
Kelapa parut
Sedikit garam
Sedikit air daun pandan.

Cara-cara
1.     Bahan yang bertanda * diadun bersama dan tambahkan sedikit pewarna hijau.
2.     Uli sehingga adunan sebati (adunannya seperti adunan butir nangka keluaran lepas)
3.     Bulat2 kan adunan tadi dan masukan gula Melaka yg diracip halus.
4.     kemudian masukan kedalam air yang mendidih
5.     Apabila ia terapung-apung..tandanya kuih dah masak
6.     Angkat dan ’golek-golek’ di dalam kelapa parut yang dah dimasukan sedikit garam.
So..siap ..boleh dimakan..

Tada ini lah..hasilnya...


Level masak kak da ni ditahap x berapa tinggi x berapa rendah...so masak2 pun yang simple2,ala tradisional sket..sebenarnya banyak lagi yang perlu kak da pelajari..

Kak da teringin nak buat kek-kek yang comel2 ala,tapi tu la kan..tgk bahan-bahan yg susah nak cari kat sini disamping peralatan yg x berapo nak ado...buat hati ni..jadi x berapa nak godek2 kat dapur..hehehe (alasan sebenarnya..hahaha)

Last-last masak bahan yang senang di cari,sukatan yang guna cawan je..kalau yg tradisional pula,main anggaran je lah..dah mak I ajar cam gitu,biasa la orang tua ni,dulu2 mana nak ada benda alah macam skang ni...digital scale lah,spatu lah,dan seangkatannye lah..

Thursday, 6 December 2012

BUTIR NANGKA (KIUH TRADISIONAL KELANTAN)



Hari ini kakda sungguh keciwa kerana catatan untuk kuih tradisional kakda terdelete,konon-konon nak seting apa-apa kat blog ni,sudahnya pi delete catatan kiuh tradisional,so di bawah ni adalah catatan yang lama yang kakda terpaksa edit semula dan buat balik :huhu..Maaf diatas kesulitan ini.

Hari ni saya membuat kuih butir nangka(ore klate panggil) atau badak berendam sebab nak membalas pinggan jiran-jiran yang dok berbagi kuih-kuih,adat hidup berjiran..jiran tu bagi kek pisang,jiran ni bagi kek coklat,jiran nun puteri ayu dan seangkatannyalah.

So saya ada point la nak kena rajin masak-masak ni..hehehe..Buat butir/biji nangka ni so simple..ok jom saya tunjukan cara hendk membuatnye satu persatu…

Mula-mula sediakan bahan:

Bahan A
Pewarna hijau
Tepung pulut
Air secukupnya

Di sini kakda Tunjukn beberapa cara untuk membuat butir nangka.

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


 Gambar4


Cara membuatnya:
Satukan semua bahan A,uli sehingga menjadi seperti Gambar 1,dan bentukkan menjadi seperti Gambar 2 dan Gambar 3,Kemudian masukan kedalam air yang mendidih seperti dalam Gambar 4,apabila ia timbul dipermukaan air tandanya dah masak, angkat dan masukan dalam kuahnya terus,buat sehingga habis adunan.(Masak kuahnya dahulu seperti di bawah). 

Bahan B(untuk kuah)
Santan
Garam dan gula(ikut suka)
Halba
Daun pandan

Cara membuatnya :

Satukan semua bahan diatas didalam periuk yang sesuai diatas api yang sederhana,biar semua bahan masak sebati.masak sehingga mendidih.Tutupkan api.

Inilah hasilnya:


SELAMAT MENCUBA

Thursday, 4 October 2012

Jemput2 carot,kek coklat karamel kukus & kuih Ketayap Snek diwaktu petangku



Didadulukan dengan Assalamualaikum WRT kepada pembaca setia blog ni(ada pembaca setia kerrr)hahah...

Sekarang ni kat Langkawi dingin skit n kadang-kadang panas sket so time dingin n rasa nak penuhkan perut ini kak da akan masak le..apa-apa snek..hehehe antaranya ialah..(org putih panggil snek kita malaysia cakap makan petang)tapi pagi malam pun sesuai.

Antara resipinya adalah :
Jemput-Jemput Carot

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 ulas bawang merah dikisar
½ batang carot yang diparut
Sedikit garam

Cara buat :
Masukan semua bahan di atas dalam bekas yang sesuai..bancuh sehingga sebati..dan digoreng seterusnya siap dihidang untuk dimakan.


             Ini lah hasilnya jemput-jemput carot.......


Kek Coklat Keramel kukus..

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak

Cara membuat :
  Putar telur dengan gula sehingga kembang
masukan tepung gandum,soda dan baking powder putar lagi sehingga sebati
Selepas itu masukan serbuk koko yang telah dilarutkan dengan susu cair dan putar sekejap sehingga sebati
Akhir sekali masukan minyak masak dan adunan di masukan ke dalam loyang.

Bahan-bahan Puding Karamel

4 biji telur
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat:

Semua bahan di atas diblender..so simple kemudian masukan ke dalam adunan kek coklat td dan kukus sehingga masak..saya mengambil masa 1 jam jgk la untuk kek ni masak
sebelum hendak kukus adunan kek tadi pastikan terlebih dahulu panaskan periuk kukusan.

Tips..
Semasa nak buat kek ni terlebih dahulu saya buat bancuhan untuk puding karamel kemudian barulah saya buat adunan kek coklat,kerana nak buat puding karamel ni kejap je..so buat yang senang dulu le..

Agih-agih kat jiran sepotong sorang..semua kata best la..walaupun bentuknya tak menepati standard dan piawaian sebiji kek..hehehe


                                                           Best Best Best..........


Kuih Ketayap

2 cawan tepung gandum
1 ½ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak
Inti kelapa

Cara membuatnya :

Semua bahan diatas diblend bersama sehingga sebati.Ketepikan kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit minyak ke dalam kuali dan masukan adunan tadi dan  bentukannya seperti lempeng.
Sesudah masak angkat dan letakan inti kelapa seterusnya gulung lah ia..Jd lah kuih ketayapnya…


                                                               Hubby like...


Wednesday, 18 April 2012

LEPAT PISANG


Saya terasa nak cuba membuat lepat pisang,kerana asyik buat kek dan jemput-jemput je,walaupun bahan asasnye adalah pisang tapi mempuyai rasa yang berbeza-beza.
 
Untuk mengekalkan ketradisionalnye lepat pisang dan membezakan kek dan jemput-jemput,kuih ini harus lah dibungkus dengan menggunakan daun pisang.Isu ini dibangkitkan oleh saya kerana my hubby lah tukang amik daunnye(beliau mim alif lam sin nak amik),dia habaq mai tak bungkus dengan daun pisang pun orang panggil lepat pisang gak sebab bahan utamanye adalah buah pisang bukan daun pisang,kukus dalam Loyang pun akan dipanggil lepat 
pisang jgk.
 Sediakan daun pisang ni


 Daun pisang yang dah disalai atas api perlahan

Oleh kerana tak mau kalah dalam perdebatan ini,saya kata kat dia , “ untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional lepat pisang ini,haruslah dibungkus dalam daun pisang,che abe oi nanti genarasi baru tak kenal lepat pisang suatu hari nanti”...(tapi kalau sesiapa tanya  "lepat ubi kenapa orang x bungkus ngan daun ubi?" tolong sediakan sendiri jawapannye,saya takde idea nak bagi pendapat..hahahah)

Jom tgk resepinye...

Pisang dilenyek
tepung gandum
garam dan gula
Daun pisang(nak kekalkan ciri2 lepat pisang) 

Adunan yang dah sebati
  
Cara nak buatnye ialah pisang yang dilenyek digaul dengan tepung gandum,garam dan gula sehingga sebati,kemudian boleh la dibungkus dengan menggunakan daun pisang..selamat mencuba..Izaz pun suka makan lepat ni...


Inilah hasilnye..yum..yum.yum