Hari ni my hubby jadi
chef dia cuti hari ni.Saya masakan breakfast je tadi.Hari-hari masak
kadang-kadang takde idea nak masak apa.Alhamdilillah hari ni my hubby tawarkan
diri nak masak so saya apa lagi bertepuk tangan la..hehehe,rileks sket la nak online2 ni.Semalam saya masak
dia tak makan,hari ni jd malas nak masak dah tak de orang nak makan asyik kita
je yang perhabiskan camner le badan tak naik...Tak sedap ke I masak ni..hehehe….
Sambil dok masak hubby
perturunkan tips nak goreang ikan yang best dan rangup dan garing camner,dia habaq mai,
pasang api perlahan tunggu sampai minyak benar-benar panas baru lah masukkan
ikan so kulit ikan tu tak tertanggal la masa kita nak angkat tu…ooo baru saya
faham…kita masak kita nak cpt sebab tu la pasang api besar ikan tu terkejut
yang jd tak berapa nak best tu..”itu yang dia cakap”
Menu hari ni ikan masak
pedas..nak resepi jgk ker?hehe
Jom tgk resepi..Resepinya so simple..sesiapa yang punya kekangan masa tu boleh la cuba resepi ni.
Bahan-bahan
Ikan
( ikut suka nak guna ikan apa)
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Gula,garam dan serbuk
perasa
Caranye : Ikan digoreng
dalam minyak yang panas di atas api perlahan sehingga garing.Ketepikan.Kemudian
blender cili kering,bawang merah,bawang putih dan bahan tersebut ditumis
sehingga pecah minyak dan selepas itu masukan garam,gula dan serbuk perasa
kacau sehingga sebati dan masukan ikan yang di goreng tadi, masak sekejap pastu
ready untuk dihidangkan..Dan ini hasilnye…makan tak toleh kiri kanan.(mana ada orang makan toleh kiri kanan,cu jawab...hehehehe)
4 comments:
baiknya huby dia mskkan..
time mood ok...hehehe
kena gi langkawi ni, make masakan abah izaz
buleh sgt la..mda...huhu
Post a Comment