ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Wednesday 18 April 2012

LEPAT PISANG


Saya terasa nak cuba membuat lepat pisang,kerana asyik buat kek dan jemput-jemput je,walaupun bahan asasnye adalah pisang tapi mempuyai rasa yang berbeza-beza.
 
Untuk mengekalkan ketradisionalnye lepat pisang dan membezakan kek dan jemput-jemput,kuih ini harus lah dibungkus dengan menggunakan daun pisang.Isu ini dibangkitkan oleh saya kerana my hubby lah tukang amik daunnye(beliau mim alif lam sin nak amik),dia habaq mai tak bungkus dengan daun pisang pun orang panggil lepat pisang gak sebab bahan utamanye adalah buah pisang bukan daun pisang,kukus dalam Loyang pun akan dipanggil lepat 
pisang jgk.
 Sediakan daun pisang ni


 Daun pisang yang dah disalai atas api perlahan

Oleh kerana tak mau kalah dalam perdebatan ini,saya kata kat dia , “ untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional lepat pisang ini,haruslah dibungkus dalam daun pisang,che abe oi nanti genarasi baru tak kenal lepat pisang suatu hari nanti”...(tapi kalau sesiapa tanya  "lepat ubi kenapa orang x bungkus ngan daun ubi?" tolong sediakan sendiri jawapannye,saya takde idea nak bagi pendapat..hahahah)

Jom tgk resepinye...

Pisang dilenyek
tepung gandum
garam dan gula
Daun pisang(nak kekalkan ciri2 lepat pisang) 

Adunan yang dah sebati
  
Cara nak buatnye ialah pisang yang dilenyek digaul dengan tepung gandum,garam dan gula sehingga sebati,kemudian boleh la dibungkus dengan menggunakan daun pisang..selamat mencuba..Izaz pun suka makan lepat ni...


Inilah hasilnye..yum..yum.yum



No comments: