ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Wednesday 19 September 2012

Mee soto Kak da Versi Langkawi

Assalamualaikum semua yang sudi belek2 resipi kat sini..hari ni kak da nak share resipi mee soto versi Langkawi yang byk sudah diolah tetapi masih sedap lidah ini merasa.

Tak boleh nak taip panjang2 kejar masa ngan my princess ni..Nanti dia dah boring main, mula la nak kacau ibu update blog..Nak tunggu dia tido..x berupdate la blog ini..hehehe,biasanya ibu lah yang tertido dahulu..

Jom jom baca resipinye..

A- Bahan-Bahan sup :
1/2 ekor ayam yang dipotong kecil2
2 ulas bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
1 pek sup buncut Adabi (terpulang le nak guna brand apa pun)
1 keping asam keping (asam gelugor)
garam dan serbuk perasa secukup rasa..
sedikit minyak untuk menumis

Cara masak..
Panaskan periuk di atas api yang sederhana dan masukan sedikit minyak untuk menumis bahan2 di atas.Tumis sehingga naik bau kemudian masukan ayam dan sedikit air serta garam.Biarkan mendidih sehingga ayam empuk.Selepas itu tambah air yang kita nak banyak mana tapi jgn terlalu byk biar ngam2 ngan bahan kita tadi,tambah la garam dan serbuk perasa secukup rasa.ketepikan,kita sediakan bahan untuk sotonye pulak..

B-Bahan untuk begedil

3 biji ubi kentang yang digoreng dan ditumbuk
sedikit daun bawang/sup
sedikit bawang goreng
sedikit garam
sebiji telur

Semua bahan diatas digaul sebati kecuali telur.Bentukkan ia menjadi leper dan celup kedalam telur dan goreng dalam minyak yang panas.ketepikan

C- Bahan-bahan yang terlibat lagi adalah:

behon digoreng(behon mentah2 tu ya)
Nasi Himpit atau ketupat nasi (ada yang dah siap pek lagi)
ikan bilis goreng
kacang tanah goreng
tauge (ikut suka la nak celur atau makan fresh2)
daun bawang/sup dipotong halus
Bawang goreng
Sambal kicap

Cara penyediannya :
Masukan Bahan-bahan C kedalam mangkuk kegemaran anda(hehe) kemudian masukan bahan B last sekali masukan sup...siap untuk dimakan nyam nyam..best beb..







Selamat mencuba.... Lihatlah my princess saya ni...x sabar je nak try..







No comments: