ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Thursday 13 September 2012

Catatanku



 Assalamualaikum dan selamat hari raya yang rasanye beberapa hari lagi syawal bakal menghilang dan berakhir lah acara rumah terbuka..Maaf ku hulur kepada follower ku kerana sudah lama rasanye saya tidak aktif menulis dan mengup-datekan blog.

Bukan kerana kesuntukan masa atau tidak sempat untuk mencatat tapi entah lah..hehehe..resipi yang hendak dikongsi sentiasa ada..so hari ni saya terbitkan beberapa resipi yang memang dah ada dalam my folderku..antaranya..sila la baca dan cuba lah masak..


NASI AYAM SEMPOI 



BAHAN-BAHAN

Bahan Rebusan Ayam
Beberapa ketul ayam
1 kiub pati ayam

Cara membuat

Ayam dibersih dan rebus dengan kiub pati ayam.Setelah empuk keluarkan dari periuk.

Bahan Untuk Nasi
4 mangkuk beras
2 sudu besar marjerin (untuk menumis)
2 tangkai bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat.

1.Cuci beras,kemudian toskan
2.Panaskan marjerin dan tumis bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
3.Masukan beras gaul sehingga sebati dan masukan air rebusan ayam tadi.
4.Masukan pewarna kuning dan kacau sekejap tunggu sehingga masak.

Bahan untuk Sup kosong

Bawang merah dimayang
Bawang putih dimayang
Bunga Lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat
Panaskan minyak,tumis sehingga naik bau dan masukan air rebusan ayam tadi.Tunggu sehingga mendidih..boleh angkat untuk dihidangkan.Siap

Bahan untuk Ayam Goreng
Ayam
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Kicap
Garam,gula dan serbuk perasa
(Kisar semua bahan)
Minyak untuk mengoreng

Cara membuat
1.Ambil ayam yang direbus tadi
2.Lumurkan ayam dengan bahan-bahan di atas
3.Kemudian goreng ayam sebentar

Bahan untuk kicap

Gunakan bahan-bahan yang telah dilumurkan pada ayam tadi.

Bahan untuk cili

Beberapa lada merah
Sedikit cuka
Garam dan gula
Sedikit air

Cara membuat
Kisar semua bahan tetapi jangan terlalu lumat.Siap untuk di hidang.

Selamat mencuba...Bagi saya time baca resipi sesuatu masakan rasa macam sukar je nak buat tapi apabila dah buat takde lah sesukar yang kita rasa..huhu..Walaupun baca resepi yang panjang2 tapi masa hendak masak tu takde la amik masa panjangpun....


KEK COKLAT KUKUS ( buat sokmo..febret hubby)

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak



Cara membuat :
1.     Putar telur dengan gula sehingga kembang
2.     masukan tepung gandum,soda dan baking powder putar lagi sehingga sebati
3.     Selepas itu masukan serbuk koko yang telah dilarutkan dengan susu cair dan putar sekejap sehingga sebati
4.     Akhir sekali masukan minyak masak dan adunan di masukan ke dalam loyang.
5.     Sedia untuk dikukus dan sebelum hendak kukus adunan kek tadi pastikan terlebih dahulu panaskan periuk kukusan.


RESIPI LALA MASAK TUMIS (first time buat)

½ kg lala
2 ulas bawang merah(ditumbuk)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
2 biji cili padi (ditumbuk)
Sedikit cili kering kisar
Minyak untuk menumis
Garam,gula secukup rasa



Cara Membuat :

Panaskan minyak didalam kuali,kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan masukan lala serta serai dan tambah lah bahan perasa secukup yang tuan/paun hendaki.Siap untuk dihidang...Resipi yang simple tapi best..hubby bagi 4 bintang untuk masakan ini.


No comments: