ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

TIRAMISU PART 2


Assalamualaikum....wahai pembaca dan pengunjung blog kakda ni..minta maaf le ye..rasanya dah bersawang blog ni..Tuan tanah tak menjenguk langsung dalam sebulan dua ni..hehehe..

Jangan jemu ye baca blog kakda ni n rajin-rajin la mencuba resipi disini.

Dengan kembalinya tuan tanah bersiaran ni,kakda masak resipi yang pernah dibuat dan dicuba..

Tiramisu ni kali kedua dah kakda buat,kali ni kakda guna biskut ladyfinger yang memang khas untuk bt tiramisu,sebelum ni kakda guna swiss roll je..catatan dulu.Adunan yang sama juga tapi tukar swiss roll ngan biskut ladyfinger.

BAHAN-BAHAN

250g whipping creame
250g creame cheese
8 sudu besar gula kastor
1 gulung swiss roll coffee - kakda guna biskut ladyfinger secukupnya
 
CARA-CARA
Pukul creame cheese bersama 4 sudu gula kastor sehingga lembut kemudian masukan whipping creame dan 4 sudu gula kastor, pukul lagi sehingga lembut.
Susun biskut ladyfinger di dalam tupper ware kemudian masukan creame yg telah dipukul td buat beberapa lapisan sehingga habis.Bahagian atas ditaburi serbuk koko dan coklat rice.Kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama 2 jam lepas tu letak la kat tempat sejuk.

Inilah hasilnya..

 Jangan segan jangan malu..cuba la buatnya..hehehe..
Buat sendiri boleh makan banyak..

  
Bukan makan sekaligus le...dua tiga hari jgk le nak perhabis..Hubby tak berapa suka kek ni.Kakda tolak batu ngan kayu je lah..Sekarang ni badan dah makin berisi..hehe
 

Thursday, 10 January 2013

CREAM PUFF


Assalamualaikum dan selamat malam tetamu-tetamu di di teratak ini.Dah lama teringin nak nak buat menu ni,tapi asyik tertunda aje aktivitinya.


Maka pada hari semalam tertunailah jua keinginan membuat sendiri cream puff ini.Resipi ni anak sedara yang bagitau yang di ambil di SINI. Dan terima kasih kepada tuan punya blog ini Cik Epal kita..Telah mengilhamkan resipi cream puff yang senang ini.


CREAM PUFF
SUMBER :Blog cikepal06

BAHAN-BAHAN 

1/2 cawan butter (125g)
1 cawan air (250g)
1 cawan tepung gandum diayak
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara :
Masukkan butter dan air dalam periuk.Didihkan atas api.Bila dah mendidih dan butter pun dah larut,masukkan tepung gandumyang telah diayak.
Kacau laju-laju sampai tepung tak melekat pada tepi periuk.
Selepas itu tutup api dan sejukkan sedikit.
Kemudian dalam adunan tadi masukkan telur sebiji sebiji dan masukkan esen vanilla.
Kakda masukkan adunan tadi dalam paper cup dan bakar selama 25minit pada 180'C

Walaupun senang ada juga part yang x menjadinya.Percubaan pertama tak sebenarnya sempurna..hehehe..Rasanya dah ada,tapi bentuknya lari dari yang asal,kerana kakda guna paper cup untuk bakar adunan ini.Adunannya terlalu lembek.Next time kakda buat kasi cantik lagi..


Mula tu bulat-bulatkan atas aluminium foil..Tapi masa bakar tu,dia punya mengembang..besarnya..Last-lastnya nak bagi kecik sket kakda guna la paper cup..Tu la hasil bentuknya..Apa-apapun saya puas hati sebab boleh buat sendiri..

Dan sos kastardnye pula..keras sedikit sebab kakda kurangkan susu..memandai je kan sebab tu la tak jadi asal kejadiannya.hehe

Sos Kastard

Bahan-bahan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard 
1 1/2 cawan susu segar (kakda guna susu cair sebab tu la x berapa menjadi kejadiannya)
2 biji telur (kakda guna 1 biji je..versi derhaka Mcm Kak Madihaa ckp)hahaha
1 sudu kecil esen vanilla
3 susu besar gula

Masukkan semua bahan di atas dan masak atas api sederhana.

Step akhir potong tengah-tengah cream puff dan masukkan inti kastard.


SELAMAT MENCUBA..

Tuesday, 1 January 2013

KEK KUKUS ASAM MANIS 2013

Salam sayang salam tahun baru,kepada pengunjung blog ini,sesiapa ada azam tahun baru tak?bagi kakda pula azam tahun ni nak try buat bisnes jual kek..hahah..sekiranya dapat restu en.Hubby.Sebelum kakda lupa kakda nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung blog kakda.com,yang sentiasa nantikan post-post terkini daripada kakda.Tanpa kalian siapa dan dimana lah letaknya blog kakda.com ini.Apapuu I LOve U alls..Doa2kan kakda agar teruskan dunia blogger ini.heheh..Amin..

Panjang pula ye Intro kali ni.Jom la tengok resipinya pulak..Sepatutnya kek ni dipost pada 1-1-2013 tetapi oleh kerana masalah teknikal dan keslowan line membuatkannya tertunda untuk dipost.

Inilah cara kakda menyambut tahun baru dengan membuat kek dan diagih kepada jiran tetangga sket sorang.Disamping nak puaskan hati ini mentry resipi daripada kak Ita Masam manis.DI SINI



Kek kukus ni pun tidak mengecewakan kakda,hehe..memang sedap dan gebus,dan tak pernah ketemu kek kukus asam manis ni dimana-mana kedai.Dan itu juga membanggakan kakda,buat kek yang tak pernah dirasai sebelum ini.


KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
- guna marjerin
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri- tepung gandum+serbuk penaik 2 sudu kecil
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc

Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar


Pukul mentega dan gula hingga sebati

 

Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
 

Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
 

Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
 

Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
 

Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
 

Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan
.
 
Selamat mencuba..

Thursday, 20 December 2012

KEK MENTEGA PANDAN


Siaran lewat untuk hari ni.Apa khabar semuanya,rata-rata orang dok bercerita perihal hujan,kat langkawi pun hujan,dan hujan-hujan cuaca yang sejuk emm.. membuatkan perut ini minta diisi je..hehe
 
Petang ni kakda membaking,hehe.Stok dah ada, boleh la nak membaking dan apabila dah membaking,kejadiannya yang amat sedap, buat hati ini gembira.Menjadi juga walaupun hanya menggunakan tepung gandum biasa,tapi kalau betul-betul guna ikut resipi lagi bestkan.Kakda rujuk kat SINI.

Lihatlah pic kat bawah ni,seronoknya masa tengok kek ni naik je..tapi pic guna kamera henset je,xleh lawan dengan pic yang diambil kamera canggih gitu.hehehe

 

Dan apabila menjadi macam ni lagi la teruja..hehe..Sebab ikut tips yang diberi.


Dan apabila dipotong,suka hatinya,kali ni banyak sket picnya..Sebab seronok buat kek menjadi ditambah lagi sedap.

Jom tengok resipinya,tapi kakda dah ubah beberapa bahan.Sorry ye.
Apa pun terima kasih kerana Kak Ita sudi berkongsikan resipi ini.Dan saya telah mencuba buat kek ini.
   
KEK MENTEGA PANDAN
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Resepi Jamuan Kek

270 gm mentega - kakda guna marjerin
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal
240 gm tepung naik sendiri - kakda guna tepung gandum
30 gm kelapa parut kering
1/2 sudu teh serbuk penaik - kakda guna 1 sudu besar
1 sudu teh esen vanilla

Sediakan loyang 9 inc
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C

Cara membuatnya:
Pukul marjerin dan gula kastor hingga sebati dan berkrim
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau
Masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan
Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna.



Yang kat bawah ni versi kukus.Sesaje kot next time boleh kukuskan aje..Dengan kukus pun menjadi juga..lagi la bertambah happy.Yang penting kesedapan kek ini.Memang kak Ita tak tipu..hahaha..Incik suamipun kata sedap.lagi bersemangat..hehehe

CUBA JANGAN TAK CUBA..next time kakda nak mentry kek asam manis pulak.

Thursday, 4 October 2012

Jemput2 carot,kek coklat karamel kukus & kuih Ketayap Snek diwaktu petangku



Didadulukan dengan Assalamualaikum WRT kepada pembaca setia blog ni(ada pembaca setia kerrr)hahah...

Sekarang ni kat Langkawi dingin skit n kadang-kadang panas sket so time dingin n rasa nak penuhkan perut ini kak da akan masak le..apa-apa snek..hehehe antaranya ialah..(org putih panggil snek kita malaysia cakap makan petang)tapi pagi malam pun sesuai.

Antara resipinya adalah :
Jemput-Jemput Carot

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 ulas bawang merah dikisar
½ batang carot yang diparut
Sedikit garam

Cara buat :
Masukan semua bahan di atas dalam bekas yang sesuai..bancuh sehingga sebati..dan digoreng seterusnya siap dihidang untuk dimakan.


             Ini lah hasilnya jemput-jemput carot.......


Kek Coklat Keramel kukus..

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak

Cara membuat :
  Putar telur dengan gula sehingga kembang
masukan tepung gandum,soda dan baking powder putar lagi sehingga sebati
Selepas itu masukan serbuk koko yang telah dilarutkan dengan susu cair dan putar sekejap sehingga sebati
Akhir sekali masukan minyak masak dan adunan di masukan ke dalam loyang.

Bahan-bahan Puding Karamel

4 biji telur
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat:

Semua bahan di atas diblender..so simple kemudian masukan ke dalam adunan kek coklat td dan kukus sehingga masak..saya mengambil masa 1 jam jgk la untuk kek ni masak
sebelum hendak kukus adunan kek tadi pastikan terlebih dahulu panaskan periuk kukusan.

Tips..
Semasa nak buat kek ni terlebih dahulu saya buat bancuhan untuk puding karamel kemudian barulah saya buat adunan kek coklat,kerana nak buat puding karamel ni kejap je..so buat yang senang dulu le..

Agih-agih kat jiran sepotong sorang..semua kata best la..walaupun bentuknya tak menepati standard dan piawaian sebiji kek..hehehe


                                                           Best Best Best..........


Kuih Ketayap

2 cawan tepung gandum
1 ½ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak
Inti kelapa

Cara membuatnya :

Semua bahan diatas diblend bersama sehingga sebati.Ketepikan kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit minyak ke dalam kuali dan masukan adunan tadi dan  bentukannya seperti lempeng.
Sesudah masak angkat dan letakan inti kelapa seterusnya gulung lah ia..Jd lah kuih ketayapnya…


                                                               Hubby like...


Monday, 9 April 2012

Cheese Cake...





hari ni  saya nak share resepi cheese cake pula...

Bahan A

200gm biskut marie (dikisar halus)
100gm mentega (dicairkan)

Bahan B

250gm cream cheese
200gm whipping cream
100gm gula kastor
15gm gelatin
100gm air suam
Jem strawberi

Cara Membuatnye...

1. Campurkan bahan A sehingga sebati dan boleh dikepal2.
2. Kemudian, masukkannye ke dalam loyang dan tekan sehingga padat.
3. Sejukkan selama 30mnt sehingga 1 jam.
4. sementara menunggu, putarkan cream cheese bersama gula kastor sehingga kembang.
5. Selepas itu masukan whipping cream dan kacau lagi sehingga adunan menjadi lembut dan sebati.Ketepikan.
6. Bancuhkan pula gelatin bersama air suam dan masukkan kedalam adunan tadi.Gaul sehingga sebati.
7. Akhir sekali tuankan adunan ke dalam loyang yang sudah diisikan dgn serbuk biskut tadi.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga adunan keras dan hidangkan dgn jem strawberi atau blueberi.
(Dipetik dalam Majalah PA & MA)

SELAMAT MENCUBA............


Saya kongsi satu lagi resepi ( satu adunan boleh buat 3 jenis kuih ) nak tahu resepi apa....cuba teka dulu apa dia....resepinya adalah DONAT,ROTI KUKUS DAN ROTI GORENG)  jom baca resepi dulu...

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil mauripan (ibu roti)
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil ovelet 1 sudu kecil susu tepung

1 sudu kecil gula
sedikit garam..

Cara-cara

1. Gaul tepung gandum dengan marjerin dan ovelet sehingga sebati.Ketepikan.
2.Kemudian bancuh mauripan,garam,gula,susu tepung dengan secawan air suam sehingga larut.
3. Akhir sekali gaul tepung gandum ngan bancuhan mauripan tadi.Uli sehingga menjadi doh..Rehatkan sekejap.(sekiranya adunan lembek tambahle air sedikit)

Untuk Donat..
Sediakan gula halus..



Untuk Roti Kukus dan roti Goreng
Inti kelapa atau kacang





SELAMAT MENCUBA....
BEST KUIH MUIH BUATAN SENDIRI NI...DAN BOLEH MAKAN BYK2






 


Thursday, 5 April 2012

TIRAMISU


How to make tilamisu...
dua tiga hari lepas aku terasa nak makan tilamisu sebabnya dah lama dok minta2 resepi ngan my little sister...tp buatnye idok...so semalam aku berjaya membuat setupper ware tilamisu yg dah di ubah dan di olah oleh ku...nak citer sket la pasal nak buat kek ni..dia punyer dugaan tu ada dua tiga dugaan dalam bab mencari bahan-bahan...hehehe...dugaan pertama keluar masuk kedai area  umah I ni cr whipping creame n creame cheese.... Dugaan kedua nak cr swiss roll coffee Dugaan ketiga apa ye...whatever...yg penting semua bahan telah ditemui..
Berbalik kepada resepi kita ye puan2 tuan2..

BAHAN-BAHAN

250g whipping creame
250g creame cheese
8 sudu besar gula kastor
1 gulung swiss roll coffee( aku guna swiss roll orenge dilembab ngan air kotak coffee..hehe dugaan yg aku sebut td)

CARA-CARA
Pukul creame cheese bersama 4 sudu gula kastor sehingga lembut kemudian masukan whipping creame dan 4 sudu gula kastor, pukul lagi sehingga lembut.
Susun swiss roll yg telah dipotong sederhana tebal di dalam tupper ware kemudian masukan creame yg telah dipukul td buat beberapa lapisan sehingga habis.Bahagian atas ditaburi serbuk koko dan coklat rice.Kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama 2 jam lepas tu letak la kat tempat sejuk biasa...siap dah bleh makan .....