ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Sunday 15 April 2012

KEK CAWAN PISANG


Malam semalam pi rumah member hubby nak amik pisang,pisang diorang tanam dah berbuah dan nak berbagi-bagi lah sesame member..dapat la satu sikat gian hubby..huhuhu..kelakar rasanye..sebagai tanda ingatan sesame kawan-kawan…hahaha…my hubby ni ramai member orang-orang sini dan diorang selalu la bagi  apa-apa kat hubby like pisang ni la..sembang-sembang jap,saya ajak hubby pi ronda-ronda malam kat pantai Cenang sesaje je amik angin malam and my hubby cakap “see the world “, nak bagi kembangkan minda lagipun kat Pantai Cenang ni ada buat Pesta Air..tapi suasana x berapa happening coz amaran tsunami hari tu,Saya pun sekadar pi tgk tak turun pun kereta.
Berbalik pada pisang tadi..dalam my brain dok pikiq dh boleh buat kek pisang atau pun jemput-jemput pisang…dok pikiq-pikiq n bahanpun mencukupi  so kita buat Kek cawan pisang kukus ( steam banana cups cake ).

Bahan-Bahan
1 cawan marjerin
1 cawan pisang (diblender)
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cawan kertas secukupnya


Cara-caranye :
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang,kemudian masukan telur dan pukul lagi sehingga sebati.Selepas itu masukan tepung gandum,soda bikarbonat dan baking pawder serta pisang yang telah diblender pukul lagi sehingga adunan betul-betul sebati.Akhir sekali masukanlah adunan tadi di dalam cawan-cawan kertas dan kukus selama 10-15mnt.buat la sehingga adunan habis..Sejukan dan boleh dimaman..(makan)(makan panas-panas boleh sebabkan muak).

2 comments:

ogyep yummy mellow said...

salam kenal... ogyep suka segala2nya berkaitan pisang... :)

Hasidah Bt Awang said...

salam perkenalan jgk...terima kasih sebab tersudi baca blog saya..heheh