Beberapa hari yang lepas Negara
kita digegarkan oleh gempa bumi di Acheh.Kawasan yang berpotensi dilanda
tsunami adalah salah satunye langkawi tempat aku bermastautin. Gegaran kecil terasa jgk le kat rumah ni,
masa bergegar tu ingat kan
apa le..pas tgk berita tu baru tahu ada gempa bumi berlaku di Acheh.Jiran-jiran
saya ada yang selamatkan diri ditempat tinggi, saya dan famili redha dan
tawakal dirumah aje.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kawasan rumah saya
ni selamat.Pada pukul 10 malam amaran tsunami ditari balik.Nak citer sket
la…orang dok kalut2 ngan tsunami my hubby minta nak makan sambal petai dan
gulai lemak ketam..tapi satu permintaannye je dapat dibuat iaitu sambal
petai…Dalam kol 11 baru kitaorang dinner. Jom kita kongsi resepi sambal petai..
Bahan-bahan
Beberapa keping petai
dipotong2 kecil
Ikan bilis (digoreng)
Cili kering dibelender
bersama bawang merah dan bawang putih
Garan
dan perasa secukup rasa.
Cara
buat...
Tumis
cili kering yang diblender bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yang panas sehingga masak
kemudian masukkan garam dan perasa masak lagi kemudian masukan petai dan akhir
sekali ikan bilis goreng ( untuk yang suka belacan boleh masukan sedikit
belacan)
Keesokan
harinya baru lah buat Gulai Lemak Ketam...
Bahan-Bahan
Ketam
Lengkuas
Kunyit
Cili kering
Bawang merah
Garam,gula,serbuk
perasa
Asam keping
Yang penting Santan
Cara-cara
Lengkuas,kunyit,cili
kering dan bawang merah ditumbuk sehingga lumat.Kemudian masukkan bahan tersebut dalam periuk kemudian masukan santan tunggu sehingga memdidih,masukan ketam dan masukan
garam,gula,serbuk perasa dan asam keping.Masak sehingga ketam bertukar warna
merah/oren, itu tandanya ketam dah masak.So boleh angkat dan dihidangkan.
DISETIAP CERITA ADA RESEPINYA…
No comments:
Post a Comment