ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Saturday, 23 February 2013

KUIH LOMPAT TIKAM PART 2



Lompat si lompat tikam....yang ni kakda guna resipi daripada
Blog citarasawan.

Memang tak rugi mencuba resipi di blog kakwan ni.Memang best dan kena dengan kehendak hati.Terima kasih kakwan..kerana sudi kongsi resipinya..  

Bahan A (Adunan Hijau)
1 cawan tepun beras
1 sd besar tepung jagung 
1/2 cawan santan kotak KARA
2 cawan air
1 sudu kecil air kapur
1/2 sd kecil garam halus
1/4 sd kecil pewrna hijau

Cara-cara:
Satukan semua bahan,kacau rata dan tapis.Masukkan ke dalam kuali(kakda guna kuali non-stick-memang memudahkan) dan masak dengan api sederhana hingga kental dan berkilat.Tuang dan ratakan kedalam cawan atau loyang.

Bahan B (Adunan santan)
1 cawan santan kotak KARA
1 1/2 cawan air
2 sudu besar tepun beras
1/2 sd teh garam halus

Caranya:
Satukan semua bahan,kacau rata dan tapis.Masukkan kedalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga kental dan berkilat.Tuang dan ratakan ke atas lapisan A tadi.

Bahan C (Pulut Merah)
1 cawan beras pulut (rendam 2 jam)
1/2 cawan santan cair
1/2 sudu teh pewarna merah
1/4 sd teh garam halus

Caranya:
Toskan pulut dan gaul bersama pewarna merah hingga rata.Kukus selama 15mnt angkat dan gaul bersama santan cair dan garam.Kukus semula selama 15mnt atau sehingga masak.

Bahan D (Sirap Gula merah)
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Caranya:
Campur semua,masak hingga gula larut dan tapis.

Walaupun bahannya nampak banyak tapi nak memasaknya senang aje..

SELAMAT MENCUBA YE..
 

1 comment:

aziejaya said...

As salam. sedap nya lompat tikam ni. Kalau bulan puasa, banyak jer dijual kuih ini