ASSALAMUALAIKUM WRT……..& SELAMAT DATANG

Wednesday 18 April 2012

RESIPI BEST ABAD INI.....

Assalamualaikum..

Saya tak tau nak masak apa untuk lunch hari ni so tanya hubby kot dia ada idea apa-apa.Maka tercipta lah idea darinya iaitu ayam paprik.Dia kata nak makan yang saya masak sebab sebelum ni asyik dia je yang masak ayam paprik tu untuk saya,hehehe (untungkan ada hubby pandai masak)..Jom tengok resipinya….

Antara bahan yang perlu disediakan:

Ayam dipotong kecil-kecil
Daun Limau purut
Lengkuas
Halia
Lada Hitam
Cili kering
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih

Semua bahan di atas dikisar.Kecuali ayam dan daun limau purut.

Cara nak memasaknya adalah
:Tumis bahan di atas sehingga naik bau kemudian masukan ayam,biarkan seketika selepas itu masukan carot dan bunga kubis serta daun limau purut (jika suka)dan akhir sekali masukanlah garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.(ikut selera anda)..Ha ini lah hasilnya.



Selepas siap masak tu bagi lah kat jiran sebelah sepinggan ”kecil” ayam paprik.hehehe...dia puji sedap....siap boleh buka kedai lagi habaqnye (perasan jap)hahahaha..

mai tgk lagi picnya...



1 comment:

linda said...

teroorrrr..leh buka kedai